Mufti Wilayah ganti Mujahid

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hari ini dilantik menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang akan dilantik sebagai senator dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sebelum ini disandang Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Timbalannya ialah Ahmad Marzuk Bin Shaary yang merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dari Pas.

Untuk rekod, Muhyiddin menerima kunjungan hormat Dr Zulkifli di Pejabat Perdana Menteri, Kompleks Perdana Putra pada 3 Mac lalu.

Dalam pertemuan itu, Dr Zulkifli turut menyerahkan buku tulisannya berjudul Bayan Linnas (penjelasan isu-isu semasa) dan buku Matla’ al-Badrain karya Syeikh Muhammad Daud Al-Fatani.

Beliau juga memimpin bacaan doa sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Muhyiddin.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Sumber : malaysiadateline.com

No Comments

    Leave a reply