Ujarnya, infoline ini juga bertujuan menyemak laporan polis yang dibuat serta mendapatkan perkembangan kes dan bagi memudahkan menyalurkan maklumat kes-kes jenayah komersial khususnya jenayah bersindiket seperti penyamaran Macau Scam, jenayah e-dagang, tipu pinjaman tidak wujud dan pemalsuan dokumen.

“Infoline ini beroperasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp sahaja ke talian 013-2111222 bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam, setiap hari.

“Maklum balas setiap aduan, maklumat atau pertanyaan yang diterima akan diberikan dalam tepoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, aduan mestilah menggunakan nombor telefon berdaftar dengan syarikat telekomunikasi Malaysia dan kesahihan maklumat akan disemak terlebih dahulu oleh pengendali infoline sebelum proses maklum balas.

“Maklumat dan butiran yang diberikan pengadu harus tidak bersifat jahat, tohmahan tidak berasas serta menggunakan perkataan lucah dan jelek bagi menjatuhkan kreadibiliti individu atau organisasi.

“Sebarang gurauan juga tidak akan dilayan dan sekiranya didapati ada pihak dengan sengaja membuat keterangan palsu akan diambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang,” ujarnya.

 Tambah beliau, orang ramai juga dinasihati menyemak status penglibatan jenayah dengan melayari laman web semak mule di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum mengambil tindakan selanjutnya. – UTUSAN ONLINE