MUKHANNAST ATAU PONDAN

Hadis yang menyatakan Rasul melaknat Pondan (mukhannast)
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ (رواه البخاري)

Dari Ibnu Abbas semoga Allah meridhai keduanya, dia berkata: Rasul saw melaknat lelaki yang menyrupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki (H. R. Bukhari).

Hadist ini mejelaskan bahawa Rasul S.A.W melaknat al-mukhannastin dan al-mutarrajilat.Al-mukhannastin bermaksud lelaki yang menyerupai perempuan dan hal ini menurut Abu Zakriya an-Nawawi (1998) dibahagikan kepada dua aspek. sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Pertama, mukhannast yang sudah ada semula jadi iaitu mereka tidak membuat-buat atau berusaha mencontohi perempuan, tetapi nalurinya adalah qadrat yang sudah wujud sejak lahir lagi. Mukhannast seperti ini dituntut supaya berusaha meninggalkan perilakunya yang mencontohi sifat keperempuanan tersebut. Sekiranya seseorang itu sudah berusaha, tetapi perilakunya tetap seperti asal, maka kategori seperti ini tidak termasukmereka yang mendapat laknat daripada Rasulullah S.A.W.

Manakala bahagian yang kedua ialah mukhannast yang sengaja menyerupai perempuan dan dia memilih dengan sifatnya itu. Kategori inilah yang akan mendapat laknat dan celaan daripada RasulullahS.A.W. Perkataan la’ana (melaknat) inimenunjukkan suatu perbuatan yang amat besar dosanya dan lelaki yang menyerupai perempuan akan mendapat dosa besar walaupun dia tidak melakukan perbuatan jijik (liwat) sekalipun. Apatah lagi sekiranya seseorang pondan itu melakukan perbuatan jijik sedemikian yang membawa kepada dosa yang lebih besar berbanding dosa menyerupai perempuan.

Lelaki yang menyerupai perempuan dilihat daripada pebagai aspek, seperti dari segi caraberpakaian, berbicara, berjalan dan sebagainya. Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan dengan menyerupai perempuan sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Thabari ialah lelaki yang menyerupai hal-hal yang dikhususkan bagi perempuan dan sesuatu yang dianggap pelik dan ganjil bagi kaum lelaki. Walaubagaimanapun, soal pemakaian yang dikira sebagai adat bagi sesebuah negeri atau tempat adalah dikecualikan juga daripada memakai pakaian yang telah diharamkan oleh syara’ seperti pemakaian sutera dan emas. Pemakaian inidisinonimkan sebagai pakaian perempuan dan oleh sebab itulah lelaki diharamkan untuk memakainya kerana mengelakkan daripada berlaku fesyen menyerupai pakaian perempuan (Ibnu Hajar)

Hadis perintah nabi untuk mengusir Pondan (mukhannast)
حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ ، عَنْ يَحْيَى ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ قَالَ فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فُلاَنًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلاَنًا. (رواه البخاري).

Dari Ibnu Abbas semoga Allah meridhai keduanya: Rasul saw melaknat lelaki yang menyerupai perempuan daripada kalangan lelaki dan melaknat orang-orang yang menyerupai lelaki daripada kalangan perempuan, lalu Nabi saw mengatakan: keluarkanlah (usir) mereka dari rumah-rumah kamu, maka Nabi saw mengeluarkan Fulan dan Umar mengeluarkan Fulan (H.R. Bukhari).

Fenomena Pondan (mukhannast) pada masa Rasulullah S.A.W
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة ، حدثنا وكيع ، عن هشام بن عروة ، عن أبيه ، عن زينب بنت أم سلمة ، عن أم سلمة ، أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل عليها ، فسمع مخنثا وهو يقول لعبد الله بن أبي أمية : إن يفتح الله الطائف غدا ، دللتك على امرأة تقبل بأربع ، وتدبر بثمان ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أخرجوه من بيوتكم. (رواه ابن ماجة)

Dari Ummu Salamah, bahawa Nabi saw masuk bersama Ummu Salamah, lalu Nabi mendengar suara seorang yang mukhannast (lelaki yang menyerupai perempuan), kemudia Nabi berkata kepada Abdullah bin Abi Umayyah: jika Allah membukakan satu golongan besok, saya akan menunjukkan kepadamu kepada empat golongan perempuan yang diterima dan lapan golongan yang ditolak, setelah itu Nabi bersabda: keluarkanlah dia (mukhannast) dari rumah-rumah kalian (H.R Ibnu Majah).

Kedua-dua hadist di atas menunjukkan sikap Nabi S.A.W terhadap pondan (
mukhannast)yang ada pasa zaman baginda.Rasul S.A.W menyarankan supaya mengusir mukhannast dari rumah-rumah mereka.kerana dikhuatiti mereka melakukan perbuatan buruk kepada perempuan. Seterusnya, Rasulullah S.A.W juga melaknat mereka di atas alasan sifat dan perilaku mereka yang mencontohi sifat perempuan.

Hadist yang menerangkan supaya mengasingkan pondan mukhannast
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ أَنَّ أَبَا أُسَامَةَ أَخْبَرَهُمْ عَنْ مُفَضَّلِ بْنِ يُونُسَ عَنِ الأَوْزَاعِىِّ عَنْ أَبِى يَسَارٍ الْقُرَشِىِّ عَنْ أَبِى هَاشِمٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أُتِىَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « مَا بَالُ هَذَا ». فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ. فَأُمِرَ بِهِ فَنُفِىَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ فَقَالَ « إِنِّى نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ » (رواه ابو دود)

Dari Abu Hurairah semoga Allah meridhainya, bahawa Nabi saw bersabda didatangkan seorang mukhannast (pondan) yang telah diwarnai kedua tangan dan kakinya dengan inai, lalu Nabi saw bertanya, “ ada apa dengan orang ini? Lalu dijawap, dia menyerupai perempuan wahai Rasulullah, maka Rasul saw memerintahkan untuk mengasingkannya ke “Naqi’”mereka bertanya kepada Rasul saw, adakah kami harus membunuhnya? Rasul saw menjawab “ saya dilarang untuk membunuh orang-orang yang melaksanakan solat.(H. R Abu Dawud).

Maksud menyerupai perempuan dalam hadist ini ialah lelaki yang mencontohi sifat dan perilaku perempuan. Adapun naluri yang sudah tercerna semenjak dari lahir adalah tidak termasuk dalam kategori ini yang mengakibatkan mendapat laknat dan kemurkaan daripada Rasulullah S.A.W.

Daripada hadist di atas, boleh difahami bahawa tidak boleh membunuh seseorang yang menyerupai perempuan.Apa yang diharuskan oleh Rasulullah S.A.W ialah mengasingkannya ke tempat lain bertujuan mengelakkan kelakuan mereka daripada pandangan umum masyarakat dan dengan pengasingan itu supaya mereka bertaubat dengan songsang itu.

Ibn Taimiyah berkata, “Dan harus diyakini bahawa pengasingan tersebut mendatangkan kebaikan yang dituju, iaitu menjauhkan masyarakat daripada keburukannya, adapun apabila kita dapati diasingkannya dia ke suatu tempat justeru menimbulkan masalah baru bagi manusia , maka cukuplah orang tersebut dikurung di satu tempat yang tidak ada orang lain di sana”
Beliau juga berkata, “Dan apabila ditakutkan dia keluar, maka dia diikat, kerana sesungguhnya itulah makna pengasingannya dan dikeluarkannya dia dari manusia” (Majmu’ Al-Fatawa , 15/310) Beliau juga menukil : “Dan termasuk dari hukuman yang datang sunnah dengannya dan juga Ahmad dan As-Syafi’I berpendapat dengannya adalah pengasingan Al-Mukhonats ” (Fatawa Kubro, 5/530) Dan dia diasingkan atau dikurung sampai dia bertaubat, berkata Ibnu Taimiyah Rahimahullahu : “Dan pengasingan mutlak seperti pengasingan Al-Mukhonats , maka dia diasingkan sampai dia bertaubat” (Minhajus Sunnah , 6/235)

Ibnul Qoyyim Rahimahullahu juga berkata,“Dan termasuk dari siasat syar’i yang dinashkan (dilafadzkan) oleh Al-Imam Ahmad Rahimahullahu , beliau berkata dalam riwayat Al-Marwazi dan Ibnu Manshur : “Al-Mukhonats diasingkan dan dijauhi, kerana sesungguhnya tidak timbul darinya kecuali kerusakan . Dan bagi Imam (pemimpin) untuk mengasingkannya ke negeri yang aman dari kerusakkan penduduknya, dan apabila ditakutkan sesuatu menimpanya maka (cukup) dikurung” (Bada’iul Fawaid, 3/694)

HUKUM BAGI MUKHANNAST MENURUT HADIST

Daripada hadist-hadist yang berkaitan dengan pondan (mukhannast),ada beberapa hukum yang dapat diambil sebagai ketetapan bagi hukum bagi mereka. Antaranya:

1. Pondan (al-Mukhonats) yang memiliki ketertarikan pada wanita, maka tidak ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang haramnya dia bergaul dengan wanita dan memandang mereka (wanita).

2. Pondan ( mukhannast) yang sudah ada semula jadi (qadrat) khilaf dalam kalangan ulama tentang hukum mereka melihat perempuan. Kalangan Malikiyah, Hambaliyah dan sebahagian Hanafiyah memberikan keringanan kepada pondan (mukhannast) yang seperti ini, kebolehan melihat perempuan, berdasarkan ayat, surat An-nur: 31:
أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ

Sedang menurut Asy-Syaf’i mereka tetap tidak boleh melihat perempuan, berdasarkan hadist:
أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل عليها ، فسمع مخنثا وهو يقول لعبد الله بن أبي أمية : إن يفتح الله الطائف غدا ، دللتك على امرأة تقبل بأربع ، وتدبر بثمان ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أخرجوه من بيوتكم. (رواه ابن ماجة).

3. Pondan (mukhannast) diasingkan ke daerah lain atau suatu tempat dengan harapan supaya dia bertaubat di atas kelakuannya dan tidak menyebarkan kepada orang lain.

4. Tidak diterima persaksian seorang pondan (mukhannast) kerana mereka tergolong sebagai seorang yangfasiq. Lebih-lebih apabila dia melakuakan liwat, sebagaimana disebutkan di dalam hadist Rasul saw:
عَنَ اللهُ من عمِلَ عَمَلَ قومِ لُوطٍ ،لعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَقوْمِ لوطٍ ، لعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قومِ لوطٍ

5. Perlunya memberikan pendidikan kepada mukhannast supaya kembali menjadi seorang lelaki yang sesungguhnya, kerana perbuatan mencontoh perilaku perempuan, baik dari segi pakaian, cara gerak, cara berjalan dan lain-lain adalah merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Rasul saw, kerana mereka menyerupai perilaku perempuan dan mengingkarai dirinya yang sesungguhnya.

Susunan semula : ibnu Majid

No Comments

    Leave a reply