Nasihat Khalifah Umar Kepada Ibubapa Yang Mempunyai Anak Degil

Kehadiran anak merupakan salah satu anugerah terbesar yang diberikan Allah untuk ibubapa. Anugerah tersebut harus dijaga dan dididik dengan baik, agar kelak menjadi anak yang saleh dan bermanfaat bagi orang lain.

 

Al-Imam al-Ghazali menyatakan bahawa apabila anak dibiasakan berbuat baik sejak dini, maka ia akan tumbuh besar menjadi baik, bahagia di dunia dan akhirat. Ibubapa serta pendidiknya mendapatkan pahala atas usaha mendidiknya. Namun apabila anak dibiarkan terdidik dengan buruk, maka ia akan terbiasa melakukan keburukan, celaka di dunia dan akhirat. ibubapa dan pendidiknya juga terkena kesan dosanya.

 

Bukan sepenuhnya kesalahan anak apabila terdapat anak yang durhaka kepada ibubapanya. Sahabat Umar bin al-Khathab saat menjadi khalifah pernah mengalami perkara tersebut.

Seorang laki-laki datang menemui Sahabat Umar bin al-Khatab. Ia mengadu tindakan kurang ajar anaknya. Lantas Sahabat Umar memanggil sang anak durhaka tersebut untuk dipertemukan dengan ibubapanya sekaligus dimintai keterangan.

 

Disebabkan tidak terdidik dengan baik, bukannya mengakui kesalahannya, si anak malah mencela ibubapanya kerana telah mengabaikannya.

 

“Wahai Amirul Mukminin… Bukankah ibubapa juga punya kewajipan kepada anaknya?” tegas sang anak.

 

“Ya, benar,” ujar Sayyidina Umar.

 

“Lantas apa itu kewajipan ibubapa kepada anaknya?” si anak kembali bertanya kepada Khalifah Umar.

 

Atas soalan kewajipan ibubapa kepada anaknya, Sahabat Umar mengatakan:

 

أَنْ يَنْتَقِيَ أُمَّهُ وَيُحَسِّنَ اسْمَهُ وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ

 

“Memilihkan ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang bagus, dan mengajarkannya Al-Qur’an”.

 

“Wahai Amirul Mukminin. Sungguh Ayahku ini tidak melakukan tiga perkara tersebut. Ibuku adalah seorang negro dari keturunan Majusi. Ayahku memberiku nama “Kumbang”. Dan tidak pernah Ia mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,” ujar si anak menceritakan keadaannya.

 

Mendengar penjelasan pihak si anak, Sahabat Umar malah menegur keras ibubapa si anak tersebut. Beliau memandang ke arah ibubapa si anak dan memberinya nasihat:

 

جِئْتَ تَشْكُوْ عُقُوْقَ ابْنِكَ وَقَدْ عَقَقْتَهُ قَبْلَ أَنْ يَعُقَّكَ وَأَسَأْتَ إِلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يُسِيْئَ إِلَيْكَ

 

“Anda mengadu kepadaku mengenai kenakalan anakmu, sementara anda sendiri telah durhaka kepadanya sebelum dia durhaka kepadamu. Anda telah memperlakukannya dengan buruk sebelum ia memperlakukan buruk kepadamu!” (nu.or.id)

 

No Comments

    Leave a reply