MEMILIH HIDUP SECARA SEDERHANA

Dari pusat alam aku mengembara,

Hingga aku tempuh pagar bumi ke-7,

Dari situ aku duduk bersemayam di singgahsana satrun,

Habis aku hurai segala masalah di tengah jalan,

Masalah mati dan rezeki tetap bersembunyi.

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Umar Ibn Ibrahim al-Khayyam. Beliau dilahirkan pada tahun 1044. Ilmuwan Islam yang terkenal ini  adalah  Umar Khayyam. Khayyam sebenarnya bermaksud “pembuat khemah”. Kepakaran Umar Khayyam, seorang rakyat Parsi, adalah dalam bidang matematik, astronomi, falsafah, perubatan, dan sastera (khususnya puisi).

Sebenarnya, tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah awal hidupnya kecuali fakta bahawa dia mendapat pendidikan di Nishapur dan tinggal di sana dan juga di Samarkand sepanjang hidupnya.

Melihat perjalanan hidupnya, Umar Khayyam adalah seorang yang sangat sukakan kesederhanaan malah  pernah ditawarkan untuk bekerja di istana.

Beliau sebaliknya menolak dan memilih hidup secara sederhana dan tenang untuk menimba ilmu. Beliau mengembara ke pusat-pusat ilmu ketika itu seperti di Samarkand, Bukhara, Balkh dan Isfahan untuk mendalami ilmunya dan juga bertukar-tukar fikiran dengan para ilmuwan di sana.

Semasa di Samarkan, beliau diletakkan di bawah seliaan seorang pembesar – Abu Tahir. Sumbangan terbesar Umar Khayyam ialah dalam bidang algebra. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ketiga.

Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.

Bukunya Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra.

Iqbal, pemikir terkenal Pakistan, memuji malah telah melontarkan pertanyaan terhadap Euclidean atas pararelisme. Umar Khayyam merupakan ilmuwan pertama yang membuktikan bilangan dari teori geometri bukan-Euclidean yang ditemukan oleh BolyaiLobachevsky, Riemann, dan Gauss secara terpisah sepanjang pertengahan abad ke-19 M.

Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Umar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Umar Khayyam telah mendahului sejak tujuh abad sebelum mereka, yang mana di kemudian hari, Einstein menggunakan geometri bukan-Euclidean untuk menghantarkannya pada “dunia baru” dalam bidang sains. Tidak ada petunjuk dan rumusan yang tidak dipecahkan oleh Umar Khayyam. Beliau juga mulai menggunakan grafik untuk mengkombinasikan algebra dan geometri untuk membuktikan persamaan kubik.

Seorang genius bernama Descartes yang kemudian memperagakan “the tour de force” daripada kombinasi algebra dan geometri, bersamaan dengan penemuan filsafat barunya dengan diktumnya yang terkenal, “cogito ergo sum”.

Belum ada lagi pemikir dunia Muslim yang mengikuti jejak Umar Khayyam dan menguatkan rasionalisme, kerana Imam Ghazali telah menulis Tahafutul Falasifah. Memang, Ibnu Rushd kemudian juga menulis Tahafut at-Tahafut. Namun sayangnya dunia Muslim menolaknya, sebaliknya orang Eropah berebut mengambilnya.

Selain itu, Umar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Umar Khayyam adalah bersifat geometrikal.

Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuk, Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap.

Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat. Umar berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali. Selain itu, UOmar Khayyam juga turut menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan kaedah menentukan graviti.

Dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga buku. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli astronomi terkenal dan juga doktor. Selain dalam bidang sains, Umar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di zamannya.

Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris bagi bukunya – Rubaiyat.

Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimiliki Umar Khayyam. Umar Khayyam juga menulis pelbagai jenis buku dan monograf dalam pelbagai jenis bidang.

Antaranya ialah sepuluh buku dan 30 monograf berjaya dikesan. Daripada jumlah ini, empat buah buku adalah berkaitan matematik, fizik (tiga), metafizik (tiga) dan satu untuk algebra dan geometri.

Jasa dan pengaruh Omar Khayyam begitu besar terutamanya dalam perkembangan bidang matematik dan juga geometri. Malah kerja-kerjanya mendahului semua ilmuan lain selama berabad-abad lamanya. Sebenarnya, kehebatan Umar Khayyam dalam bidang matematik banyak dikaburi oleh kehebatannya sebagai seorang penyair.

Tidak menghairankan apabila Rusia telah menerbitkan edisi pertama sebuah buku tentang Umar Khayyam,  sebuah buku yang berisi terjemahan sajak-sajak Umar Khayyam dalam bahasa Rusia.

Buku tersebut juga berisi puisi-puisi daripada Umar Khayyam yang menjadi kesukaan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin, dan beberapa wawancara dengan jaringan berita seluruh dunia tentang kekaguman Putin terhadap penyair Parsi tersebut. Ribuan cetakan daripada buku tentang Umar Khayyam dan Putin tersebut telah diterbitkan di Kazan, Tatarstan.

Penyair, pakar matematik dan pakar astronomi Parsi yang terkenal tersebut, memiliki koleksi sajak/puisi/syair yang sangat terkenal, iaitu Rubaiyat, yang telah diterjemahkan ke dalam sekitar 80 bahasa.

Bagaimanapun, sumbangan beliau sebagai ahli falsafah dan saintis banyak meletakkan asas dalam tamadun keilmuan manusia sejagat.

Catatan: Ibnu Khaldun

No Comments

    Leave a reply