OMIW DAN PAMSKL AGIH BUBUR LAMBUK PERCUMA MASJID KAMPUNG BARU

 

KUALA LUMPUR : Keenakan dan kenikmatan serta kemahsyuran BUBUR LAMBUK MASJID KAMPUNG BARU memang sudah terkenal diseluruh negara.

Bubur lambuk itu yang kebiasaannya disediakan setiap kali bulan Ramadan, tiada disediakan pada tahun ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan pandemik covid 19.

Dalam inisiatif meneruskan tradisi penyediaan bubur lambuk ini, Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor Kuala Lumpur(PAMSKL) bersama Pertubuhan Kearifan lslam Malaysia (OMIW) telah menyediakan masakan bubur lambuk resepi Masjid Kampung Baru kepada sejumlah warga kota.

Antara kawasan agihan bubur lambuk ini melibatkan sekitar Matrade KL, LHDN Cyberjaya, Jabatan Perangkaan Putrajaya & Masyarakat tempatan di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Pengerusi OMIW Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata “pemberian bubur lambuk secara percuma ini memang dalam perancangan awal OMIW tetapi sejak PKP dilaksanakan rancangan ini tergendala dan baru kini dapat dilaksanakan setelah ada sedikit kelonggaran dalam arahan PKP ini”

Beliau juga berharap pada bulan Ramadan yang akan datang aktiviti ini diteruskan sebagai inisiatif mengimarahkan lagi sambutan Ramadan disamping memperolehi keredhaan Allah.

Sumber : Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia (OMIW)

IMG-20200515-WA0008

IMG-20200515-WA0013

IMG-20200515-WA0005

IMG-20200515-WA0009

No Comments

    Leave a reply