NASIHAT KEPADA UMNO

Apa sebenarnya tuntutan terhadap UMNO dalam mengapai relevansi sebagai parti politik orang melayu- Islam  dan kaitannya dengan keadaan masa kini dan masa depan negara? Apakah kekalahan BN yang mana UMNO adalah terasnya dalam PRU14 menuntut perubahan pemimpin, kepemimpinan, halatuju perjuangan, sifat dan sikap keahlian dan pemimpn semua peringkat atau weltanshuung UMNO itu sendiri. Apakah umno tidak lagi mampu memenuhi tuntutan masa dan massa rakyat yang telah berobah jauh melangkaui lembabnya perubahan dalam UMNO atau UMNO sebenarnya mengalami dekadensi moral perjuangan yang ketara sehingga menghakis citarasa dan kebijaksanaan politik terpesong dari kehendak dan harapan massa rakyat.

Tidak ada jalan lain melainkan  UMNO perlu menperbetulkan weltanshung(cara pandang) dan perjuangan nya.UMNO mesti dilihat dan didambakan sebagai satu-satunya wadah harapan massa rakyat kini dan generasi mendatang.Jenama UMNO hendaknya menbulatkan janjinya untuk memelihara kepentuingan negara dan warganya.Hakikatnya ia harus menperbetukanl kembali weltanshuung (cara pandang) dan perjuangan UMNO.

Pembauran atau algamasi melayu-islam sebagaimana gagasan yang telah di cetuskan oleh ulama Pattani dan para ‘ wali ‘ indonesia dalam jagatraya nusantara perlu di rekayasa dengan dinamisma kekinidisinian. Umno mesti di lihat dan di dambakan sebagai satu2nya wadah harapan massa rakyat kini dan generasi mendatang. Brand/ jenama umno hendaknya membulatkat janjinya untuk memelihara kepentingan negara dan warganya. Atribut (sifat) dan atitud (sikap) UMNO mesti menyerlahkan karektor yg boleh di andalkan dan di percayai baik dari segi moral akhlaqnya, adab dan peradabannya, daya keta’akulan dan kebijaksanaannya, kesungguhan (vibrancy) , dinamikanya, keberanian dan kejelasan dalam hadaf hala tujunya dan kecintaannya pada haq, kebenaran dan keadilan insyaAllah akan membuka lubuk hati massa rakyat untuk kembali menyokong dan mendukungnya. Pendeknya umno memerlukan ramai tenaga yang boleh menyajikan naratif diatas d pentas pemikran dan penghayatan untuk memenangi pemikiran, hati dan jiwa massa rakyat.

Dalam proses UMNO melakukan diagnosis terhadap diri sendiri jangan tersilap mengenal pasti antara penyebab dan akibat. Kerana kesilapan yang ini akan mengundang kecelakaan yang lebih besar. Antidot kepada permasaalahan memerlukan suntikkan tepat pada tempatnya, dosej yang betul mengikut masa yang di jadualkan.Sehingga kini umno hanya di lihat dalam kebingungan mencari penyelesaian kerana diagnosis yang sebenar dilupakan.

Politik Melayu juga tidak boleh dipisahkan dengan Islam. Sebagai sebuah parti yang didominasi keseluruhannya oleh orang Melayu, UMNO mestilah merangka semula falsafah perjuangannya dengan mengadunkan semula nasionalisma Melayu dan Islam. UMNO tidak lagi boleh memisahkan dua elemen itu sehingga dilihat sebagai tempelan atau hanya alasan apabila timbul krisis.

Pendekatan falsafah politik UMNO mestilah berlandaskan politik Islam dan meluaskan kerangkanya dalam bingkai politik beradab dengan tidak meninggalkan adat dan resam kemelayuan. Rangkuman etika dan budi perlu diterjemahkan dalam setiap perilaku politik sehingga ia membentuk etos yang boleh diterima secara sejagat oleh orang Melayu.

UMNO tidak perlu membuka keahliannya kepada bukan Melayu. Tetapi, dalam masa yang sama, tidak melihat bukan Melayu sebagai musuh politik. UMNO perlu menterjemahkan semula penghormatan dan susila hubungan yang sinergi antara Melayu dan bukan Melayu. Bukan Melayu disuntik jiwa luhur menghormati Melayu sebagai ‘ketuanan kepada Malaysia’ dan tidak menyanggah dengan mendakwa dirinya sebagai ‘warganegara kelas kedua’.

Konsep ‘ketuanan Melayu’ mestilah difahami sebagai budaya politik yang sehat dan bukannya berupa hubungan ‘tuan dan hamba’. Bukan Melayu bukan hamba, tetapi saling berusaha hidup secara harmoni dengan orang Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah hubungan kaum di Malaysia, orang Melayu membenci bukan Melayu sebagaimana bencinya bukan Melayu kepada orang Melayu.

Dalam kehidupan bermasyarakat, bukan Melayu boleh hidup tenang dan aman dalam lingkungan masyarakat Melayu. Tetapi, dalam persekitaran dominasi bukan Melayu, orang Melayu sukar hidup tenang dan harmoni akibat terlalu melihat kepada perbezaan. UMNO perlu menterjemahkan halangan budaya ini jika ingin meraih semula sokongan bukan Melayu sebagaimana berlaku pada awal pembentukan Perikatan dan penerimaan mereka dalam BN.

Kecaman politik antara parti ‘perkauman’ perlu dielakkan. Konsep tanggungjawab bersama wajib dihormati kalaulah pemuafakatan politik masih menjadi acuan kejayaan yang terbesar. Setiap kelemahan dibincangkan bersama untuk diambil penyelesaian dalam konteks menang-menang.

Pemimpin UMNO yang bakal menerajui kepimpinan UMNO pasca PRU ke-14 wajib meletakkan perjuangan Melayu-Islam sebagai kedudukan yang utama jika tidak mahu kehilangan sokongan pengundi Melayu yang lebih besar lagi dalam PRU ke-15. Bukan suatu kecelakaan jika pemimpin UMNO tidak bersikap liberal kerana sikap liberal itulah akhirnya telah ditolak oleh orang Melayu sendiri.

Budaya elit yang dipamerkan oleh pemimpin UMNO turut dilihat sebagai faktor penghalang golongan muda Melayu untuk menyertai politik. Apatah lagi apabila UMNO meletakkan pelbagai ‘halangan psikologi’ dan ‘sekatan keahlian’ telah menyebabkan lebih ramai golongan muda bencikan politik serta tidak mendaftar sebagai pengundi.

Retorik pemimpin turut memberikan pandangan negatif terhadap budaya politik generasi muda. Pemimpin UMNO dilihat hanya tegas dan lantang bersuara hanya ketika melakukan perbahasan dalam Perhimpunan Agung, tetapi apabila berhadapan dengan propaganda parti lawan diam menikus. Mereka tidak sanggup berbahas secara ilmiah dan bernas disebabkan keupayaan intelektual yang terhad. Pemimpin UMNO kurang minat membaca dan mengkaji, tetapi lebih cenderung melobi projek dan membodek pemimpin atasan.

Budaya ‘pak turut atau yes man’ telah menyebabkan UMNO hilang 24 kerusi berbanding pencapaiannya dalam PRU ke-13. Pemimpin UMNO tidak bersedia untuk menegur dan seterusnya menyatakan kebenaran walaupun pahit atas alasan ‘takut kehilangan jawatan’. Budaya inilah sebenarnya telah memusnahkan UMNO di samping sikap pemimpin itu sendiri ‘enggan mendengar pandangan akar umbi.’

Bagi pemimpin UMNO yang memenangi pemilihan jawatan dalam parti minggu lepas mereka harus belajar daripada sejarah, bahawa faktor penangguhan pemilihan akan menyebabkan ‘kebencian’. Walaupun menghampiri tarikh pilihan raya, proses pemilihan hendaklah disegerakan. UMNO tidak perlu takut berlakunya sabotaj atau kemungkinan-kemungkinan lain.

UMNO harus belajar daripada keupayaan PAS untuk membina rangkaian penguasaannya berdasarkan prinsip perjuangan yang tegas dan boleh diterima oleh masyarakat awam. PAS gigih melaksanakan aktiviti politiknya walaupun pada asasnya PAS bukanlah mempunyai sumber kewangan yang banyak dan sering mengharapkan derma.

Politik wang yang melanda UMNO sejak kemasukan kalangan korporat mengatasi kaum guru dalam tahun 1980-an telah menyebabkan ia kehilangan sentuhan massa. UMNO yang berjiwa korporat melihat pembabitannya dalam politik adalah untuk mencari kekayaan peribadi manakala perjuangan untuk Melayu-Islam dijadikan tempelan meraih kuasa.

Akibatnya budaya elit dan nilai keangkuhan mencari ciri dominan UMNO selepas berjaya dipulihkan pada akhir tahun 1980-an. Budaya tersebut terus berkembang biak sehingga ada Ketua Bahagian terpaksa mengeluarkan peruntukan tahunan yang besar untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian.

Tanpa wang, seseorang tidak mungkin mampu bertahan manakala pemimpin berkenaan terpaksa pula melobi projek untuk membolehkannya terus memimpin. Lingkaran tersebut bakal membunuh UMNO jika tidak dapat dibendung dan ketika itu UMNO mungkin akan ditalqinkan kali kedua.

Gambaran tersebut merupakan natijah sebenar kenapa UMNO perlu berubah untuk meraih kembali sokongan orang Melayu. Apabila kedudukan UMNO kuat, sokongan bukan Melayu akan menyusul sebagaimana pemimpin BN tertarik untuk bekerjasama dengan PPBM ketika ini. Walaupun PPBM adalah parti yang terkecil dalam pungutan kerusi bagi PH, kuasa yang dimilikinya sebagai Perdana Menteri menarik ‘langau dan tikus politik’ walaupun terpaksa menjilat ludah sendiri sebelumnya.

Oleh Mohd Shauki bin Abd Majid

No Comments

    Leave a reply