Pentingnya Sikap Mendahulukan Orang Lain (al-Isar)

Salah satu sifat yang sangat dianjurkan oleh Islam adalah mendahulukan orang lain dari pada diri sendiri. Sifat ini dalam bahasa al-Qur’an disebut dengan al-Itsâr yang bermakna; bahawa seseorang mendermakan sesuatu yang sangat berharga kepada orang lain sedangkan ia juga memerlukan sesuatu tersebut, seperti orang yang memberikan makanan yang dimiliki satu-satunya kepada orang lain sementara ia pun sesungguhnya lapar.

 

Rasulullah Saw adalah teladan yang terbaik dalam perkara al-Itsâr ini, sebagaimana yang pernah dituturkan oleh Aisyah RA, bahawa Rasulullah Saw tidak pernah merasakan kenyang selama tiga hari berturut-turut sehingga Baginda mangkat.  Padahal jika berkehendak, setiap masa boleh saja baginda kenyang. Akan tetapi beliau lebih sering mendahulukan orang lain dari pada dirinya. Lebih-lebih sifat baik ini beliau lakukan pada bulan Ramadan, sebagaimana digambarkan dalam hadis, bahawa kebaikan Rasulullah Saw pada bulan puasa melebihi kebaikan angin yang bertiup (HR. Bukhari Muslim).

 

Jiwa memberi dan ingin berkongsi kepada orang lain itu begitu tertanam dalam diri Rasulullah Saw, sekalipun sesungguhnya sudah tidak ada lagi sesuatu yang dapat diberikan. Berbagai cara akan baginda lakukan untuk sekedar dapat menutupi keperluan orang lain tersebut.

 

Terdapat satu kisah yang menceritakan tentang seseorang datang bertamu kepada Rasulullah Saw dalam keadaan yang perlu dibantu. Rasulullah berkeinginan sekali untuk menjamunya sebagai tetamu. Lalu baginda bertanya kepada istrinya, adakah makanan yang dapat dihidangkan kepada tetamunya tersebut. Ternyata di rumah Rasulullah Saw sudah tidak ada lagi makanan yang dapat disuguhkan. Melihat kenyataan tersebut, Rasulullah Saw lalu menawarkan kepada para sahabatnya, adakah yang hendak menerimanya sebagai tetamu untuk satu malam saja. Lalu salah seorang sahabat dari kaum Anshar menyanggupi.

 

Dan ketika tetamu sudah berada di rumah sahabat, sang istri menyampaikan kepada sang sahabat, bahawa yang mereka miliki masa itu hanyalah makanan terakhir untuk bayi mereka. Lalu disebabkan hati sang sahabat ingin sekali menjamu tetamu Rasulullah tersebut, maka beliau merancang bersama istrinya ketika makan malam, mereka menyuruh anak bayinya untuk lebih dahulu tidur, lampu-lampu ditutup, dan di meja makan telah mereka sediakan tiga pinggan untuk mereka bertiga.

 

Disebabkan keadaan rumah gelap, mereka seolah-olah tengah menyantap makanan bersama. Padahal yang mereka sediakan adalah makanan bayi yang hanya cukup untuk satu tetamu tersebut. Lalu tetamu itu tidur dengan lena, manakala sang sahabat dan istrinya tidur dengan penuh kebanggaan, sekalipun mereka masih dalam keadaan lapar.

 

Keesokan harinya, sang sahabat itu menemui Rasulullah Saw, namun Rasulullah Saw atas wahyu dari Malaikat Jibril menyampaikan kepada sang sahabat, bahawa sesungguhnya Allah Swt sangat takjub dengan apa yang mereka lakukan semalam dengan tetamunya. Sungguh sikap sahabat Nabi tersebut begitu menakjubkan, sehingga Allah Swt pun memujinya sebagai sebuah sikap yang maha luhur. Itulah sikap al-Itsâr yang diteladankan oleh umat Islam terdahulu yang barangkali pada zaman ini sudah hampir terhakis.

 

Diriwayatkan bahawa Nabi Musa AS pernah iri hati kepada derajat yang dimiliki oleh umat Muhammad Saw, sehingga Nabi Musa pun meminta kepada Allah Swt, agar didedahkan apa rahsia di sebalik ketinggian derajat yang tidak mampu diraih oleh para pengikutnya dan orang-orang sebelumnya. Lalu Allah Swt membuka tabir langit kepada Nabi Musa AS. Di sana terdapat cahaya yang begitu terang dan begitu dekat dengan Allah Swt, sehingga Musa AS pun tidak sanggup untuk mendekatinya.

 

Lalu Nabi Musa bertanya, apakah gerangan yang dapat menghantarkan umat Muhammad Saw untuk sampai pada derajat seperti ini. Allah Swt berkata, bahawa ada satu sifat yang aku khususkan bersemayam di antara umat Muhammad yang tidak dimiliki oleh umat-umat lainnya, iaitu al-Itsâr. Sehingga sekali saja mereka mengamalkan sifat tersebut di dunia, aku merasa malu untuk menghisab amal-amalnya, maka Aku persilakan saja mereka masuk ke syurga-Ku dari pintu yang mereka mahu.

 

www.pesantrenvirtual.com

No Comments

    Leave a reply