Mimpi Basah Pada Siang Hari, Batalkah Puasanya?

Salah satu yang menyebabkan batalnya puasa adalah keluarnya mani kerana hubungan seks antara suami dan isteri, atau pun kerana dengan tangan sendiri (masturbasi). Lalu, seandainya air mani tersebut ‘keluar sendiri’ kerana mimpi basah apakah juga membatalkan puasa?

 

Seorang ulama besar Universiti Al-Azhar Kairo Mesir Syekh Ali Jum’ah menjelaskan, mimpi basah pada siang hari bulan Ramadan tidak membatalkan puasa seseorang. Mereka yang mengalami mimpi basah dapat segera mandi junub dan meneruskan puasanya hingga Maghrib.

 

“Puasanya diteruskan sampai waktu Magrib, dan dia tidak berkewajipan membayar hutang puasa,” tulis Syekh Jum’ah dalam bukunya Syekh Ali Jum’ah Menjawab 99 Soal Keislaman.

 

Mengutip sebuah hadis Nabi Muhammad, Syekh Jum’ah berpendapat bahawa orang yang sedang tidur tidak terkena khitab (aturan) Allah, sebagaimana budak kecil dan orang gila. Ketiga orang tersebut tidak dinilai berdosa ketika berbuat sebuah kesalahan sampai mereka terjaga (bagi orang yang sedang tidur), menjadi dewasa (bagi anak-anak), dan sihat kembali (bagi orang gila).

 

“Orang berpuasa yang mengalami mimpi basah ketika tidur siang tidak berdosa,” jelasnya.

 

Allah, lanjut Syekh Jum’ah, menyedari bahwa manusia perlu rehat dan tidur. Sehingga Allah tidak membebani mereka dengan hukum-hukumnya ketika dalam keadaan terlelap. Bagi Syekh Jum’ah, ini merupakan bentuk kasih sayang Allah kepada manusia.

 

Di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir, seorang ulama mazhab Syafi’i Al-Mawardi menegaskan, para ulama sepakat bahawa mimpi basah pada siang hari tidak membatalkan puasa. (nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply