PELARIAN SYRIA MENINGKAT DALAM TEMPOH EMPAT BULAN: PBB

GENEVA, 27 Ramadan 1439H, Selasa – Lebih 920,000 rakyat Syria dipindahkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, menjadikan ia angka tertinggi sepanjang tujuh tahun perang saudara tercetus di negara itu.

Penyelaras kemanusiaan serantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Panos Moumtzis berkata, Syria terus menyaksikan perpindahan rakyat terbesar sejak beberapa bulan ini.

“Bermula Januari sehingga April lalu, terdapat lebih 920,000 penduduk Syria dipindahkan daripada krisis itu.

“Ia adalah jumlah tertinggi dalam tempoh yang sangat singkat sejak konflik bermula,” katanya.

Moumtzis meluahkan kebimbangan terhadap 2.5 juta penduduk Syria yang kini hilang tempat tinggal, dan menjadi pelarian.

“PBB sedang merangka pelbagai rancangan kecemasan sekiranya jumlah ini semakin meningkat. Komposisi semasa ketika ini sangat padat,” katanya.

Menurut angka PBB, jumlah rakyat Syria yang terjejas akibat konflik di negara itu meningkat kepada 6.2 juta orang.

Manakala, kira-kira 5.6 juta dikesan sebagai pelarian yang kini berlindung di beberapa negara jiran.- Agensi

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply