PENGERTIAN IBADAH HAJI

PENGERTIAN HAJI

Haji, adalah rukun (tiang agama) Islam yang kelima setelah syahadah, solat, zakat, dan puasa. Menunaikan ibadah haji adalah bentuk ritual tahunan yang dilaksanakan kaum Muslimin sedunia yang mampu (material, fizik, dan keilmuan) dengan berkunjung dan melaksanakan beberapa kegiatan di beberapa tempat di Arab Saudi pada suatu waktu yang dikenali sebagai musim haji (bulan Zulhijjah). Hal ini berbeza dengan ibadah umrah yang biasa dilaksanakan sewaktu-waktu.

Kegiatan ibadah haji dimulai pada tanggal 8 Zulhijjah ketika umat Islam bermalam di Mina, wukuf (berdiam diri) di padang Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah, dan berakhir setelah melempar jumrah (melempar batu simbolisasi syaitan) pada tanggal 10 Zulhijjah, masyarakat Indonesia biasa menyebut juga Hari Raya Aidiladha sebagai Hari Raya Haji kerana bersamaan dengan perayaan ibadah haji ini.

JENIS-JENIS HAJI

  1. TAMATTU’

Mempunyai erti bersenang-senang atau bersantai-santai dengan melakukan umrah terlebih dahulu di bulan haji, lain bertahallul. Kemudian mengenakan pakaian ihram lagi untuk melaksanakan ibadah haji, di tahun yang sama. Tamattu’ juga bererti melaksanakan ibadah di dalam bulan-bulan serta di dalam tahun yang sama, tanpa terlebih dahulu pulang ke negeri asal.

  1. IFRAD

Bererti menyendiri. Pelaksanaan ibadah haji disebut ifrad, bila seseorang bermaksud menyendiri, baik menyendirikan haji mahupun menyendirikan umrah, dalam ha lini yang didahulukan adalah ibadah haji. Ertinya, ketika mengenakan pakaian ihram di Miqat, orang tersebut berniat melaksanakan ibadah haji dahulu. Apabila ibadah haji sudah selesai, maka orang tersebut mengenakan ihram kembali untuk melaksanakan umrah.

  1. QIRAN

Mengandungi erti menggabungkan, menyatukan atau sekaligus. Maksud di sini adalah menyatukan atau sekaligus berihram untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Haji qiran dilakukan dengan tetap berpakaian ihram sejak Miqat Makani dan melaksanakan semua rukun dan wajib haji sampai selesai, meskipun mungkin akan memakan waktu lama, menurut Abu Hanifah, melaksanakan Haji Qiran, bererti melakukan dua tawaf dan dua sa’i.

RUKUN HAJI

  1. Ihram
  2. Wukuf di Arafah.
  3. Tawaf Ifadah.
  4. Sa’i.
  5. Mencukur rambut di kepala (tahallul).
  6. Tertib

SYARAT HAJI

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Dewasa
  4. Berakal
  5. Waras
  6. Orang Merdeka (Bukan Budak).
  7. Mampu, baik dalam hal biaya, kesihatan, keamanan, dan nafkah bagi keluarga yang tinggal berhaji.

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN HAJI

  1. Melakukan ihram di Miqat.
  2. Berwukuf di padang Arafah hingga terbenam matahari.
  3. Bermalam di Muzdalifah.
  4. Melempar jamrah.
  5. Mencukur rambut (tahallul).
  6. Bermalam di Mina.
  7. Tawaf Wada’.

RITUAL IBADAH DI MINA

Sewaktu anda berada di Mina, hendaklah anda menunaikan solat tepat pada waktunya, solat Zuhur, Asar dan Isya’ di qasar menjadi dua rakaat tanpa melakukan jamak, solat witir dan Sunnah qabliyyah Subuh terus dilaksanakan demi mengikuti Rasulullah SAW. Melempar jamrah dilakukan sesuai dengan jadual-jadual pelaksanaannya yang telah di tentukan oleh pemandi kepada anda.

BERGERAK MENUJU AREA JAMARAT

  1. Bergerak dari Jamarah Sughra dengan melemparkan tujuh batu kerikil.
  2. Bergeraklah ke arah samping, menghadaplah ke kiblat dan berdoa kepada Allah SWT.
  3. Bergeraklah ke arah Jamarat Wusta dan lemparlah sebanyak tujuh kerikil
  4. Bergerak ke arah samping, menghadaplah ke kiblat dan berdoa kepada Allah SWT.
  5. Kemudian, bergeraklah ke arah Aqabah (Kubra) dan lemparlah sebanyak tujuh kerikil.

TAWAF IFADAH

  1. Tawaf ifadah adalah salah satu rukun haji dan semua jemaah haji wajib melakukannya.
  2. Perempuan haid harus menunggu hingga bersuci (mandi wajib) kemudian baru melakukan tawaf ifadah. Seseorang tidak boleh kembali ke negaranya sebelum melakukan tawaf.
  3. Tawaf akan sempurna jika dilakukan sebanyak tujuh putaran.
  4. Solat dua rakaat di Makam Ibrahim (jika memungkinkan) atau di tempat lain di dalam Masjidil Haram.
  5. Minumlah Air Zam-Zam.

SA’I UNTUK HAJI

  1. Laksanakan Sai’.
  2. Mulailah dari Safa dan akhiri di Marwah.
  3. Sempurnakan sebanyak tujuh kali, dengan menghitung antarr Safa dan Marwah satu kali.
  4. Sekarang anda telah menyempurnakan ibadah haji.

KEMBALI KE TANAH AIR

  1. Jangan berbelanja terlalu berlebihan atau melakukan hal-hal lain yang berhubungan dengan kepulangan setelah menyempurnakan tawaf wada’.
  2. Rasulullah SAW berwasiat agar menjadikan tawaf wada’ (perpisahan) sebagai pekerjaan terakhir yang dilakukan oleh jemaah haji sebelum meninggalkan Makkah.
  3. Kecuali jika anda terlambat kerana sebab tertentu hingga tiba waktu solat fardu, di saat itu, anda boleh menunaikan solat di dalam Masjidil Haram meskipun ada melakukannya setelah menyelesaikan tawaf Wada’.
  4. Setelah itu, anda tidak perlu melakukan tawaf kembali.
  5. Semoga selamat kembali ke tanah air dan semoga menjadi haji yang mabrur (InsyaAllah).

ZIARAH DI MADINAH

  1. Niat anda haruslah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan bukan untuk menziarahi kubur Rasulullah SAW.
  2. Di dalam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di masjid-lainnya kecuali Masjidil Haram”.
  3. Diriwayatkan dari Abbad bin Tamim dari pakciknya Abdullah bin Zaid Ashim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Ibrahim telah menyucikan Makkah dan mendoakan penduduknya, dan saya telah menyucikan Madinah sebagaimana Ibrahim menyucikan Makkah. Dan saya mendoakan Mudnya dan Sha’nya sebagaimana Ibrahim mendoakannya untuk penduduk Makkah”.

APAKAH HAJI MABRUR ITU??

  1. Apabila seseorang berangkat semata-mata kerana Allah SWT.
  2. Apabila seseorang berangkat bukan kerana ada kepentingan dan tidak hasil dari hutang atau tidak menjual harta bendanya sehingga habis tidak tersisa.
  3. Apabila kepulangannya dari ibadah haji tidak lagi melakukan maksiat-maksiat yang pernah dilakukan sebelum berhaji.
  4. Apabila kepulangannya dari ibadah haji, dia tidak mengharapkan panggilan-panggilan (Pak Haji/ Ibu Hajjah) kerana ibadah ini antara tuhan dan hambanya (hanya Allah yang memberikan ‘title’ terbaik kepada para hamba-Nya).
  5. Apabila pulang daripada ibadah haji tidak lagi melakukan dan berbuat maksiat serta berkata-kata kotor dan hal-hal yang tidak bermanfaat yang mana pernah dia lekukan sebelum pergi haji.
  6. Apabila pulang daripada ibadah haji, seseorang itu mestilah sering beribadah di masjid serta melaksanakan solat 5 waktu dan ibadah sunnat, yang mana dia jarang, bahkan tidak melakukan sebelum berangkat melakukan ibadah haji.

Dipetik oleh: Kantor Urusan Haji

Tags:

No Comments

    Leave a reply