PAKATAN RAHSIA PERINTAH DUNIA

Ketika Amerika Syarikat mengalami kemelesetan besar pertengahan 1980-an, dua buah negara telah diberikan tekanan hebat agar meningkatkan nilai matawang bagi membolehkan nilai dollar menjadi lebih rendah dan kompetitif. Antara dua buah negara yang terbabit ialah China dan Jepun. Jepun telah menaikkan nilai matawang yen menyebabkan negara-negara Asia yang berhutang dalam nilai matawang tersebut membayar harga tinggi, atau mencari wang yang lebih banyak membayar hutang. China tidak bersedia menaikkan nilai matawang remembinya, kerana negara itu tidak banyak bergantung kepada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, sebaliknya berusaha untuk mencergaskan ekonomi domestik.

Jepun yang muncul sebagai kuasa ekonomi yang besar selepas Perang Dunia Kedua turut dipaksa oleh Amerika Syarikat untuk mengelakkan industrinya lumpuh dan musnah. Atas desakan itu, pelabur dan syarikat gergasi Jepun terpaksa melakukan rombakan dasar pelaburan, dengan membuka dan usahama lebih besar bersama-sama syarikat ternama dari Barat yang berhadapan masalah kewangan. Kerjasama itu dapat dilihat dengan perkongsian platform pembinaan kereta antara Ford Motors dengan Mazda Corporation, Isuzu Motors dengan General Motors di Eropah untuk mengeluarkan kereta jenama Isuzu dan Opel, syarikat Sony membeli dan melabur dalam industri hiburan yang dahulunya dibanggakan oleh orang perseorangan di Hollywood, dan kebangkitan Orang China Seberang Laut telah menyebabkan Amerika Syarikat perlu merangka semula dasar luarnya. Amerika Syarikat mula berusaha untuk memperlihatkan keuggulan geopolitiknya dengan memberikan penekanan semula kepada pengeksportan demokrasi, kebebasan dan hak asasi, yang dikenali sebagai wilsonisme.

John Naisbit mencatatkan: “Sehingga tahun-tahun 1990-an, semua berlegar sekitar dunia Barat. Barat menentukan peraturan. Jepun tunduk kepada peraturan-peraturan ini semasa kemunculan awal ekonominya. Akan tetapi sekarang, orang Asia —negara-negara Asia yang lain – sedang mencipta peraturan mereka sendiri dan tidak lama lagi akan menentukan corak permainan. Jepun juga akan ketinggalan ketika negara-negara Asia Tenggara yang dipimpin oleh China dan Orang Cina Seberang Laut, bertambah banyak memegang teraju ekonomi.” (John Naisbit, Megatrend Asia, Petaling Jaya: Prentice-Hall, 1997, hal. 12).

Petikan itu mengingatkan saya kepada serangan matawang negara-negara Asia—Korea Selatan (matawang Won), Thailand (Bhat), Indonesia (Rupiah), Malaysia (Ringgit), dan Filipina (Peso), manakala Singapura tidak terjejas. Serangan itu dilakukan oleh sekumpulan peniaga matawang berketurunan Yahudi, yang sebahagian besarnya berpangkalan di Singapura menyebabkan nilai matawang Asia mengalami penurunan nilai sehingga 40 peratus. Ia mengakibatkan jumlah rakyat miskin bertambah manakala keadaan politik di Asia tidak stabil. Indonesia mengalami krisis besar sehingga menyebabkan Suharto melepaskan jawatan, manakala Habibie terpaksa mententeramkan reformasi.

Kaitannya adalah jelas, keruntuhan sistem politik dan kerajaan di Asia merupakan salah satu daripada perancangan pergerakan zionisme, sebagaimana keinginannya untuk membentuk sebuah kerajaan tunggal di dunia. Peranan ini dilaksanakan menerusi dasar luar Amerika Syarikat, yakni wilsonisme, manakala setiap orang Presiden Amerika Syarikat mesti membawa mandat tersebut kalau ianya mahu selamat. Seorang Presiden yang tidak membawa kepentingan zionisme, hayat politik dan nyawanya juga dilihat pendek. Ini berlaku ke atas Abraham Lincoln dan John F Kennedy.

Lincoln dibunuh pada 17 April 1865 kerana enggan mengikuti ritual mason sebagai syarat pengukuhan keanggotaan dalam freemasonry. Kennedy merupakan presiden Amerika Syarikat ke-35, telah dibunuh 22 November 1963 di Dallas, Texas pada pukul 12.30 tengah hari di mana ketika berada dalam kereta bersama isterinya  Jacqueline Bouvier Kennedy. Kennedy dilaporkan dibunuh oleh Lee Harvey Oswald, dan dituduh mempunyai kaitan dengan skandal seks bersama seorang artis terkenal,   Marilyn Monroe. Marilyn Monroe merupakan seorang yang diprogramkam mindanya oleh kumpulan rahsia bagi tujuan merancang konspirasi memusnahkan kepimpinan Rumah Putih.

Hasil kajian pendapat umum yang dibuat oleh ABC News pada tahun 2003, 70 peratus percaya bahawa kematian Kennedy adalah “dirancang, bukan tindakan pembunuh yang bertindak bersendirian”. 51 peratus rakyat Amerika percaya Oswald bertindak sendirian manakala 7 peratus percaya Oswald dikambinghitamkan. Sejak pembunuhan tersebut, lebih 2,000 buku dihasilkan dan merekodkan sekurang-kurang 5 teori konspirasi: (1) didalangi oleh Soviet Union; (2) dilakukan oleh kumpulan mafia; (3) didalangi oleh Cuba sebagai dendam AS yang menghantar agennya untuk membunuh Fidel Castro; (4) didalangi oleh Lyndon Johnson yang tidak sabar untuk menduduki kerusi Presiden dan dibantu oleh CIA; dan (5) dibunuh oleh CIA, di mana Oswald dikatakan sebagai anggota perisik dan pembunuh tepat dalam CIA.

Berdasarkan perancangan yang telah dibuat, nyatalah Yahudi terus mencaturkan negara seluruh dunia agar tidak aman, stabil dan sentiasa berperang, tujuannya ialah memudahkan mereka memerintah dan membentuk OWG. Inilah kesimpulan yang jelas daripada konspirasi yang dibincangkan oleh Henry Makow dan cuba dihidupkan kembali dengan butiran yang lebih lengkap  mengenai kejahatan dan ketamakan sekumpulan Yahudi, yang berselindung di sebalik pelbagai nama pertubuhan rahsia dan telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia, Iluminati: Dunia Dalam Genggaman Perkumpulan Setan (IDGS) oleh Ufuk Press Oktober tahun lalu.

Illuminati adalah sebuah pertubuhan rahsia (ISS) dan diilhamkan oleh  Adam Weishaupt. Pada mulanya, Adam adalah seorang pengikut Jesuit, mengajar undang-undang dan merupakan seorang paderi Yahudi. Bagaimanapun, Adam berusaha  menterjemahkan pemikiran universalnya dengan mengambilkira aliran pemikiran ketuhanan rohani,  Lucifer. Setelah melepaskan jawatan sebagai pensyarah dan paderi, Adam menubuhkan sebuah pertubuhan rahsia yang diberi nama Illuminati, dan menulis sebuah buku menerangkan matlamatnya, iaitu mewujudkan sebuah kerajaan dunia yang tunggal (One World Government).

Doktrin ISS berdasarkan ajaran ‘kabbalah’, iaitu satu fahaman penganut Kristian untuk menentang penguasaan gereja. Sebagai sebuah pertubuhan rahsia Yahudi, ISS  mengadaptasikan ritual pemujaan Lucifer dan ilmu sihir, dan manusia bertanggungjawab terhadap kewujudannya, wajib menyembah cahaya, api dan matahari kerana ia adalah lambang Lucifer. Kebebasan sebenar manusia ialah apabila tidak lagi dikuasa atau dipengaruhi agama. Kedudukan moral adalah suatu bentuk perhambaan.

Walaupun Henry Makow berketurunan Yahudi, beliau tidak pernah belajar dan memahami indoktrinasi Yahudi,  kecuali 10 Perintah (Tenth Commandement) dan beberapa bahagian ajaran dalam Perjanjian Lama (hal. 9). Mengenai Judaisme, Henry menulis: “Judaisme menjauhkan mereka dari Perjanjian Lama dan mengarahkan mereka pada Talmud dan Kabala….bahawa Talmud penuh dengan kebencian dan pandangan yang memandang rendah bukan-Yahudi. Mereka akan menemukan bahawa Kabala merupakan asas kepada sihir, astrologi, numerologi, kartu tarot, black magic, androgini, penyembahan seks, dan banyak lagi ritual dari gerakan New Age moden. Ia mengajarkan bahawa baik dan buruk adalah satu dan hitam adaah putih, atau sebaliknya.” (hal. 10)

Henry melihat itulah sebenarnya yang menyebabkan kehidupan beragama dan kebudayaan barat semakin bermasalah, kerana  lebih mempercayai syaitan daripada Tuhan, dan usaha untuk kembali kepada nilai agama dianggap sebagai pencerahan,  enlightment. Mereka hilang pertimbangan moral dan menjadi manusia baik kerana memperhambakan diri kepada kehendak syaitan, menguasai sepenuhnya harta benda dan kewangan, yang memangnya menjadi landasan Luciferian. Lucifer, dalam agama Kristian membawa maksud “putera Fajar” dan di dalam Yesaya 14:12 yang dikaitkan dengan “pemfitnah”, juga di bahagian lain dalam Perjanjian Lama. Beelzebub atau Beelzebub adalah nama dewa orang Filistin (lebih tepatnya sejenis Baal, dari kata Ba‘al Zebûb, yang artinya “Dewa Lalat”) dan juga digunakan di Perjanjian Baru sebagai sinonim untuk syaitan atau iblis atau dajal, ianya digambarkan sebagai ular dan naga.

Gerakan menguasai atau mengawal dunia, menurut penulis dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan hampir menyelinap ke seluruh apsek kehidupan. Ia bermula dengan peranan besar beberapa keluarga Yahudi dalam menguasi sektor kewangan dan perbankan di Eropah dan Amerika Syarikat, seterusnya hampir ke seluruh dunia menerusi badan-badan kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan. Zionis dikatakan berada dalam semua peperangan sejak fahaman sekular mengambilalih peranan agama, manakala dipercayai bahawa beberapa perang, penaklukan dan penjajahan sebagai platform zionisme mempercepatkan pencapaian keinginannya sebagai NWO dan OWG.

Model pertubuhan rahsia atau secret society – freemason, zionisme dan komunisme – pada dasarnya, “para pemimpin menipu dan memanipulasi para anggota dengan tujuan yang nampak ideal. Hanya orang yang mampu merusak (dan mampu memfitnah) dibiarkan masuk ke dalam agenda yang sebenarnya dan diperbolehkan mencuat.” (hal. 33). Inilah yang sedang dilakukan oleh ISS dalam misinya meruntuhkan kekeluargaan, sesebuah kerajaan yang sah dan seterusnya menerima tawaran iblis, “sembah aku dan aku akan memberikan dunia kepadamu.” Inilah yang dilakukan oleh kapitalis yang memonopoli sumber ekonomi, dan akhirnya membeli kuasa politik mereka yang berkuasa. Ia sejajar dengan protokol cerdik pandai zionisme, “tidak akan ada seorang pun yang akan pernah melakukan diskusi mengenai keyakinan kami dari sudut pandang yang sebenarnya, kerana ini akan sepenuhnya diketahui oleh yang akan mencelakakan kami, yang tidak akan pernah berani mengkhianati rahsianya.”

Adam Weishaupt, bekas seorang paderi yang berfahaman Jesuit dan menerima sokongan daripada keluarga Rothchild, yang mengawal sistem kewangan Eropah dan Amerika Syarikat (termasuk Bank Pusat, Rizab Persekutuan, Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), pasaran saham dan Wall Street), akhirnya menulis sebuah buku bertajuk Novus Ordo Seclorum, atau New World Order: Lodge (Masonik) akan menjadi kanak-kanak kita. Semua yang tidak sesuai terhadap apa yang kita kerjakan akan tetap dalam Lodge Masonik dan tetap di sana dengan tanpa mengetahui apa pun mengenai sistem masa depan.” Maknanya, NWO bergerak secara rahsia, oleh pertubuhan rahsia dan butirannya adalah rahsia, dengan kecekapan agen rahsia. Semua yang dilakukan dalam situasi penuh rahsia. Dan, kandungan buku tersebutlah menjadi asas pembentukan ISS pada 1 Mei 1776. Tarikh itu turut dirayakan sebagai hari buruh, dan juga perayaan komunisme seluruh dunia.

Antara yang ditulis oleh Adam Weishaupt, (1) illuminati harus menguasai jawatan tinggi dalam kerajaan di pelbagai peringkat, dan bagi mendudukinya, jika mungkin boleh dilakukan dengan cara-cara kotor (menyogok atau merasuah) dalam bentuk wang atau habuan seks; (2) merekrutkan aktivis mahasiswa yang berpotensi, berbakat dan dari keturunan yang unggul untuk dilatih sebagai anggota illuminati masa depan; (3) mereka yang terperangkap dalam illuminati, akan dijadikan agen illuminati di beberapa negara; dan (4) illuminati akan menguasai seluruh saluran media, memiliki dan mengawal pemerintah bagi membolehkan pembentukan pendapat umum.

Menurut Adam lagi, prinsip Kristian yang bertuhankan Jesus sebagai “jiwa perhambaan” yang harus dibebaskan. Manusia akan menjadi manusia selama ia bebas, kuat dan mampu melepaskan dirinya dari jerat dan dasar agama. Ia turut meresap masuk menerusi freemason, dan anggotanya sangat bijak dalam mempercepatkan rusuhan dan pergolakan politik.

Rahsia itu akhirnya terbongkar, apabila tahun 1958, seorang bekas tentera laut Kanada dan pakar sejarah, William Guy Carr menerbitkan buku Pawns in the Game (edisi Arab 1970) dan terjemahan bahasa Melayu diterbitkan olen Yayasan Islam Terengganu dengan tajuk Bidak-Bidak di Papan Catur Iblis (1988, 1997 dan 1998).

William Carr menulis: “ideologi yang dipegang oleh iblis itu menyatakan kekuatan sahajalah yang merupakan kebenaran…Syaitan telah menjadi raja dunia dan berjaya menipu moyang kita Adam dan Hawa supaya melanggar pesan Allah…betapa sejak itu syaitan telah bekerja keras untuk menyekat rancangan Allah Taala bagaimana hendak memerintah dan mengimarahkan alam ini. ..Isa sampai ke dunia ketika syaitan telah sampai kepada tahap memegang kuasa ke atas golongan atasan. ..Komplot syaitan telah menghampiri peringkat akhir dari daya usahanya dengan sebab kealpaan dan kelalaian kita manusia tanpa menghiraukan ingatan dan amaran yang disampaikan Tuhan kepada manusia dengan limpah dan rahmat-Nya.” (hal. xii –xiv ).

Dalam pengantar penterjemah, Ismail menjelaskan: “tindak-tanduk suatu keturunan manusia yang mengakui dirinya sebagai “bangsa terpilih”; tetapi al-Quranul Karim telah mengecapnya dengan gelaran (bangsa pengacau/ perosak di muka bumi). Maka sejauhmana kebenaran gelaran yang diberi itu menepati dengan sifat-sifat negatif yang terdapat pada bangsa itu, dapatlah dipastikan …Bangsa inilah yang menjadi agen-agen iblis di muka bumi, disokong oleh golongan yang turut bermazhab “luciferian Ideology” yang dipelopori oleh Illuminati.” (hal. vii-viii).

Pada tahun 1785, sebuah risalah yang mengandungi perancangan Revolusi Perancis diserahkan kepada seorang anggota Illuminati bernama Lanze. Setelah Lanze ditangkap di Ratisbon, Jerman, rahsia itu terbongkar, iaitu Revolusi Perancis mesti dicetuskan pada tahun 1789.  Pada tahun 1848, Karl Marx, seorang anak pengusaha bank keturunan Yahudi ditaja untuk menulis Manifesto Komunis manakala Profesor Karl Ritter diminta untuk membuat anti-tesis bagi mencabar komunisme.

Illuminati menetapkan tujuh prinsip utama:

  • Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berteraskan nasionalisme,
  • Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan;
  • Menghapuskan nilai-nilai kehidupan bekeluarga, di mana individiu perlu tunduk kepada kehidupan masyarakat, media massa atau parti;
  • Menghapuskan hak pemilikan peribadi;
  • Menghapuskan nilai pajak yang tinggi dengan mengenakan bunga yang tinggi;
  • Menghapuskan patriotism;
  • Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang sudah dikuasai oleh Illuminati.

Perang Dunia I menamatkan kuasa Eropah; Perang Dunia II, menamatkan pengaruh komunisme, sosialisme dan nazisme kerana perseteruan ideologi berakhir dengan runtuhanya Tembok Berlin pada tahun 1989 dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai polis dunia tunggal; berakhirnya Perang Dunia III, akan membolehkan Israel atau ISS menguasai sepenuhnya percaturan politik dunia, kerana Islam yang dianggap sebagai “halangan terbesar” sudah dipatahkan. Selepasnya akan muncullah  One World Government, yang ditadbirkan oleh Zionis Antarabangsa.

Inilah lanjutan teori politik Michaevelli kerana dalam diri Adam Wieshaupt (illuminati), Albert Pike (perang sebagai penyelamat), Helena Petrovna Blavatsky (Luciferian), keluarga Rothschild (menuhankan wang dan mengawal ekonomi), Bush (war on terror), Obama dengan TPPA –Trans-Pacific Partnership Agreements- ialah membentuk suatu regim ekonomi baharu bagi menyekat penguasaan China. AS perlu melakukan tindakan itu kerana kapitalis ekonomi bimbang, dengan penguasaan  China kemewahan dan penguasaan ekonomi mereka akan berkurangan, dan akhirnya matlamat OWG gagal.

Kebimbangan itu tidak menjejaskan China, kerana negara itu mempunyai kekuatan dan sokongan besar daripada Orang Cina Seberang Laut, dan mereka ini semakin cepat mengejar  dan menyaingi kapitalis Yahudi. Cuma, yang membimbangkan ialah sekatan kuasa-kuasa Barat terhadap pengeluaran dan penjualan minyak, setelah AS mencaturkan politik negara-negara Arab dan Afrika Utara, yang merupakan telaga minyak terbesar dunia. Inilah sebenarnya percaturan politik yang sedang dirangka oleh kapitalis Yahudi, menerusi ISS dan juga pertubuhan rahsianya.

Bagaimanapun, buku yang ditulis oleh Henry Markow bukanlah sebuah buku yang mudah difahami, kerana ia cuba memasukkan banyak perkara dan cuba menghukum apa yang berlaku.  Bagi memahami apa yang ditulis, saya sebenarnya memerlukan beberapa buku lain sebagai rujukan, kerana banyak perkara dan maklumat rahsia yang didedahkan tidak diberikan konotasi dan keterangan sepenuhnya.  Saya merujuk dan membaca semula  buku William Guy Carr dan  buku Victor E Marsden, Protokol-Protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis; Muhammad Khalifah Hassan Ahmad, Sejarah Agama Yahudi (2012); Rosli Husin, Musuh Rahsia: Menyingkap Kisah dari al-Quran, Taurat dan Injil (2010); dan Henry Nurdi, Membongkar Perancangan Israel Raya (2010).

Apa yang didedahkan oleh Henry, saya pernah membaca dalam konteks terbaharu analisis yang dibuat oleh Roger D Hodge, The Mendacity of Hope:  Presidential Power, Corporate Money, and the Politics of Corrupt Influence, Harper-Collins, 2010, hal. 8:“Both corporations and politicians seek monopolies within their respective markets, and the consumer-citizen occupies a decidedly receptive position. The conroling factor, in politics as in business is often the investor or bloc of investors that supplies the capital which makes everything possible. Politicis, we might say, is continuation of business by other means.” Politik dan kekuasaan tidak akan berlaku, jika ia tanpa pembiayaan dan wang. Obama menang kerana adanya pembiayaan dan sokongan kapitalis Yahudi.

Henry Makow dilahirkan di Zurich pada tahun 1949 adalah seorang rakyat Kanada , telah menulis beberapa buku antaranya,  Cruel Hoax: Feminism & the New World Order (2007), Illuminati 2: Deceit and Seduction (2010), dan A Long Way to Go for A Date (2000).

Beberapa hari lalu, saya terkejut apabila seorang pembaca berita meminta rakannya, di Sweeden memberikan sedikit “pencerahan” berhubung kes pasangan Malaysia ditahan reman atas dakwaan mendera anak kandungnya sendiri kerana tidak atau enggan bersolat. Ini adalah kejayaan ISS yang tidak disedari oleh orang Melayu-Islam, dalam mencorakkan pola pemikiran kerana konsep pencerahan sebenarnya adalah tradisi agama Kristian dan Yahudi, bukannya tradisi Islam. Konsep yang ada dalam Islam ialah jahiliyah, dan apabila seserorang itu mengucap dua kalimah syahadah, ia menuju kepada kehidupan beriman. Maknanya, untuk menjadi seseorang itu beriman ia memerlukan ilmu, dan untuk berilmu, sesorang itu perlu belajar, beramal dan seterusnya pasrah. Tidak ada proses pencerahan, kerana yang ada ialah “bertaubat”, yakni kembali ke pangkal jalan, bukannya kembali sebagai jahiliyah. Ia menuju kepada proses keimanan dan peningkatan ketakwaan, manakala konsep “pencerahan” lebih bersifat ritual, persembahan kepada Lucifer. Inilah juga yang perlu diawasi apabila otak dan fikiran kita hampir menerima tiga doktrin berkembar–kebebasan, hak asasi dan agama sebagai personal – dengan doktrin itulah mereka memisahkan penganut Kristian dengan agamanya.

Kini, kita mesti berhati-hati, apa yang diperjuangkan oleh COMANGO adalah jelas menepati konsep New World Order, konsep yang amat dirindui dan ditaja secara rahsia oleh Illuminati secret society (ISS). Apakah kita sudah kehilangan arah mahu menerima desakan tersebut, ataupun hanya menuruti apa yang dikehendaki mereka atas alasan, sistem pemerintahan kini lebih mendekati konsep penerimaan  ramai dan keputusan majoriti?

Apakah nanti Jurgen Habermas boleh terseyum, semakin berkembang dan meluasnya “politik awam” dalam “ruang awam” walaupun tidak semuanya perlu pengesahan dan persetujuan awam. Tetapi, inilah prinsip ISS, kerana unsur patriotik, nasionalisma dan agama mesti diketepikan, yang menjadi penentunya ialah keputusan majoriti atau kesejagatan nilai, pendapat dan pendirian. Inilah yang sedang diterobos dan diasak keras oleh ISS, pertubuhan rahsia dan orang perseorangan, kerana mereka lebih mengutamakan diri sendiri yang semakin individualistik. Rahsia inilah yang ada dalam pertubuhan rahsia, yang melaksanakan  peranannya secara rahsia dan amat berahsia.

Oleh: Kamarun KH

No Comments

    Leave a reply