MEMBANGUN BUDAYA POLITIK MEMBINA

Oleh: Monosin Sobri

Begitu lama Tun Musa Hitam merenung dan memilih masa yang sesuai untuk memerihalkan perjalanan politiknya bagi bacaan umum, walaupun sebelumnya, beliau pernah menghasilkan sebuah buku berdasarkan kumpulan ucapannya, Nasionalisme : krisis dan kematangan (1986).

Tidak lama selepas buku tersebut diterbitkan, Tun Musa Hitam meletakkan jawatan (16 Mac 1986) sebagai Timbalan Perdana Menteri ekoran krisisnya dengan Tun Dr Mahathir akibat terus melantik Tengku Razaleigh Hamzah menganggotai kabinet walaupun dua kali tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO (1981 dan 1984). Beliau menyandang jawatan itu mulai 18 Julai 1981, dan menurut beberapa pengamat politik, pelantikan itu merupakan “keingkaran Dr Mahathir” yang sebelumnya berjanji melantik Tengku Razaleigh sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam perundingan sebelum Tun Hussein Onn “dipaksa meletakkan jawatan.”

Itulah sebab yang diketahui umum sebagaimana dilaporkan oleh media berkenaan pengunduran Tun Musa Hitam daripada kabinet. Apabila buku terbaharunya diterbitkan awal Ogos lalu, Frankly Speaking, kita memperoleh sebab yang lain kenapa beliau mengundurkan diri dan sanggup berganding bahu “menyerang” Dr Mahathir dalam perebutan kepimpinan tertinggi UMNO pada tahun 1987 sehingga parti yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar pada tahun 1946 diharamkan bulan April 1988.

Semasa bercakap dalam program Obviously Harith Iskander di Astro Awani pada malam 13 Ogos 2016, Tun Musa menjelaskan penulisan buku terbaharunya mengambil masa selama 15 tahun, iaitu selepas dua percubaan sebelumnya “tidak sempurna”.

Jelas Tun Musa, “Ini adalah kesalahan saya, kerana saya mengambil masa yang begitu lama untuk berfikir tentang manuskrip. Saya tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya kerana sibuk dengan hal lain,” Juga disebabkan “tidak menyedari kepentingan untuk menghasilkan buku itu.” Apabila memikirkan ia perlu dan rasa bertanggungjawab menerangkan perkara sebenar, “Saya akhirnya menyambung menghasilkan penulisan itu dalam masa kira-kira lapan bulan. “

Ketika melancarkan buku tersebut, Sultan Perak, Raja Nazrin Muizzudin Shah  bertitah : “ Tun Musa berpegang teguh dengan prinsipnya dan beliau berbuat demikian dengan penuh berhemah. Beliau melepaskan jawatan timbalan perdana menteri kerana tidak bersetuju dengan arah tuju dasar yang bercanggah dengan prinsip yang menjadi pegangannya.”

Tun Dr Mahathir yang rasa tercabar dengan pendedahan buku tersebut pada 19 Ogos lalu menjelaskan: “Buku Musa adalah bahan bacaan yang menarik. Sudah tentu Musa tidak menyalahkan dirinya untuk apa-apa. Dia suci dan tidak bersalah seperti bayi yang baru lahir. Ini yang menjelaskan mengapa dia begitu popular.

Dalam catatan dalam blog tersebut, Dr Mahathir menyifatkan buku berkenaan berniat untuk menyalahkan beliau atas segala yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan, termasuklah tragedi berdarah Memali. Insiden Memali yang berlaku jam 11.45 malam, 19 November 1985 telah mengorbankan 14 orang awam yang mengakibatkan kematian 14 orang termasuk Ibrahim Libya yang sedang menyampaikan kuliah kepada  kira-kira 50 orang pada jam 11.45 malam, 19 November 1985.

Sikap Tun Dr Mahathir memang diketahui umum, beliau bukan jenis yang mudah menerima sesuatu kesilapan dan enggan bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Terbaharu, Tun Dr Mahathir menyalahkan Allahyarham Tan Sri Megat Junid yang membuat penahanan dibawah Akta Kesalamatan Dalam Negeri, termasuk Operasi Lalang (1987). Tan Sri Megat Junid ketika itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri manakala Tun Dr Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri.

Menurut Tun Dr Mahathir, segala urusan Kementerian Dalam Negeri diserahkan kepada Tan Sri Megat Junid, dan kerana itulah beliau sebenarnya bertanggungjawab menangkap dan menahan, bukan Menteri Dalam Negeri. Dakwaan itu kemudiannya disangkal oleh anak sulong Tan Sri Megat Junid, Datuk Fairouz Junaidi Megat Junid, “Saya dan seluruh keluarga yakin segala tindak tanduk pastinya merujuk dan mendapat arahan ‘orang atasan terlebih’ dahulu.” (Harian Metro, 24 Ogos 2016).

Tentunya sebelum sesuatu tindakan penahanan diambil, suatu taklimat lengkap mengenai dilakukan oleh Tan Sri Megat Junid kepada Tun Dr Mahathir. Hasil daripada perbincangan dan taklimat itulah membuahkan sesuatu keputusan. Ertinya, setiap keputusan yang membabitkan penahanan di bawah ISA mendapat persetujuan Menteri Dalam Negeri, kalaupun bukan Perdana Menteri. Inilah uniknya Tun Dr Mahathir. Beliau sukar mengakui kesilapan ataupun setiap keputusan sedangkan beliau pernah memberitahu, setiap keputusan yang dibuat bersama perlu dilaksanakan dan tidak perlu dipersoalkan.

Tun Musa Hitam ketika itu turut ditugaskan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Operasi Angkara yang dilakukan oleh pihak berkuasa ialah untuk menangkap dan menghapuskan penjenayah di mana Ibrahim Libya turut didakwa mengancam keselamatan dan memecahbelahkan masyarakat Islam.

Ekoran insiden itu, pada 21 November 1985,  akhbar New Straits Times melaporkan Musa Hitam menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah bahawa Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama. Menariknya juga, tiga puluh tahun selepas kejadian tersebut, Musa Hitam memberikan penjelasan, Dr Mahathir berada dalam negara dan bukannya di China.

Tun Musa yang sudah penat menjadi kambing hitam dalam peristiwa Memali menjelaskan: “Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.

Dalam program Hardtalk yang diadakan di Kota Bahru itu, Tun Musa turut menjelaskan bahawa “Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

“Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya.

“Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.” (Utusan Malaysia,  5 April 2014).

Selepas peristiwa tersebut, Tun Musa Hitam berhadapan dengan pelbagai kritikan dan tentangan yang dianggapnya sebagai “beban sejarah yang terpaksa disimpan selama 30 tahun. Dalam buku terbaharu ini, Tun Musa menjelaskan apabila keadaan di Balin dan Sik dapat ditenangkan, beliau menerima pelawaan daripada Universiti Sains Malaysia di mana para pelajarnya sedang berhimpun menentang kerajaan berhubung isu terbabit.

Tulis Tun Musa, “The situation there was very similar, except that the students were playing audio tapes of the events in Baling over and over again to the audience,complete with accompany noises,  giving the impression that there had been a big uprising against the government by village folks both in Baling and Sik…

I went into the hall of the university where there was a standing room only gathering of students. The government officials there appeared to be nervous. When I took the stage, I tried to explain the situation calmly and sincerely, using facts and figures. I admitted that there were issues over rubber prices – ‘memang betul’ – I said. I also said that it was true that the village people were suffering. Again I promised them as I did in Baling and Sik that the government took the matter seriously and was committed to finding a solution.

At first, I was greeted by loud booing, but by the time I had finished, I heard only applause. I Felt that student had listened, heard and understood me…I said, half in jest. ” (hal. 171)

Tun Musa yang gemar menggunakan pendekatan sedia berhadapan dan melihat sendiri setiap apa yang berlaku akhirnya berjaya menenangkan keadaan dan kaedah ini diakui beliau: “Throughout my political career, I have always used the same modus operandi in crisis management. Rule number one is to remain calm and never display any weakness or indecisiveness. Rule number two: before you try to solve a problem, admit that it exists and try to understand it. Rule number three – explore all options fully. Only then, make an informed choice, having considered the consequences. (And) rule number four is equally important: you must stand by your decision. I would like to think that I have been fairly consistent in applying these basic principles.” (hal.172).

Menariknya buku setebal 428 halaman (termasuk index dan 40 halaman gambar bersejarah) ialah sikap “terus terang” nya dalam menyatakan pendapat dan pandangannya. Semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, Tun Musa Hitam (1978-1981) pernah hadir dalam satu ceramah umum di Universiti Sains Malaysia (1979). Semasa menjawab satu soalan dari pelajar, Tun Musa Hitam memperkenalkan sikap politik sebenar yang patut ada dalam kalangan rakyat, iaitu tidak menjadi “pak turut (enggeh) kepada seseorang.” Politik matang ialah politik yang menyanjung tinggi prinsip perjuangan dan beliau sanggup menjadi “sedikit kurang ajar” bila mana pemimpin didapati melanggar prinsip perjuangan yang dipersetujui bersama.

Atas dasar itulah juga menjadi penyebab kenapa beliau mengundurkan diri pada tahun 1986, iaitu tidak bersetuju dengan amalan dan sikap Dr Mahathir yang “keras kepala” dan sukar mendengar atau menerima pandangan pemimpin akar umbi. Menurut Musa, pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun walaupun banyak perkara positif yang boleh diperkatakan, “in one important sense it was an abject failure. By surrounding himself with ‘yes men, Mahathir failed completelu to groom a suitable successor. He trained followers, not leaders. After I resigned in Februaru 1986, he selected Ghafar Baba, a politician in his declining years, as a stop-gap deputy.Then, if Mahathir’s subsequent statements are to be believed, this was followed by a series of unsuitable candidates.

“A very important point to be made here is my working relationship with Dr Mahathir is that nothing of importance took place during my term as Deputy Prime Minister without the knowledge, agreement or directive of Dr Mahathir. This includes everything I did concerning the murder investigation involving Mokhtar Hashim in 1982, the campaign to limit the power of the sultans in 1983, and, of course, the Sabah crisis and the Memali tragedy of 1985.” (hal, 271-272).

Ertinya, pendedahan Tun Musa Hitam dalam buku ini memberikan gambaran bahawa Dr Mahathir adalah seorang yang sangat memahami konsep kuasa dalam politik dan setiap tindakan yang dilakukan adalah untuk memperkukuhkan kedudukannya. Atas dasar itulah Dr Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa dan apabila tidak berkuasa, beliau terus mengecam untuk menjatuhkan penggantinya dengan pelbagai cara.

Sikap tersebut, jika dianalisis secara menyeluruh pandangan dan memoir Tun Musa Hitam mendekati dengan apa yang sedang berlaku dalam politik Malaysia kini selepas perletakan jawatannya pada tahun 2003. Semasa Abdullah Ahmad Badawi menerajui pentadbiran negara, Dr Mahathir melancarkan serangan bertubi untuk memaksakan Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana dianggap “lembik” dan “hilang arah” selepas keputusan tidak meneruskan projek Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Dr Mahathir mengambil keputusan menarik diri sebagai ahli UMNO dan berkempen untuk menggagalkan BN dalam pilihan raya umum 2008. Keputusan Pilihan Raya Umum 2008, Mahathir turut menyumbang kepada kemenangan parti-parti pembangkang sehingga BN hilang kuasa di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kekal di Kelantan. BN hanya mampu meraih 140 kerusi dari 222 kerusi Dewan Rakyat. Banyak perkara-perkara yang selama ini tidak didedahkan kepada umum dan kurang dipersoalkan mula menjadi bahan kempen sehinggalah menyuburkan budaya fitnah dan political bashing.

Selepas kembali semula ke pangkuan UMNO pada 4 April 2009, iaitu selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dan Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut membantu berkempen untuk kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Kemenangan BN di Kedah membolehkan anaknya, Mukriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Tun Dr Mahathir sekali lagi keluar UMNO pada 19 Mei 2015 setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun. Ia berpunca daripada sikap Tun Dr Mahathir sendiri yang masih tidak boleh menerima kaedah pengurusan dan pengendalian parti dan urusan kerajaan oleh Datuk Seri Najib.

Menurut Tun Musa, pengkritik paling lantang terhada Datuk Seri Najib ialah Tun Dr Mahathir. Tun Musa menyarankan, bekas Perdana Menteri sepatutnya perlu “cermin diri’ terlebih dahulu kerana Tun Dr Mahathir “You forget that you lost so many billions as a result of the Bumiputra Malaysia (BMF) scandal in 1983.”  Zaman Dr Mahathir terdapat beberapa skandal besar yang lain. Perwaja Steel, Maminco, Malaysia Airlines (MAS) dan pertukaran wang asing oleh Bank Negara. (hal. 351)

Menurut Tun Musa, “Dr Mahathir always played his cards close to his chest. In this particular case, was he already putting the chess pieces in place to ensure that I would be checkmated? Was he protecting his own turf?” (hal.293)

Dr Mahathir is a brilliant politician. He can exploit emotion and make the Malays feel that he is championing them. I suppose that is the reason he has often said that the Malays are stupid. His political skill is amazing. In December 2014, for example, in discussing the problems facing Malaysian Airlines, he bluntly said that the Malays were too stupid to run the company,” tulis Tun Musa. (hal.351)

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa dan beberapa halangan yang berlaku, Tun Musa melihat Malaysia mungkin tidak akan mencapai apa yang diimpikan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1991, iaitu menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Senario sekarang, termasuk perbalahan politik, kekurangan pelaburan luar, persaingan antara kumpulan agama dan pelampau agama, penguatkuasaan undang-undang secara terpilih, salah guna kuasa, perdebatan umum mengenai isu nasional, “I see the country heading in the direction of the failed state scenario.” (hal.362) Dan, dalam kalangan negara-negara ASEAN, “Malaysia seems to be the bad boy. We are in decline whereas our neighbours are on the rise.” (hal.363)

Sebuah pendedahan secara jujur dan ikhlas daripada Tun Musa Hitam. Sikapnya yang suka berterus terang itulah kadangkala dianggap sebagai “kurang ajar” tapi baginya, sesekali sikap kurang ajar itulah yang akan menentukan politik matang dan membina untuk Malaysia. Syabas dan tahniah mengenai pelbagai pendedahan yang dipaparkan dalam memoir, Frankly Speaking ini, “will contribute positively to the development of a more constructive political culture.” (hal.ix).

No Comments

    Leave a reply