Nasihat Syekh Abdul Qadir Jailani Menyambut Ramadan Karim

Beragam cara dilakukan umat Islam dalam menyambut bulan suci Ramadan. Sebahagian orang menziarahi kedua ibubapa. Sebahagian lain menziarahi kuburan saudara mara  atau kerabat yang terlebih dahulu berpulang ke rahamtullah. Sementara Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menyarankan beberapa perkara dalam menyambut Ramadan.

Pada bulan Sya’ban, Syekh Abdul Qadir menggesa umat Islam untuk memperbanyak shalawat nabi. Pasalnya, Sya’ban adalah bulan Rasulullah SAW. Umat Islam hendaknya bertawasul melalui Rasulullah SAW agar Allah membersihkan batinnya dari pelbagai penyakit, iaitu riya, ujub, takabbur, dengki, dan lain sebagainya.

Syekh Abdul Qadir turut menggesa umat Islam untuk meninggalkan segala perbuatan dosa dan segera melakukan taubat kepada Allah sebagaimana keterangan berikut ini:

وقد قال صلى الله عليه وسلم “من صلى عليّ واحدة صلى الله عليه عشرا” فينبغي لكل مؤمن لبيب أن لا يغفل في هذا الشهر بل يتأهب فيه لاستقبال شهر رمضان بالتطهر من الذنوب والتوبة عما فات وسلف فيما مضى من الأيام فيتضرع إلى الله في شهر شعبان ويتوسل إلى الله تعالى بصاحب الشهر محمد صلى الله عليه وسلم حتى يصلح فساد قلبه ويداوى مرض سره ولا يسوف ويؤخر ذلك إلى غد

Ertinya, “Rasulullah bersabda, ‘Siapa sahaja yang bersolawat sekali untukku, maka Allah akan bershalawat untuknya sepuluh kali.’ Oleh itu, seorang Mukmin yang pandai tidak abai pada bulan ini (Sya’ban). Bahkan ia harus mempersiapkan diri pada bulan ini untuk menyambut bulan Ramadan dengan bersuci dari dosa dan bertaubat atas kebaikan yang lepas pada hari-hari yang dilalui. Ia hendaknya tunduk kepada Allah di bulan Sya’ban dan bertawasul melalui Rasulullah, pemilik bulan Sya’ban sehingga ia dapat memperbaiki kerosakan batinnya dan mengubati sakit secara rohani tanpa menangguhkan sampai besok,” (Lihat Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Ghuniyah, [Beirut, Daru Ihyait Turats Al-Arabi: 1996 M/1416 H], cetakan pertama, juz I, halaman 246).

Syekh Abdul Qadir menganjurkan pertaubatan dan peribadatan segera tanpa menunda-nunda. Ia menggesa agar umat Islam segera mengisi waktunya dengan kebaikan. Pasalnya, tidak ada jaminan panjang usia sampai esok hari.

لأن الأيام ثلاثة أمس وهو أجل واليوم وهو عمل وغدا وهو أمل فلا تدري هل تبلغه أم لا؟ فأمس موعظة واليوم غنيمة وغدا مخاطرة

Ertinya, “Hari-hari hanya tiga. Kemarin adalah waktu yang sudah selesai. Hari ini adalah waktu beramal. Esok adalah angan-angan. Kau tidak tahu apakah kau akan mengalami esok hari atau tidak? Kelmarin adalah nasihat. Hari ini adalah ghanimah (amal kebaikan). Besok adalah pertaruhan,” (Lihat Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Ghuniyah, [Beirut, Daru Ihyait Turats Al-Arabi: 1996 M/1416 H], cetakan pertama, juz I, halaman 246).

Demikian persediaan yang dinasihatkan oleh Syekh Abdul Qadir dalam menyambut bulan Ramadan. Persediaan ini diharapkan dapat membimbing seseorang di dalam adab menyongsong Ramadan. Wallahu a‘lam. (nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply