MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH

Syeikh Al Islam Zakariya Al Anshari didatangi seorang syarif (keturunan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam) dan berkata,”Wahai tuanku, sorbanku telah dicuri orang semalam, berikanlah aku wang untuk membeli yang baru.”

Syeikh Zakariya Al Anshari pun memberikan sejumlah wang, namun sang syarif mengembalikan wang itu, dan Syeikh Zakariya menerima kembali wangnya.

Syeikh Abdul Wahhab Asy Sya’rani murid Syeikh Zakariya kemudian memberi tahu kepada sang guru,”wang itu tidak cukup untuk membeli sorban.”

Syeikh Zakariya pun menjawab,”Syarif itu datang pada masa yang tidak tepat iaitu ketika ada ramai orang, sedangkan Allah telah memberikan kepadaku kecintaan untuk bersedekah secara tersembunyi. Sekiranya waktu itu tidak ada orang, maka aku akan memberikan kepadanya wang secukupnya untuk membeli sorban atau yang lebih banyak dari itu, demi atuknya, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.”

Setelah kejadian itu, Syeikh Abdul Wahhab Asy Sya’rani pun bertemu dengan syarif, lalu menyampaikan kepada syarif perihal apa yang dilakukan gurunya, Syaikh Zakariya Al Anshari.

Syarif pun berkata,”Sesungguhnya Syeikh telah mengirim untukku sorban pada malam harinya. Inilah dia, ada di atas kepalaku.” (Lawaqih Al Anwar Al Qudsiyyah, hal.147)

Sumber: hidayatullah.com

#TANWIR – Salah satu tanda keikhlasan sekaligus mengelakkan sifat riya’

No Comments

    Leave a reply