Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar ke-II yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September : Pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin  

Rahmatan lil ‘Alamin membawa maksud, Islam adalah cara hidup yang meletakkan keamanan di tangga teratas dan ianya disulami dengan nilai kasih sayang. Kekerasan, kebencian dan permusuhan bukanlah dari ajaran Islam yang sebenar. Ungkapan ‘Islam sebagai rahmatan lil-‘âlamîn’ sebenarnya merujuk pada firman Allah Swt dalam surat ke 21 al-Anbiyâ ayat 107: “Wa mâ arsalnâka illâ rahmatan lil-‘âlamîn”. Artinya: “Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”.

Jika dilihat secara harfiyah kata rahmah sudah dengan jelas menggambarkan watak anti-kekerasan dan sebaliknya mendorong kebaikan-kebaikan menyeluruh kepada sesama manusia dan kepada seluruh alam sebagaimana terintegrasi dalam gabungan rahmatan lil-‘alamin. Rahmat bagi seluruh alam memiliki implikasi sosial, budaya, dan politik yang penting. Tujuan dari kata ini adalah terciptanya harmoni antara Allah, alam, dan manusia.

Nabi Muhammad Saw dikatakan rahmah, sebab datang dengan risalah Tuhan. Datang sebagai utusan Allah dengan membawa Al-Quran sebagai mukjizat yang berisi petunjuk dan syariat. Petunjuk dan syariat tersebut semata-mata demi kebahagiaan dan kemaslahatan umatnya, di dunia maupun di akhirat. Nabi Saw menjadi rahmah bagi dirinya sendiri sekaligus bagi selainnya sama ada golongan beriman mahupun golongan yang kufur. Jadi apa maksud Nabi Muhammad Saw rahmatan lil-‘âlamîn, diutus menjadi rahmah bagi seluruh alam?

Nabi Muhammad Saw dikatakan rahmah, sebab datang dengan risalah Tuhan. Datang dengan Al-Quran berisi petunjuk dan syariat. Dimana petunjuk dan syariat tersebut semata-mata demi kebahagiaan dan kemaslahatan umatnya, di dunia mahupun di akhirat. Menjadi rahmat bagi dirinya sendiri dan juga sekalian makhluk termsuk golongan yang tidak beriman.

Hal ini kerana Nabi Muhammad Saw adalah Islam dan Islam adalah Nabi Muhammad Saw. Rasulullah Saw datang dengan membawa Islam; jalan dan cara hidup yang penuh kerahmatan dan keselamatan.

Islam menjadi rahmah dan kasih sayang bagi sekalian alam. Rahmah bagi yang menerima dan yang mengimaninya, kerana Islam menjadi sebab keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ia juga menjadi rahmah bagi yang kafir atau yang mengkufurinya dari segi tiada paksaan untuk memeluk agama Islam.

Dalam Islam, mengingkari dan tidak mengakui Allah Swt sebagai Tuhan yang Esa sebagai satu-satunya Tuhan yang patut disembah, adalah keburukan tertinggi. Oleh sebab itu orang yang ingkar dan kufur disebut juga sebagai ‘aduwwullâh, yang membawa maksud musuh Allah Swt.

Kita ketahui, umat-umat terdahulu diazab dan disiksa di dunia (ketika itu juga) sesuai dengan kadar dosa dan keingkarannya kepada Allah Swt. Namun sangat sayang-Nya Allah Swt kepada umat Nabi Muhammad Saw, segala bentuk azab dan siksaan itu ditangguhkan hingga hari kiamat bahkan kepada yang kafir sekalipun.

Dengan kata lain, Nabi Saw datang dengan rahmah dan kasih sayang. Bagi golongan yang beriman, mereka itulah golongan yang beruntung dan selamat, di dunia dan di akhirat. Jika enggan beriman dan mengingkarinya, bagi mereka azab dan siksaan Allah Swt sudah siap menanti di akhirat.

Demikian, makna kasih sayang Islam. Islam rahmatan lil-‘âlamîn. Semoga kita semua senantiasa dalam rahmat dan petunjuk-Nya

Tuhan menciptakan manusia dengan pelbagai warna dan bentuk agar menjadi iktibar dalam kehidupan bukan untuk menghancurkan kehidupan. Tidak perlu ada lagi yang mengatakan “aku paling beriman dan paling benar”, “kamu kafir dan ajaranmu salah”. Tidak perlu juga untuk saling memaksa seseorang mengikuti ajaran  yang kita yakini. Biarlah kepercayaan yang dia yakini untuk diri sendiri tanpa paksaan. Adapun golongan yang ingkar hanya perlu didakwahkan dan diseur tanpa paksaaan.

 Dari hakikat inilah penegasan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin bakal menjadi tema utama Multaqa Kebangsaan Alumni Al-Azhar ke-II yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September nanti. Dua kertas kertas kerja akan dijadikan bahan perbincangan penting sepanjang multaqa yang akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau sendiri dijangka akan menyampaikan ucap utama bertajuk “Rahmat Asas Perpaduan Malaysia

Acara ini dianjurkan oleh Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bekasa Mahasiswa Islam Timur Tengah. Duta Mesir di Malaysia, Gamel Abdil Rahim Muhamed Mutawalli dijangka hadir sama.Dua kertas kerja yang akan dibentangkan ialah “Al-Rahmah al-Mudhah: Pelaksanaannya Dalam Masyarakat Majmuk Malaysia” oleh bekas Pengerusi Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim manakala kertas kerja kedua bertajuk “Pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin Dalam Pemerintahan Masyarakat Majmuk: Pengalaman Indonesia” oleh Dr TGH Muhammad Zainul Majdi, Gabenor Nusa Tenggara Barat (Indonesia), yang  juga Presiden WOAG Indonesia (The World Organisation of Al-Azhar Graduate Indonesia).

Akan tetapi keadaan umat Muslim sekarang seolah berlawanan dengan semboyan rahmatan lil alamin. Pelbagai konflik dan kekerasan yang melibatkan umat Muslim dapat dilihat pada zaman sekarang.

Rentetan daripada ketandusan itu, umat Islam moden memerlukan pemahaman yang tuntas berkenaan Rahmatan Lil Alamin agar dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian yang teridiri daripada masyarakat berbilang agama.

Berbeza iktikad dan kepercayaan bukanlah masalah yang perlu diperbesar besarkan. Hal ini kerana setiap perbezaan yang ada antara agama pasti juga mempunyaai persamaan. Dari kesamaan itulah seharusnya umat manusia berpegangan tangan untuk menjalani struktur kehidupan yang tenteram, aman, dan damai. Bukan sebaliknya, mengutamakan perbezaan untuk saling menganiaya dan menghancurkan. Oleh itu, teologi rahmatan lil-‘alamin menolak segala bentuk kekerasan dan pemaksaan kehendak dengan tujuan memaksa orang lain mengikut fahaman yang diyakini benar.

Sebaliknya, umat Islam harus menjadi agen perdamaian, persaudaraan, dan penciptaan bentuk-bentuk kerjasama global untuk mengatasi atau memecahkan isu-isu yang lebih strategis seperti kemiskinan, bencana , krisis moral, dan meluasnya penularan penyakit berbahaya (taon, selsema burung, dan AIDS). Teologi rahmatan lil-‘alamin mencetus kepada wujudnya cinta kasih yang menyebar di kalangan manusia sama ada muslim mahupun non-manusia di muka bumi.

Impian untuk menyaksikan perpaduan ummah yang kukuh sesungguhnya menjadi ‘kerja rumah’ semua pihak yang malangnya sampai hari ini tidak dapat direalisasikan sepenuhnya.

Pada hakikatnya, sudah sekian lama usaha-usaha untuk menyatupadukan umat Islam di bumi bertuah ini dilakukan. Namun sejak sekian lama juga usaha ini ditanggapi dengan pelbagai tanggapan. Meskipun usaha murni ini berniat baik dan bertujuan semata-mata demi kepentingan ummah, namun ada sahaja pihak yang berpandangan sinikal, prejudis dan bahkan dengan tanpa segan silu melempar tuduhan melulu dengan mengatakan usaha perpaduan ini hanya menguntungkan satu pihak sahaja, manakala satu pihak yang lain langsung tidak mendapat manfaatnya. Walau bagaimanapun, usaha penyatuan ummah tidak sepatutnya berhenti disebabkan cabaran seperti itu, sebaliknya ia perlu dipergiatkan lagi.

Hal ini kerana Islam menekankan dan menganjurkan manusia mencari titik temu persaudaraan bukan sahaja terhadap sesama Islam, bahkan juga dengan kelompok bukan Islam. Persaudaraan Islam merupakan idea sosial yang teragung. Sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh merosakkan nilai murni itu dianggap merosakkan agama. Umat Islam umpama satu jasad atau satu bangunan yang saling memelihara dan mengukuhkan antara satu sama lain.

Perpecahan harus dibendung. Jika perbezaan pendapat tidak melibatkan akidah, maka seharusnya ‘permusuhan yang ketat’ sehingga orang Islam berpecah belah tidak harus berlaku. Jelas sekali golongan yang mengaku lebih ‘Islamik’ daripada yang lain sebenarnya tidak menghiraukan ajaran Islam yang tunjang, iaitu orang mukmin adalah bersaudara.

Oleh yang demikian, perbuatan memecah belah dan permusuhan adalah haram dan patut dihindarkan sekiranya kita benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Justeru, Allah SWT mengingatkan umat Islam supaya menggunakan fikiran yang waras, meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan puak, diri dan hawa nafsu sendiri.

Menyatukan ummah dan mengelak perpecahan merupakan tugas-tugas kemasyarakatan (muamalat) yang mempunyai kedudukan penting, sehingga dihargai lebih tinggi daripada ibadah-ibadah ritual.

Oleh:Mohd Shauki Abd Majid

Timbalan Pengerusi Biro Media Dan Publisiti

Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia(WOAG)

No Comments

    Leave a reply