Pandangan Imam Al- Ghazali Terhadap Hadis Daif

Tak sedikit orang yang mempersoalkan hadis-hadis daif dan maudu yang termaktub dalam kitab Ihya Ulumiddin karya Imam Al-Ghazali. Hal itu kerap kali dijadikan modal yang dilancarkan oleh Salafi-Wahabi terhadap Muslim Suni.

 

Berkenaan perkara ini, Mukti Ali Qusyairi menjawab bahawa sufi memiliki pandangan tersendiri dalam memandang hadis. Berbeza dengan ahli hadis, mereka tidak mengkritik hadis dari rawi dan sanadnya dengan al-jarh wat ta’dil, tetapi dari matannya.

 

Hal ini menunjukkan kebolehan merujuk pada hadis maudu atau daif. Tetapi tidak untuk semua perkara. Pengambilan hadis-hadis tersebut hanya boleh digunakan untuk keutamaan amal.

 

“Kita boleh saja mengambil hadis maudu, hadis palsu. Tapi li fadhailil a’mal, untuk keutamaan amal,” ujarnya.

 

Di samping itu, Imam Al-Ghazali merupakan seorang sufi yang tidak bertarekat. Pada zamannya, belum ada kumpulan tariqah. Baru sekitar 50-100 tahun setelahnya, muncul Syekh Abdul Qadir Al-Jailani. Pandangan sufi yang digelar sebagai sultanul auliya terhadap hubungan murid dan guru itu dipengaruhi oleh pendapatnya Imam Al-Ghazali. Hal tersebut dapat diperiksa pada Tarekat Qadiriyah wa Naqasyabandiyah.

 

“Syekh Abdul Qadir Al-Jailani adalah orang Baghdad, sama seperti Imam Al-Ghazali. Meskipun terjadi perbezaan pendapat apakah Syekh Abdul Qodir Al-Jailani itu berguru langsung kepada Imam Al-Ghazali atau tidak, atau berguru pada muridnya Imam Al-Ghazali, konsep sufismenya banyak mengambil konsepnya Imam Al-Ghazali.”

 

Selain itu, penulis buku Kisah-kisah Ajaib Imam Al-Ghazali itu juga mengatakan bahawa kehebatan Imam Al-Ghazali adalah mampu menarasikan kisah spiritualnya dengan bahasa yang mudah difahami. Hal ini berbeza dengan Imam Ibnu Athaillah yang karyanya, Al-Hikam, bercorak falsafah. Menurutnya, perkara ini boleh mencetuskan salah faham. (nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply