Orang Merdeka Menurut Ibn Athaillah

Ketenangan batin memang tidak kira warna kulit atau kelas sosial, yang kaya atau miskin, orang kampung atau orang bandar, orang tua mahupun muda. Ketenangan batin ini dialami oleh mereka yang tidak memiliki keinginan apapun sehingga jiwanya merdeka bebas dari belenggu keinginan dan nafsu. Perkara ini disebut Syekh Ibnu Athaillah pada hikmah berikut ini.

 

أنت حر مما أنت عنه آيس وعبد لما أنت له طامع

 

Ertinya, “Kau bebas merdeka dari sesuatu yang kau putus asa. Tetapi kau menghamba pada sesuatu yang kauharapkan.”

 

Bagi mereka yang sedang menempuh jalan menuju Allah, keinginan yang diawali dengan menaruh harapan kepada sesuatu merupakan bahaya besar. Harapan atas sesuatu mengikat batin mereka sehingga mereka hanya terpaku pada keinginannya seperti disinggung Syekh Zarruq berikut ini.

 

قلت: لأن ما أنت له طامع آخذ بقلبك فأنت له بكلك، وما أنت عنه آيس أنت عنه معرض بقلبك فليس له شىء من وجودك…قال فى التنوير وتفقد وجود الورع من نفسك أكثر مما تتفقد سواه، وتطهر من الطمع فى الخلق، فلو تطهر الطامع فيهم بسبعة أبحر ما طهره إلا اليأس منهم ورفع الهمة عنهم. ثم ذكر حكاية على كرم الله وجهه وقول الحسن له: فساد الدين الطمع وصلاح الدين الورع.

 

Ertinya, “Bagi saya, hal itu terjadi kerana sesuatu yang kau harapkan itu memenjara hatimu sehingga kau mengabdi sepenuhnya untuk itu. Tetapi terhadap sesuatu yang kau putus asa, hatimu tentu berpaling sehingga tak satupun organmu melekat padanya.

 

Syekh Ibnu Athaillah berkata di kitab At-Tanwir, ‘Temukanlah kewara‘an pada dirimu melebihi apapun pencarianmu selain wara‘. Sucikan dirimu dari meletakkan harapan kepada makhluk (thama‘). Kalau saja orang yang menaruh harapan kepada makhluk cuba bersuci di tujuh laut, niscaya hal itu menjadi sia-sia kecuali kalau ia menanggalkan harapnya dari makhluk dan mengangkat keinginannya jauh dari mereka.’

 

Syekh Ibnu Athaillah juga memetik pernyataan Sayyidina Ali RA dan Al-Hasan Al-Bashri, ‘Sebab kerosakan agama seseorang adalah thama‘ (bergantung kepada makhluk). Sebab kesalehan agama seseorang adalah wara‘,’” (Lihat Syekh Zarruq, Syarhul Hikam, As-Syirkatul Qaumiyyah, 2010 M/1431 H, halaman 70).

 

Lebih jauh Syekh Ibnu Abbad menjelaskan bahawa menaruh harapan dapat difahami sebagai sebuah cinta dan keinginan kuat untuk mewujudkannya. Ini yang dielakkan oleh kalangan sufi. Mereka lebih memilih wara‘. Mereka tidak mengejar kekayaan kerana memang tidak ingin kekayaan. Mereka hanya bermuamalah sewajarnya mengikut tuntunan syarak tanpa mengorbankan dan merugikan orang lain.

 

Golongan sufi juga tidak mengejar kekuasaan apalagi dengan cara-cara kotor. Mereka hidup seperti biasa. Diberi amanah kekuasaan, alhamdulillah. Kalau sudah berkuasa, juga tidak berusaha melanggengkan kuasanya. Kalau pun harus letak jawatan di tengah jalan, maka dengan rela dia turun dari kekuasaan. Kalau pun tidak berkuasa, tidak mempersoalkan kuasa orang lain dan mengganggu kententeraman awam. Mereka orang-orang merdeka dari segala kaitan duniawi.

 

الطمع في الشىء دليل على الحب له وفرط الاحتياج الى نيله وذلك عبودية له كما أن اليأس من الشىء دليل على فراغ القلب منه وغناه عنه وذلك حرية منه فالطامع عبد واليائس حر

 

Ertinya, “Menaruh harapan kepada sesuatu adalah tanda mencintainya dan tanda sangat berhajat untuk menggapainya. Sampai sini seseorang sudah menghamba kepadanya. Demikian halnya putus asa atas sesuatu adalah tanda kekosongan hati dan kekayaan hati darinya. Sampai sini orang merdeka darinya. Orang yang berharap itu hamba. Mereka yang putus asa itu adalah orang merdeka,” (Lihat Syekh Ibnu Abbad, Syarhul Hikam, Semarang, Makatabah Al-Munawwir, juz I, halaman 49).

 

Hikmah Ibnu Athaillah ini jangan disalahfahami sebagai cubaan untuk melemahkan semangat untuk berprestasi dan mengejar impian tertentu. Hikmah ini merupakan peringatan bagi mereka yang menghamba kepada selain Allah seperti kekayaan, kekuasaan, jawatan, dan lain sebagainya.

 

Hikmah ini peringatan bagi mereka yang menganggap selain Allah sebagai segala-galanya dalam hidup sehingga harus dikejar meski dengan jalan kotor dan merugikan orang ramai. Hikmah ini mengingatkan mereka yang terpenjara keinginan lalu menghambakan diri pada keinginan dan harapannya sehingga mereka dipermainkan oleh keinginannya sendiri.

dipetik www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply