MITOS ATAU HELAH? SIAPAKAH PENGKHIANAT?

 

Politik Malaysia semakin panas. Panas oleh ‘kemarahan’. Panas oleh ‘kebencian’. Juga menjadi panas apabila Dr Mahathir berusaha menutupi kesilapan sendiri. Dr Mahathir telah melakukan kesilapan melampau, bukan lagi boleh disamakan dengan terlajak perahu. Dr Mahathir ‘terlajak’ tindakan sehingga ‘membunuh kuasa’ Pakatan Harapan.

Kesilapan yang telah menimbulkan banyak keraguan munasabah berfikir orang biasa mahupun politikus kelas ‘tangga kambng’. Kecuali mereka yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berkenaan politik, yang boleh menghitungnya sebagai sebahagian daripada tesis akademik ataupun ijazah doktor fal-sampah.

Sama ada Kadir Jasin sedar atau sengaja ingin menegakkan benang basah, masyarakat Malaysia sudah tidak boleh dikelentong lagi. Kalau sebelumnya, rakyat Malaysia boleh termakan dengan label yang diberikan kepada Barisan Nasional, sekarang, rakyat Malaysia sudah boleh bangkit untuk ‘memaki hamun’ Dr Mahathir dengan kesilapannya. (“Pengkhianar PH’ gembar-gemburkan mitos dicipta Umno, kata Kadir, Malaysiakini, 12 Mei 2020).

Dr Mahathir silap. Silap membuat perhitungan. Kononnya dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir mampu ‘menarik simpati’ wakil-wakil rakyat kerana percaya bahawa beliau masih diperlukan untuk memimpin, membuat percaturan bagi menyelamatkan Malaysia.

Sepanjang 22 bulan (10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020), Dr Mahathir tidak melakukan perubahan atau transformasi sebagaimana yang dijanjikan. Beliau berjanji akan mengurangkan jumlah hutang sebanyak RM 200 bilion. Tetapi apa yang berlaku di sebaliknya. Dalam tempoh 21 bulan, hutang negara sudah mencecah RM 1 trilion.

Angka itu pada awalnya dikatakan jumlah hutan yang ditinggalkan oleh BN pada tahun 2017, ternyata sedang hangat dipertikaikan. Najib bertegas, hutang yang ditinggalkannya adalah RM 686 bilion. Tetapi, Najib turut meninggalkan aset berkali ganda kepunyaan TH, PNB dan juga lain-lain saham Khazanah Holdings. Kita BN tewas, nilai ringgit berada pada tahap RM 3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat manakala indeks BSKL melebihi 1600 mata.

Maknanya, jumlah hutang yang diuar-uarkan peninggalan BN sebanyak RM 1.1 trilion adalah nilai ambang yang disasarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Sungguh bijaksana permainan politik Menteri Kewangan, yang digelar oleh Najib sebagai Menteri Kewangan. Diubahnya sistem perakaunan, maka diperkenalkan sistem perakaunan kreatif. Rupa-rupanya Lim Guan Eng bukan akauntan profesional, cuma belajar akaun untuk dapat ijazah daripada sebuah universiti di Australia.

Lebih RM 130 bilion hutang bertambah. Angka RM 1.1 kemudiannya diketahui oleh rakyat Malaysia sebagai ‘nilai ambang’ yang diinginkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Atas ‘pengelinciran sistem perakaunan’ itu, maka Pakatan Harapan terperangkan dalam permainan angka. Pakatan Harapan terperangkap dengan ilusinya sendiri.

Pakatan Harapan tidak mengurangkan hutang, tetapi menokok dengan cepat. Dimulakan dengan ‘memaksa’ Petronas, dan kemudian berunding untuk dapatkan pinjaman daripada Jepun dalam nilai matawang Yen. Pakatan Harapan gunakan emosi untuk mengumpul dana, maka diisytiharkan jumlah kutipan telah berjaya dikumpul lebih RM 250 juta. Mungkin boleh lebih lagi, tetapi kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu ‘derma yang mengikat’. Lebih rela berhutang lagi. Lebih rela jual aser. Lebih rela paksa Petronas berikan dana khas.

Petronas juga yang dimangsakan. Semasa menjadi Perdana Menteri ke-4, Petronas digunakan untuk bail-out, bina bangunan untuk kayakan kroni. Daya bumi kontrak pembinaannya oleh kakak iparnya, Saleha Ali. Petronas diminta bail-out MISC , khabarnya Mokhzani berhadapan masalah kewangan. Petronas juga diminta menyuntik wang dalam Bank Bumiputra bila bank itu bermasalah dengan Skandal BMF. Petronas juga diminta untuk membiayai Menara Berkembar.

Tapak KLCC itu asalnya medan lumba kuda pertaruhan. Dibeli daripada Ananda Krishnan. Syarikat Ananda juga diberikan kontrak pembinaan KLCC. Syarikat anak Mahathir diberikan kontrak perbekalan perabut untuk pejabat-pejabat di KLCC. Ananda makin kaya, dan anak-anak Dr Mahathir ‘mencetak wang’ tapi tidak pernah kata itu adalah budaya kleptokrasi. Kecuali ketika Najib menggunakan 1 MDB untuk menyekat penguasaan kroni. (teringat cerita yang ditulis oleh Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, 2009).

Saya cadangkan Kadir Jasin terjemahkan buku itu bagi membolehkan lebih ramai mereka yang fasih berbahasa Inggeris membacanya dalam bahasa kebangsaan. Barulah ‘susu segar’ dari penaja sebuah rancangan hiburan tanah air dan sebahagian iklan juadah berbuka puasa di TV 3.

Itu mitos pertama.

mitos ‘u-turn’

Mitos kedua ialah pembatalan projek-projek infrastruktur mega. Projek itu dibatalkan kerana dicap sebagai projek yang bakal menyebabkan rakyat terpaksa menanggung hutang dan harganya tidak munasabah. Ada keuntungan tertentu, bukan menguntungkan rakyat. Mitos itu kemudiannya mencapai tahap ‘u-turn’. Harga dirundingkan semula. Dikatakan banyak pengurangan berlaku.

Ya! Kanak-kanak tadika pun boleh faham. Pengurangan berlaku kerana skop kerja dan kemudahan dikurangkan. MRT fasa tiga mengurangkan jumlah stesen dan keemasan stesen. ECRL dipendekkkan dan jajarannya dipinda. Beberapa stesen ditiadakan manakala laluan merentasi warisan berbatu kapur (terowong) dari Bentong ke Gombak dilencongkan ke Jelebu sebelum berakhir di Putrajaya. Pembinaan di yang sudah berjalan di stesen Bentong dibatalkan, dan ia membabitkan pertimbangan ‘ganti rugi’ atau digantikan dengan kaedah lain. Jumlah gerabak dan keretapi juga dikurangkan.

kutipan tol 

Mitos ketiga kutipan tol tidak dapat dihapuskan. Kerajaan tidak berupaya untuk ‘membayar balik’ kos pemegang konsesi. Maka empat lebuh raya di Lembah Klang diisytiharkan bakal 5 pagi. Pada waktu puncak, pengguna tetap dikenakan bayaran, bukan bayar tol tetapi ‘caj kesesakan’. Selepas waktu puncak, bayarannya dikurangkan sebanyak 30 peratus. Ia akan dapat dilaksanakan menjelang atau pada tahun 2020.

Hasrat itu tidak kesampaian. Perundingan tidak selesai, Hinggalah kerajaan PH sudah selesai memerintah, isu penghapusan tol dicapatikan.

Mitos keempat, tiada pelantikan jawatan utama sektor awam dalam kalangan lantikan politik. Pelantikannya akan dilakukan menerusi Jawatankuasa Pelantikan Sektor Awam. Ia tidak berlaku, kuasa Perdana Menteri terus digunakan dengan alasan, ia akan melambatkan proses dan menambahkan birokrasi. Jawatankuasa yang dibentuk tidak mempunyai kuasa, peraturan belum dipinda kerana Pakatan Harapan tidak cuba melakukannya. Pakatan Harapan takut apa yang dicadangkan tidak mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

prerogatif melantik

Pakatan Harapan takut kerana jumlah ahli Dewan Rakyat yang menyebelahinya tidak sampai dua pertiga. Akhirnya, untuk cepat mencapai matlamat, Perdana Menteri menggunakan prerogatifnya melantik Pesuruhjaya SPRM dua kali (kali pertama diambilnya calon yang dah pencen dan kemudian, dilantik pula seorang peguam bernama Latheefa Koya. Latheefa adalah peguam yang merupakan ahli PKR. PKR adalah sekutu terkuat dalam Pakatan Harapan.

Ketua Polis juga dilantik daripada ‘orang pencen’. Peguam Negara dilantik dari peguam utama kes yang membabitkan dakwaan salah laku Lim Guan Eng. Tommy Thomas telah berjaya mengeluarkan perbicaraan kes Guan Eng yang sudah pun bermula. Tommy Thomas juga mengetepikan penghakiman ke atas tertuduh (dua daripadanya ialah wakil rakyat DAP) yang menyokong dan mempromosi LTTE.

Tan Kok Wai dilantik sebagai Duta Khas ke China. Tan Kok Wai adalah wakil rakyat DAP. Rakyat mula ‘kecil hati’ bila kes kematian seorang anggota bomba ‘dibelasah’ ketika bertugas di malam rusuhan di Kuil Maha Mariaman, Subang Jaya tidak mendapat keadilan sewajarnya. Rakyat mula melihat semula, kematian Teoh Beng Hock yang berlaku di Plaza Masalam mendapat siasatan yang mendalam, tetapi, kes Adib tidak pun diperjuangkan oleh DAP. Maka, benarlah DAP mengambil kes secara terpilih.Akibatnya, mitos keempat mula dikaitkan dengan peranan hebat DAP.

‘sangat besar kepala’

DAP menjadi ‘sangat besar kepala’ hingga boleh mengugut dan menegur apa sahaja yang difikirkan tidak menguntungkan bukan Melayu. Mahathir turut terkena ‘sumpahan’ DAP, kehadirannya dalam Kongres Maruah  Melayu dipertikaikan. Dr Mahathir turut didesak, kerana beliau bukanlah Perdana Menteri untuk orang Melayu, tetapi, Perdana Menteri ‘anak semua bangsa’ (pinjam istilah Hishamudin Rais).

Mitos kelima, politik Malaysia memerlukan sokongan bukan Melayu manakala pemimpin-pemimpin politik Melayu ‘tidak cukup keMelayuan’nya. Ya memang Pakatan Harapan menang kerana berlakunya ‘swing’ pengundi bukan Melayu dan sekitar 10 peratus pengundi Melayu. Itu pun daripada orang Melayu yang kecewa. Mereka kecewa kerana tidak mendapat tempat dalam UMNO dan sebahagian  mempunyai masalah dalam parti, sebab itu mereka dipecat. Antara yang kecewa dengan UMNO ialah Dr Mahathir sendiri.

Dr Mahathir kecewa dengan Najib. Sebabnya, Najib tidak membantu menjamin kemenangan anaknya, Mukhriz yang memasuki gelanggang perebutan jawatan Naib Presiden. Setelah Mukhriz kalah, Mahathir bertambah meracau, akhirnya, Mukhriz mendapat ‘undi tidak percaya’. Jawatan sebagai menteri besar Kedah terpaksa dilepaskan dalam tempoh kurang tiga tahun (Mei 2014 hingga Mac 2016). Kini bertambah kecewa sebab Mukhriz sekali lagi hilang jawatan Menteri Besar dengan tempoh yang lebih singkat (dua tahun dua bulan). Apakah itu ‘mitos’ ciptaan UMNO?

‘menjilat ludah’

Mitos keenam, Dr Mahathir ‘menjilat ludah’ dengan berbaik-baik dengan DAP kerana DAP adalah sekutu terkuat PKR. DAP pernah dilabelkan Dr Mahathir sebagai ‘rasis dan melampau’ akhirnya dikatakan sudah berjaya dibaptiskan menjadi baik, jujur dan ikhlas. DAP adalah kawan yang wajib dihargai kerana boleh menyumbang kepada pembentukan kuasa dan memberikan ruang untuk Dr Mahathir ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke-7.

Segala-galanya mual dan meloyakan. DAP besar kepala, dan Kadir sudah terpaksa menerimanya kerana beliau dilantik sebagai ‘punah sihat media’ Dr Mahathir. Sebelumnya adalah Ketua Komunikasi dan Media kepada Majlis Penasihat Kerajaan. Semua orang tahu, Kadir bukanlah orang kaya, tetapi mendapat habuan menerusi pemilikan saham semasa era Daim sebagai Menteri Kewangan. Daim memang kaya, boleh memiliki bank, saham utama dalam konsesi Lebuh Raya Utara Selatan sebelum dikuasai oleh KWSP dan lain-lainnya.

Daim pernah menguasai UEM dan Renong. Apakah SPRM berhasrat untuk menyiasat bagaimana Daim menjadi begitu kaya? Apa cerita dengan siasatan kononnya Daim terlibat dengan ‘menaikkan harga’ kos pembinaan ECRL dan pakej rundingan semula?

KPM ‘idiot’

Kadir bukanlah seorang yang pandai berniaga. Diberikan Berita Publishing dengan bayaran RM 1, tetapi syarikat penerbitan itu menemui kegagalan. Kadir hanyalah seorang yang bijak menulis, dan ditulisnya berdasarkan kesedaran kognitif tanpa melihat aspek afektif. Kadir pernah menuduh KPM dengan istilah ‘idiot’ bila guru-guru yang menyambung pengajian jarak jauh atau luar kampus tidak dapat diserapkan sebagai Guru Siswazah Terlatih.

Itu berlaku antara akhir 1990-an atau permulaan ‘milenium bugs’. Saya gagal mencari keratan akhbar dari NSTP yang ditulis oleh Kadir Jasin yang hebat propagandanya itu.

‘melihat kepada kekosongan’

Kadir tidak tahu peraturan dalam perkhidmatan awam. Walaupun seseorang itu mempunyai kelulusan universiti dalam masa perkhidmatannya, ia tidak dijanjikan secara automatik selepas lulus. Ia perlu melihat kepada kekosongan jawatan di peringkat kelulusan universiti dan wajib membuat permohonan baharu.

Permohonan itu diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), SPP tidak boleh melakukan pengambilan sesuka hati. Keputusan itu tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

Setiap jawatan memerlukan peruntukan. Bukan hanya sekadar boleh membayar gaji, bahkan pembayaran elaun, kemudahan rawatan hospital dan lain-lainnya. Kadir tidak faham, sebagai beliau tidak pernah berada dalam sektor awam.

‘tidak semua pandangannya bernas’

Beliau hanya tahu menulis dan membuat sedikit maklumat untuk membolehkannya menulis. Sepatutnya, beliau menyemak terlebih dahulu syarat pengambilan penjawat awam. Itulah Kadir, tidak semua pandangannya bernas dan boleh diterima tepat dan betul.

Mitos ketujuh, Kadir nampaknya sangat faham dengan ‘kebersamaan’ tetapi kurang bijak dengan percaturan yang sedang dilakukan oleh DAP. Kadir hanya melihat di permukaan, dan tidak menyelaminya hingga ke dasar yang sepatutnya dibahas tentang ‘kebersamaan’ itu.

Sepatutnya Kadir boleh menulis, kebersamaan itu kaedah pembungkusan baharu Malaysian Malaysia. Ia sama dengan Wawasan 2020 oleh Dr Mahathir dengan konsep muhibah yang diperkenalkan sejak Rukunegara dibentuk (Baca, Cheah Boon Kheng, Malaysia: The Making of Nation, 2002) 

Apakah DAP memahami sejarah tanah air ini dengan begitu baik? Sekiranya begitu, takkanlah tokoh sejarahwan tanah air, mendiang Tan Sri Kho Kay Kim boleh mengkritik sikap sebahagian pemimpin DAP dan bukan Melayu terhadap apa yang diperjuangkan mereka.

Bukankah Prof Teo Kok Seong memberikan beberapa kali amaran, sepatutnya semua rakyat negara ini boleh menerima dan mengadaptasi kehidupan mereka dengan pribumi. Boleh berbahasa Melayu dengan baik dan lancar kerana ia adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara?

dalam keadaan mengantuk’

Sudahkah bukan Melayu secara mutlaknya boleh berkomunikasi secara berkesan dengan perantaraan bahasa kebangsaan itu? Kenapa perlu ada kenyataan akhbar berbahasa Mandarin atau slide pembentangan berbahasa Mandarin? Agaknya ketika menulis pembelaan terhadap Mahathir, Kadir terlupa atau dalam keadaan mengantuk?

Jika jawabnya belum, bagaimana nilai-nilai ‘kebersamaan’ itu boleh dituntut? Apakah bukan Melayu sanggup berkongsi apa yang mereka miliki dengan orang Melayu sebagaimana mereka mengharapkan toleransi terbaik daripada orang Melayu? Sikap majikan bukan Melayu memang ada kes diskriminasi.

Calon Melayu atau Bumiputera tidak akan diambil kecuali sasaran perniagaan ialah memancing poket orang Melayu. Ia seumpama restoran bukan Muslim yang menggajikan beberapa orang pekerja Islam, dengan imej berpakaian. Ada juga sanggup menggantung ayat al-Qur’an.

dikaitkan dengan Islamisasi ?

Ambillah contoh mengenai sikap Dong Zong dan Jiao Zong mengenai cadangan penambahan masa pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Kadir juga wajar memahami bahawa tulisan jawi adalah sebahagian kurikulum bahasa Malaysia, tetapi kenapa pembelajaran kaligrafi itu dikaitkan dengan Islamisasi?

Semak balik apa yang berlaku sekitar tahun 2013 bila PPM dilancarkan secara rasminya setahun selepas draf diperbaiki dan diperhalusi semula dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan input. Boleh minta KPPM, Dr Habibah menyusurgalurkannya, kerana beliau ketika itu adalah urusetia pembentukan PPPM walaupun ada syarikat perunding terbabit.

Tulisan jawi bukan bahasa Arab walaupun aksaranya adalah berasal daripada bahawa Arab atau Parsi. Di manakah pendirian Kadir mengenai isu itu? Akhirnya boleh menerima bila KPM memberikan ruang agar sekolah diberikan pilihan. Tak banyak pun yang nak diajar, sebanyak tiga halaman tetapi kecohnya sampai bergegar seluruh alam Tanah Melayu.

bukan idea bernas Mazlee

Nasib kurang baik, Mazlee Malik terpaksa patuh nasihat, mengundurkan diri sebagai Menteri Pendidikan beberapa hari sebelum sesi persekolahan dibuka kerana ‘tak mahu derhaka’ kepada mamanda Perdana Menteri. Tidak adalah cerita ‘kasut hitam’, ‘bantuan sarapan pagi’ , kelas berenang dan keputusan menghapuskan pengasingan pelajar berdasarkan sains dan sastera. Nak hapus periksa, bukan idea bernas Mazlee, ia sudah ada sebagai inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, yang ditunjangi oleh Muhyiddin.

Kelapan, apa pendirian Kadir bila nilai-nilai Islam dan institusi Islam cuba dikeronyokkan? Apa pendirian Kadir apabila pemimpin DAP mula menuduh bahawa sekolah-sekolah agama dan tahfiz menyemai nilai-nilai eksterimis dan semangat ‘jihad’ yang dipersempitkan pengertiannya? Memang sekolah-sekolah agama dan tahfiz persendirian ada kelemahannya, misalnya soal keselamatan dan masa depan kerjaya para pelajar yang keluar daripada sistem.

Mereka tidak dibekalkan dengan pengetahuan akademik dan kemahiran, yang sepatutnya diperjuangkan oleh Kadir untuk ditambah baik, bukan mengikut kemahuan mereka yang melihatnya sebagai ‘duri’ dalam ‘daging’ masyarakat.

diherotpenyotkan

Kutukan terhadap sekolah agama dan tahfiz kurang kelantangan selepas seorang lagi tokoh kewartawanan meninggal. Beliau terkenal nilai ‘menghukum’ kerana pernah berkata, wartawan tidak mempedulikan perasaan orang lain. Wartawan hanya mempedulikan ‘nilai berita’ dan jawapan yang selari dengan predisposisinya sendiri.

Wartawan akan memilih jawapan yang sesuai dan akhirnya, kenyataan atau jawapan yang diberikan diherotpenyotkan (distortion). (Saya pertama kali mendengar istilah herot-penyot pada tahun 1978 apabila mengambil Pengantar Seni Halus yang dikendalikan oleh Zakaria Ali, ilmuan lulusan daripada Universiti di Mexico dan penulis novel Vila Maya).

churnalism 

Kewartawanan bertukar menjadi churnalism (istilah Nick Davies, wartawan veteran dari United Kingdom yang berani mengkritik amalan tidak sihat itu dan menulisnya dengan berkesan dalam Flat Earth News, 2007). Apa pandangan Kadir bila membaca buku tersebut? Segala-galanya dilakukan hanya untuk kerja yang mudah dan berkiblatkan falsafah “bad news is good news’ bukan bersandarkan prinsip truth dan sumber yang benar atau realiti yang dilihat sendiri.

Ia ditulis dalam bilik berhawa dingin, bukan melihat sendiri kejadian tersebut. Ia mungkin berdasarkan apa yang ditulis oleh orang lain, mengikut tafsiran dan perspektifnya, dan bukan berdasarkan ‘fair comment’.

enam bulan

Kesembilan, apakah kerajaan PH tidak membuat kesilapan? Adakah kerajaan dan kabinet lantikan Dr Mahathir yang dikatakan terbaik itu berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan? Jawabnya ada terlalu banyak kelemahan sehingga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan bercakap: tempoh enam bulan pertama adalah cukup. Tempoh selepas itu mesti tunjukkan kebolehan, tetapi, ia tidak berlaku sebagaimana diharapkan. Pertumbuhan ekonomi tidak meningkat. Nilai ringgit terus mencanak turun. Penjualan saham menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Minyak sawit jadi mangsa ‘kerakusan politik’. China batalkan kontrak pembelian dan membeli daripada Indonesia. India, walaupun tidak ditekan oleh kerajaan Narenda Modi, para pengusaha mereka membuat cadangan mengurangkan pembelian daripada Malaysia.

‘Jambatan Bengkok’

Kenapa? Sikap dan pendirian Dr Mahathir suka ‘bergaduh’ dengan semua negara kecuali Jepun, Korea Selatan dan wilayah Afrika Selatan. Hubungan dengan Singapura kembali ‘tegang’ kerana masih mahukan “Jambatan Bengkok”.

Forest City, tidak lagi dijadikan bahan kempen. Kesemuanya ini bukan mitos. Mitosnya ialah Mahathir sentiasa betul, dan tidak boleh dikritik. Itulah perkara yang wajib Kadir lakukan, jika tidak dirinya akan digelar ‘pembelot’ sebab ‘gigit tangan tauke’.

Kesepuluh, setiap mitos yang dikatakan direkaya oleh BN kesemuanya salah. Ungkapan-ungkapan kemarahan rakyat adalah kerana Kerajaan Pakatan Harapan telah gagal. Gagal membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup (paling besar dan asas) dan mendisiplinkan DAP agar lebih menghormati orang Melayu.

Jiwa pemimpin DAP yang memang alergik dengan apa sahaj program, dasar dan orientasi yang dikaitkan dengan orang Melayu tetap diungkitkan dengan kisah diskriminasi, warga negara kelas kedua dan tidak menepati prinsip meritokrasi yang telah diperbaharui sebagai ‘kebersamaan’.

Baca dan fahamilah apa yang pernah diugut oleh Lim Kit Siang. Jika Pakatan Harapan gagal melaksanakan objektif Malaysia Baharu, beliau tidak teragak-agak membawa keluar DAP daripada Pakatan Harapan. Jika Dr Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar, beliau akan bersara.

harga pertaruhan

Banyak kisah ugutan dan desakan Lim Kit Siang tidak dibuat. Bak kata Mohamad Hassan, beliau (Lim Kit Siang) memang handal handal bertaruh, tapi setiap kali kalah buat tak kisah nilai dan harga pertaruhan yang dibuat. Lim Kit Siang bijak memindahkan isu.

Bila pertaruhannya ‘bersara’ belum dibuat, mendesak bertalu-talu agar Parlimen bersidang dan dibolehkan mengundi ‘undi tidak percaya’ untuk menentukan ‘keyakinan majoriti’ yang dimiliki Tan Sri Muhyiddin. Apakah ‘pembohongan Lim Kit Siang’ itu adalah mitos? Adakah Mohamad Hassan merekayasakan mitos itu?

mitos kepintaran dirinya’

Kesebelas, Kadir juga berusaha mengikat mitos kepintaran dirinya. Sebab itu Kadir berusaha sekeras-kerasnya untuk memulihkan imej Dr Mahathir sehingga boleh disamakan sebagai Dr Joseph Goebels, Menteri Propaganda zaman Hitler. Beliau akan mencari ‘titik kebenaran Dr Mahathir’ walaupun kebenaran itu amat diragukan. Kita bincang sahaja makna ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘rampasan kuasa’. Apakah berlaku ‘kerajaan pintu belakang di Malaysia,?

Tidak ada. Muhyiddin dipilih secara sah berdasarkan ‘kuasa budi bicara’. Kuasa ‘budi bicara’ itu diperoleh oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong berdasarkan pertemuan dengan semua wakil rakyat, bukan hanya dengan kem dan penyokong Muhyiddin. Keluarga Pakatan Harapan juga diberikan peluang menyatakan pendirian.

‘akur keputusan’

Mahathir juga berpeluang memberikan penjelasan, kecuali selepas keputusan telah dibuat bahawa Muhyiddin cukup ‘keyakinan majoriti’. Bak kata hukum pengurusan, semua orang boleh berbincang, tetapi selepas keputusan telah dibuat, keputusan tersebut sudah menjadi suatu keakuran.

‘perlembagaan belum dipinda

Mahathir juga lakukan perkara yang sama. Kita boleh pelajari banyak kisah Mahathir, termasuk ketika ketepikan Jawatankuasa Lantikan Sektor Awam, dengan alasan tidak mahu mengambil masa yang panjang sehingga menjejaskan pentadbiran. Jawatankuasa itu belum boleh berfungsi kerana tiada kuasa, peraturan dan perlembagaan belum dipinda.

Kedua belas, Kadir patut bersyukur. Beliau belum dibalin telur busuk atau kasut sebagaimana pernah berlaku dalam senario politik antarabangsa akibat penulisannya cendung mengalih isu dan mempertahankan sesuatu yang salah dengan persepsi umum.

flip-flop

Persepsi umum terbentuk atau terbina oleh flip-flop kerajaan Pakatan Rakyat. Seperti kata, era teknologi komunikasi tidak lagi boleh disembunyikan, kerana semua orang boleh menjadi wartawan walaupun tidak berpengalaman atau terlatih dengan disiplin itu. Netizen journalist. Betul atau salah, itu adalah isu yang lain, begitu juga di luar konteks.

Ada peraturan yang mengekang. Jika salah, teruskan pembetulan atau paling baik minta SKMM buat siasatan dan polis kumpulkan bukti. Sudah ada undang-undang yang cukup, tidak perlu lagi Pakatan Harapan kembalikan Akta Anti Berita Tidak Benar dipertimbangkan semula setelah dimansuhkan.

telan racun sendiri

Akibat terlalu sangat mahukan ‘kebebasan’ akhirnya Pakatan Harapan ‘menelan racun yang dikeluarkan oleh PH sendiri’. Ia bukan mitos, tapi itulah kekacauan yang berlaku dalam Malaysia Keliru, bukan Malaysia Baharu yang diuar-uarkan oleh Pakatan Harapan di peringkat permulaan kuasa. Selepas setahun, bergaduh soal peralihan kuasa, menteri tidak sehaluan pemikiran dan sikap, selalu ada percanggahan.

Dr Mahathir tidak sanggup memecat Waythaya Moorthy, M Kulasegaran, Lim Guan Eng dan beberapa orang lagi menteri yang mendapat skor rendah, banyak karenah dan menghasut rakyat dengan kenyataan perkauman. Mereka dipertahankan sehingga Pakatan Harapan tidak lagi dapat bertahan. Pakatan Harapan bukan diruntuhkan oleh sesiapa. Ia diruntuhkan oleh Dr Mahathir sendiri akibat kegagalannya menjadikan kabinet Malaysia kompeten dan benar-benar berjiwa rakyat, bukan menipu rakyat.

Kenapa ketika Pakatan Harapan terlucut kuasa baharu teringat kepada rakyat untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri. Rakyat tidak memilih Perdana Menteri secara langsung. Rakyat bukan bodoh dan boleh diperbodohkan lagi. Yang memilih Perdana Menteri ialah parti yang ada ‘keyakinan majoriti’ dan paling penting ialah ‘mendapat perkenan SPBYDA’. Itulah realitinya. Kadir tidak perlu mengatakan itu semuanya mitos yang dicipta oleh UMNO/BN.

CUKUP-CUKUP KADIR JASIN. Propaganda yang sedang dimainkan itu tidak akan ke mana. Ia membawa kesan balik kepada Pakatan Harapan. Jika terlupa, boleh diingatkan tentang apa yang pernah dinyatakan oleh Abraham Linclon: Seseorang itu boleh menipu semua orang dalam Sesuatu Masa. Seorang itu boleh menipu sebilangan orang bagi SEMUA MASA. SESEORANG tidak boleh MENIPU semua orang SEPANJANG MASA.

MONOSIN SOBRI

No Comments

    Leave a reply