Mencari Pemimpin Al-Amin

Mencari Pemimpin al-Amin

Teladan itu amat jarang kita dengar untuk zaman yang penuh dengan kemewahan kini. Pemimpin bukan lagi berusaha untuk memakmurkan rakyatnya sebaliknya membina kedudukan tertinggi untuk dirinya sendiri, walaupun rakyat kebanyakannya masih lagi dibelenggu kemiskinan.

Paling mengejutkan ada segelintir pemimpin dikatakan luhur di jujur menerima sejumlah sumbangan yang boleh digunakan untuk keluarganya. Ada pihak yang sanggup menajanya, kerana yang menaja mungkin memperoleh sesuatu secara tidak langsung daripada hubungan dengan pemimpin itu.

Al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa seseorang pemimpin perlu mendahulukan rakyatnya daripada kesenangan peribadi. Maka kerana itulah Islam terus menegah seseorang pemimpin daripada melakukan sesuatu yang diluar batasan. Apabila ada pemimpin sanggup menerima pemberian dalam bentuk tajaan mengerjakan haji, ia bukan boleh dianggap sebagai ibadah sebenarnya. Meskipun seseorang yang mampu diwajibkan mengerjakan haji, kewajipan itu hanyalah sekali.

Suatu malam Rasulullah mengimamkan solat isyak. Setiap kali ketika baginda menggerakkan badannya terdengarlah bunyi-bunyian seolah-olah tulang-temulang bergeser. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya, “Apakah Rasulullah sedang sakit? Dengan suara perlahan baginda pun menjawab, “Oh tidak! saya sihat walafiat.”

Sahabat itu berasa pelik dan bertanya, lagi; “tetapi, mengapa tulang-tulangmu bergeseran (berbunyi) setiap kali Tuan bergerak sepanjang solat tadi?” Melihat para sahabat agak cemas, Rasulullah kemudian membuka jubahnya. Maka nampaklah ikatan selempang kain yang dipenuhi kerikil untuk menahan lapar. Sebenarnya kerikil-kerikil itulah yang menimbulkan bunyi ketika baginda mengimamkan solat Isyak bersama para sahabatnya.

Umar bin Khattab tiba-tiba menjerit, “Ya, Rasulullah! Alangkah rendahnya diri kami dalam pandanganmu jika engkau mengatakan lapar dan kami tidak bersedia memberikan makanan lazat-lazat buatmu sedangkan kami semua hidup mencukupi, Ya Rasulullah.Apakah kamu menyangka bahawa kami termasuk orang-orang yang bakhil?” Nabi Muhammad SAW dengan terharu menjawab, “Tidak wahai Umar! Bukan begitu Maksudku. Aku percaya kamu para sahabatku yang sangat mencintai aku. Apa lagi bukanlah sesuatu yang menyusahkan dengan hanya sekadar memberikan makanan untukku. Jangankan makanan, harta dan nyawa pun kalau perlu kamu sanggup serahkan.

“Tetapi di mana akan ku letakkan muka aku di hadapan Allah kalau aku sebagai pemimpin, justeru memberatkan orang-orang yang ku pimpin? Biarlah aku lapar di dunia asalkan tidak membiarkan umatku dilanda kelaparan. Sebab kami kemiskinan akan menyeret manusia ke lembah kekufuran.”

Cerita mengenai kesederhanaan dan kesanggupan Nabi Muhammad SAW menahan lapar itu sering kita dengar. Cerita keikhlasan dan kemurahan hati baginda ketika menghadapi suasana getir pun sudah kita tahu. Yang jarang kita dengar adalah hujah di sebalik sikap baginda yang cenderung dilihat sebagai sesuatu yang boleh menjadi kontroversi.

Hujah, pertama yang kita boleh peroleh daripada kisah tersebut ialah baginda sentiasa mengambil berat mengenai kehidupan orang lain dan tidak ingin menyusahkan mereka, meskipun orang itu adalah para sahabat setianya yang sanggup menghulurkan apa sahaja bantuan apabila diperlukan.

Keduanya, baginda sanggup membiarkan dirinya lapar asalkan umatnya berada dalam kesenangan. Baginda tidak sedikit pun mengambil sikap mencari kesenangan hidup di atas kesusahan orang lain. Tidak mengumpul kesenangan di atas penderitaan rakyat yang dipimpinnya.

Sesungguhnya, negara yang baik adalah negara yang berwibawa. Negara yang berwibawa adalah negara yang penguasa dan rakyatnya sama-sama berwibawa. Penguasa menyegani rakyatnya, kerana rakyat berwibawa, sementara rakyatnya patuh kepada pemerintah, kerana pemerintahnya juga berwibawa. Kewibawaan akan menimbulkan rasa hormat.

Pemerintah dan rakyat yang berwibawa akan saling menghormati hak dan kewajiban masing-masing. Ketika hal itu sudah tercipta, maka sebuah pemerintahan dan negara yang baik akan terwujud. Dalam perspektif Islam, negara seperti inilah yang dimaksud oleh Nabi sebagai negara yang baik, iaitu negara yang pemimpinnya dicintai oleh rakyat, yang rakyatnya dicintai oleh pemimpinnya. (H. R. Muslim). Pemerintah dan rakyat menjadi satu sistem yang saling bekerjasama, dan bukan musuh yang antara satu sama lainnya saling menekan atau “memakan.” Selanjutnya perasaan saling mencintai akan melahirkan sosial yang cerdas dan dinamis, kerana berangkat dari rasa saling cinta, dan bukan atas dasar saling curiga.

Pertanyaan yang muncul dalam konteks ini adalah bagaimana menciptakan negara berwibawa tersebut? Atau dengan kata lain, bagaimana menciptakan negara dimana kedaulatan yang dimiliki oleh rakyat tidak sampai meminggirkan wibawa pemerintah, dan kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah tidak sampai mengikis kedaulatan rakyatnya

Jauh daripada sifat kepimpinan sebenar. Nabi Muhammad SAW tidak pernah menganggap apa yang ada padanya sebagai “sesuatu yang bawa berkat,” kerana yang lebih berkat bagi baginda ialah apa yang dilakukan untuk membahagiakan umat yang dipimpinnya.

Baginda sanggup berkorban demi menyebarkan syiar Islam, tetapi kini pemimpin yang banyak menyanjungi Rasulullah SAW banyak menggunakan agama bagi memperkukuhkan kedudukan dan partinya.

Jika sudah banyak kali pergi, ia bukan satu lagi dilihat sebagai sesuatu yang kewajipan. Ia akan terus dipandang sebagai satu tindakan yang berlebihan seolah-olah menggambarkan seseorang itu terlalu mewah kerana setiap tahun “ingin ke sana.” Walhal lebih ramai lagi yang sepatutnya perlu dibantu, sekurang-kurangnya melalui wang tajaan, setiap tahun diberikan kepada rakyat yang berkeinginan untuk ke sana, tetapi tidak mampu.

No Comments

    Leave a reply