PENDAKWAH GIGIH YANG HIDUP DAN MATI DI ATAS ATAP MASJID

Ibnu Sinnan adalah seorang ulama soleh dan pendakwah gigih di Mesir. Beliau merupakan murid dari Syeikh al-Islam al-Munawi. Apabila penduduk negerinya menolak dakwah beliau, maka beliau pergi ke Kairo dan tinggal di atap masjid-masjid di kawasan itu, baik pada musim panas mahupun musim sejuk.

Asy Sya’rawi, salah seorang muridnya menceritakan bahawa,”Beliau (Ibnu Sinnan) memberi tahu kepadaku bahawa ia tinggal di masjid Amru (Bin Al Ash) selama 30 tahun, dan masjid Ibnu Thulun selama 1 tahun.”

Ibnu Sinan tidak turun dari atap masjid kecuali untuk solat Jumaat dan menghadiri majelis Syeikh Yahya Al Munawi.

Beliau meninggal dunia ketika tinggal di atap masjid Bab Al Bahr. Setengah badannya lumpuh, hingga beliau hanya duduk ketika melaksanakan solat. Lisan Ibnu Sinan terus berdzikir manakala tangannya tidak pernah menanggalkan tasbih, hingga akhir hayatnya pada tahun 922 H. (Al Kawakib Ad Durriyah, 3/443)

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply