Perbanyak Sedekah Pada Bulan Muharram

Bulan Muharram disebut juga dengan syahrullah, bulan Allah. Penamaan ini menunjukkan kemuliaan dan keistimewaan Muharram berbanding bulan lainnya. Disebabkan Muharram bulan mulia, maka dianjurkan memperbanyak amalan sunah pada bulan tersebut.

Di antara amalan sunah yang paling utama dilakukan pada bulan Muharram ialah puasa. Rasulullah SAW berkata, “Puasa paling utama setelah Ramadan ialah puasa pada syahrullah, iaitu Muharram,” (HR Muslim).

Selain puasa, bersedekah juga digalakkan pada bulan Muharram, terutama pada hari ‘Asyura. Keluarga terdekat adalah pihak yang paling utama yang diambil berat pada hari tersebut. Rasulullah SAW berkata,

من وسع على عياله في يوم عاشوراء وسع الله عليه في سنته كلها

Ertinya, “Orang yang melapangkan keluarganya pada hari Asyura’, maka Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun tersebut,” (HR At-Thabarani dan Al-Baihaqi).

Yang dimaksud melapangkan keluarga di sini ialah memenuhi keperluan hidup keluarga, iaitu keperluan makanan ataupun keperluan lain. Dalam hadis di atas dijanjikan bagi orang yang mememenuhi keperluan keluarganya, maka keperluan hidupnya akan dilapangkan setahun.

Kesahihan hadis berkenaan pernah dibuktikan oleh Sufyan As-Tsauri. Beliau berusaha untuk melapangkan kehidupan keluarganya pada hari Asyura. Setelah itu, ia merasakan kalau kehidupannya dilapangkan sebagaimana dijanjikan dalam hadits di atas.

Sufyan As-Tsauri berkata,

إنا قد جربناه فوجدناه كذلك

Ertinya, “Kami pernah mencubanya, dan kami memperoleh ganjarannya (kelapangan).”

Meskipun amalan bersedekah di hari Asyura kepada keluarga itu baik dan diutamakan, akan tetapi bersedakah tetaplah digalakkan kepada siapapun, terutama keluarga terdekat, bila-bila masa dan di manapun, tanpa harus menunggu hari Asyura. Pada hari Asyura, kita usahakan melebihkan keperluan keluarga agar mendapat kesunahan. Wallahu a’lam.

Dipetik dalam www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply