Mengapa Rasulullah SAW tidak Dilahirkan Pada Bulan Ramadan?

Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam merupakan makhluk Allah ta’ala yang paling mulia. Baginda bahkan mengalahkan malaikat yang setiap saat waktunya digunakan untuk taat beribadah, mematuhi perintah Allah.

 

Begitu agungnya, hamba Allah yang dilantik menjadi Rasul-Nya pada usia 40 tahun ini mendapat pujaan dari Tuhan yang menciptakannya sendiri, Tuhan semesta alam. Dalam Al-Qur’an, Allah berfirman:

 

وَاِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيْمٍ

 

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki budi pekerti yang agung.” (QS. Al-Qalam: 4).

 

Ini bermakna kedudukan dan derajat Nabi Muhammad di hadapan Allah sangat luhur dan agung. Namun kenapa Baginda Nabi yang mulia itu dilahirkan bukan bertepatan dengan bulan agung, Ramadan, iaitu rajanya bulan. Atau dilahirkan di hari mulia, hari Jumat?

 

Kenapa Allah melahirkan Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam di bulan Rabiul Awal? Padahal bulan ini tidak masuk kategori empat bulan yang dimuliakan, yakni Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab?

 

Sayyid Muhammad ibn Alawi Al Maliki, dalam kitabnya adz-Dzakhâir al-Muhammadiyyah (Daru Jawami’il Kalim, Kairo), halaman 42 menyebutkan:

 

وإنما كان مولده في شهر ربيع على الصحيح ولم يكن في المحرم، ولا في رجب، ولا في رمضان، ولا غيرها من الأشهر ذوات الشرف، لأنه عليه الصلاة والسلام لا يتشرف بالزمان، وإنما يتشرف الزمان به، وكذلك المكان، فلو ولد في شهر من الشهور المذكورة، لتُوُهِّمَ أنه تشرف به، فجعل الله تعالى مولده عليه السلام في غيرها ليظهر عنايته به وكرامته عليه

 

Ertinya: “Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad berada di bulan Rabi’ (awal) menurut pendapat yang sahih. Bukan di bulan Muharram, Rajab, Ramadan dan lain sebagainya dari bulan-bulan yang mulia. Kerana Nabi Muhammad tidak mulia sebab masa atau waktu. Namun waktu-lah yang menjadi mulia sebab Nabi Muhammad lahir. Begitu pula tentang (kemuliaan) tempat. Jika Nabi dilahirkan di bulan-bulan (mulia) tersebut, boleh jadi akan menimbulkan persepsi, Nabi mulia kerana lahir di bulan mulia. Maka, Allah menciptakan kelahiran Baginda Nabi di bulan lain yang akan memberi pertolongan dan kemuliaan di bulan lain itu sendiri.”

 

Pernyataan Sayyid Muhammad ini juga mirip dengan perkataan Syaikh Az Zarqani dalam al-Mawahib al-Laduniyyah bil Minah al-Muhammadiyyah volume 1, halaman 142, juga Ibnu Hajar al-Haitami pada kitab Asyraful Wasail ila Fahmil Masail halaman 38.

 

Ertinya, hari dan bulan kelahiran Nabi Muhammad yang mulia ini memang benar-benar murni bahawa kemuliaannya sebab Baginda Nabi Muhammad sendiri, bukan faktor lain. Bukan Nabi mulia kerana lahir di bulan Dzulhijjah, misalnya. Bukan. Tapi mulia kerana pribadi itu sendiri sedang lahir dan, hadir di muka bumi.

 

Adapun masalah tempat. Nabi juga tidak dilahirkan di dalam tempat mulia, Ka’bah. Makkah menjadi mulia kerana menjadi tempat kelahiran Rasulullah.

 

Sedangkan Madinah, sebagai tempat hijrah dan jasad Nabi dikubur, menurut banyak ulama, Madinah dianggap lebih utama dan mulia daripada Makkah. Kesimpulan ini muncul berdasarkan keberadaan jasad Rasulullah, yang tak berada di Makkah.

 

Atas kehadiran Rasulullah Muhammad di Madinah, kemudian wujud satu tempat taman syurga sebagaimana yang telah disabdakan Nabi:

 

مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ

 

“Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman syurga.” (HR. Bukhari nomor 1196 dan Muslim nomor 1391).

 

Tidak menghairankan, ketika al-Qa’qa’ al-Ausi diminta keterangan oleh salah seorang, “Cuba jelaskan, apa saja di syurga yang sentiasa kita rindui untuk memasukinya!” pinta orang tersebut; ia menjawab, “Di sana ada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

 

www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply