NAMEWEE DITAHAN DI KLIA

Penyanyi rap Wee Meng Chee – atau lebih dikenali sebagai Namewee – ditahan polis sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang hari ini.

The Star Online melaporkan, penahanan Namewee disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang, ACP Mior Faridalathrash Wahid.

Beliau dipetik sebagai berkata Namewee, 33, akan dibawa ke Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Artis itu dilaporkan ditahan di KLIA kira-kira jam 3.30 petang dan dijangka direman esok.

Namewee sekali lagi menjadi perhatian selepas kemunculan klip video muzik memaparkan dia bersama beberapa yang lain menyanyi dengan latar belakang beberapa rumah ibadah, termasuk masjid.

#TANWIR – Terima kasih kepada pihak berkuasa.

Petikan Malaysiakini online pada 21 Ogos 2016

No Comments

    Leave a reply