Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, raja-raja juga menetapkan bahawa Mesyuarat Khas bagi acara mengangkat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 31 Januari ini.

“Raja-raja yang hadir dalam perjumpaan tersebut dengan ini menzahirkan setinggi-tinggi pengharga­an atas khidmat yang telah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V laksanakan dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember 2016 sehingga 6 Januari 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sultan-sultan yang menghadiri perjumpaan itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Pe­rak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. “Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang tidak berangkat ke­rana baginda ku­rang si­hat dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tidak berangkat kerana berada di luar negara,” jelasnya.