PELARIAN PALESTIN TUNTUT HAK KEMBALI KE TANAH AIR

ATLIT (Israel), 4 Syabaan 1439H, Jumaat – Ribuan warga minoriti Arab-Palestin berhimpun menuntut hak pelarian kembali ke tanah air, selepas terpaksa meninggalkan rumah masing-masing ketika Perang Arab-Israel 1948.

Himpunan itu diadakan semalam, berhampiran Atlit, sebuah kampung kecil di selatan Haifa.

Penganjur perhimpunan berkata, 170 orang daripada warga Palestin telah diusir pada tahun 1948, dan mereka terpaksa melarikan diri ke bandar dan negara jiran.

Katanya, ada antara mereka menjadi pelarian di Lubnan, yang mana mereka kekal sebagai pelarian sehingga ke hari ini.

“Ramai yang lari ke Lubnan pada masa itu, tapi nasib kami baik, kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk pergi. Saya sangat gembira dengan perkara itu sekarang,” kata Sami Salman, 83, dari Nazareth yang turut serta dalam himpunan itu.

Pada tahun 1948, rakyat Palestin terpaksa melarikan diri dari tanah air sendiri bagi menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, ekoran rejim pengganas Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.

Dianggarkan 800,000 hingga 1 juta penduduk rakyat Palestin menjadi pelarian di Lubnan, yang menempatkan dan menerima lebih kurang 400,000 pelarian Palestin.

Namun bilangan mereka semakin meningkat apabila bertambahnya kelahiran setiap tahun.

Malapetaka besar ini masih menghantui rakyat Palestin, mereka terus dibunuh dan dibelenggu penjajahan sehingga hari ini.

Dalam masa sama, Masjid al-Aqsa juga dicemari dan diceroboh hampir setiap hari manakala pelarian Palestin pula masih dinafikan hak untuk pulang ke kampung halaman. – Agensi

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply