PERBEZAAN PANDANGAN AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH DENGAN PANDANGAN WAHHABIYYAH MENGENAI AYAT-AYAT MUTASYABIHAT

PENDAHULUAN

Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ) terbahagi kepada dua golongan:

1) Salaf, dikenali juga sebagai golongan mutaqaddimin (Sejak awal Islam

sehingga akhir abad ke-3 Hijrah).

2) Khalaf, dikenali juga sebagai golongan mutaakhirin (Iaitu bermula dari awal

Hijrah sehingga beberapa abad kemudian).

Menurut beberapa orang ulamak terkenal Ahli Sunnah seperti Al-Qadhi Iyadh dan Ibnu Hajar al-Haitami bahawa golongan salaf dan khalaf mempunyai pandangan yang hampir serupa mengenai ayat-ayat mutasyabihat. Perbezaannya antara keduanya, hanyalah salaf menggunakan ta’wil secara ijmal, sedangkan golongan khalaf menggunakan kaedah ta’wil secara tafsil.

Wahhabiyyah ialah golongan orang Islam yang mengikut pandangan Muhammad Bin Abdul Wahab (1111 – 1205 H). Golongan ini selalunya mengaku sebagai golongan salafi, yang mereka kait-kaitkan dengan golongan salaf di atas. Mereka selalu mendakwa bahawa mereka adalah ASWJ. Kitab-kitab tauhid yang mereka tulis selalunya didakwa sebagai akidah ASWJ. Selalunya mereka tulis dengan terang dan besar di luar kulit buku tauhid yang mereka tulis. Mereka juga menyebarkan berbagai risalah mengenai tauhid dalam berbagai bahasa diberikan kepada Jemaah haji dan umrah secara percuma. Dalam risalah-risalah itu, mereka highlight bahawa semua perkara yang berkait dengan tauhid yang ditulis dalam risalah tersebut adalah akidah ASWJ. Sebenarnya pandangan mereka berlawanan dengan pandangan salaf yang sebenar. Wahhabiyyah bukanlah salaf dan bukanlah khalaf.

Wahhabiyyah tidak termasuk dalam golongan ASWJ. Sebab itu mereka digelarkan oleh ulamak ASWJ sebagai salafi wahhabi. Golongan ini tidak menta’wilkan ayatayat mutasyabihat, akan tetapi menggunakan makna hakiki atau maknanya yang zahir atau secara harfi. Contohnya kalimah “Yad” dimaknakan dengan tangan.

MENGAPA WAHHABIYYAH MENGAKU SEBAGAI ASWJ DAN SALAFI?

Ulamak wahhabiyyah menggunakan kaedah yang sangat mudah (tetapi salah tidak mereka sedari). Mereka berpandangan bahawa mengenai ayat-ayat mutasyabihat dalam ASWJ ada dua pandangan:

  1. Salaf yang menggunakan tafwidh iaitu menyerahkan dan menerima bulatbulat atau sepenuhnya apa yang Allah firmankan tanpa menta’wilkan.
  2. Khalaf yang menggunakan kaedah ta’wil.

Menurut mereka kedua-dua kaedah iaitu tafwidh dan ta’wil adalah berlawanan.

Oleh sebab itu, menurut pandangan mereka, Khalaf bukanlah ASWJ. Dua yang  berlawanan tidak boleh duduk dalam satu tempat. Bagaimanapun ulamak mereka sedar bahawa majoriti umat Islam di dunia berpegang kepada kaedah ta’wil.

Malahan mereka ada yang menyebutkan bahawa 95% dari seluruh umat Islam berpegang kepada kaedah ta’wil yang salah dan boleh menjadi kafir. Dengan ini bermakna majoriti umat Islam menjadi kafir. Mereka memberi jawapan bahawa tidak bolehlah dihukumkan kafir, kerena banyak perkara lain mereka betul.

Dari keterangan yang diberikan, maka mereka berpendapat pandangan mereka adalah selaras dengan pandangan salaf yang menerima sahaja bulat-bulat apa yang Allah sebut tanpa ta’wil, seperti yang disebutkan diatas kalimah ”Yad” diterima sahaja dengan makna tangan. Kerana itulah mereka mendakwa bahawa golongan wahhabiyyah termasuk dalam golongan ASWJ. Dakwaan mereka ini telah ditolak oleh ramai ulamak ASWJ. Berpuluh-puluh buku mengenai penolakkan tersebut boleh kita temui dalam pasaran. Darul Ifta’ Mesir pun menolak dakwaan mereka.

AYAT-AYAT MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari AlQuran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham Yang berlainan  menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang Yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa Yang samar-samar dari AlQuran untuk mencari fitnah dan mencari cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut Yang disukainya). Padahal tidak ada Yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya Yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya Dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah Yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan golongan ulu al-albab. (Ali Imran: 7)

Ayat muhkamat ialah ayat-ayat dan hadis-hadis yang nyata, terang, jelas erti dan maksudnya. Ayat-ayat mutasyabihat pula ialah ayat-ayat dan hadis-hadis yang mempunyai makna yang tidak jelas, tidak terang, tidak nyata, tidak boleh difahami dengan mudah. Allah menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat ada

هو تفويض معاين هذه املتشاِبات إىل هللا وحِه بعِ تنزيهه تعاىل عن ظواهرها

املستحيلِ

Maksudnya: menyerahkan segala makna mutashabihat itu kepada Allah sahaja selepas mensucikan Allah dari segala makna zahir yang mustahil bagi Allah.

  1. Menolak tashbih yang bermaksud menyamakan Allah dengan sesuatu kerana Allah berfirman: Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (al-Shura: 11)
  2. Menolak tajsim yang bermaksud berjasad dan ‘aradh (sesuatu yang menumpang kepada jisim seperti warna, hitam atau putih atau berbagai bentuk).
  3. Tidak memerlukan jihat (arah iaitu depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah, dalam dan luar).
  4. Tidak bertempat (makan).
  5. Tidak boleh dibanding dan dimisal-misalkan (takyif).
  6. Tidak mengambil masa.
  7. Bersifat istighna’ (tidak memerlukan sesuatu daripada makhluknya, misalnya duduk besila di atas ‘arash. Al-‘arash adalah makhluk).

WAHHABIYYAH BUKAN ASWJ

Oleh kerana wahhabiyyah memberikan makna zahir pada ayat-ayat mutashabihat seperti yad (tangan), a’yun (mata), istawa (duduk bersila) maka golongan ini bukan ASWJ.

محل املتشاِبات ِف الصفات على ظو اهرها مع القول أبهنا ابقيِ على حقيقتها

Maksudnya: memberi makna mutashabihat pada makna zahirnya, dan menegaskan bahawa sesungguhnya ayat-ayat mutashabihat itu kekal maknanya dalam makna hakikatnya yang sebenar.

Mengenai istiwa’, golongan wahhabiyyah menegaskan bahawa zat Allah beristiwa (bersemayam) di atas ‘Arash dengan istiwa yang hakiki, maka ini juga menjadi bukti yang jelas bahawa golongan wahhabiyyah bukan golongan ASWJ.

إنه استوى على عرشه بذاته استواء حقيقيا مبعىن أنه استقر فوقه استقراَا حقيقيا،

ولكن ليس كاستقراَان وليس على ما نعرف

Maksudnya: Sesungguhnya (Allah) beristiwa atas arashNya dengan zatNya dengan istiwa yang hakiki dengan maksud bahawa Allah tetap/duduk di atasnya (‘arash) dengan tetap/duduk yang hakiki, akan tetapi tidaklah Allah itu seperti kita tetap/duduk dan tidaklah seperti yang kita telah ketahui.

Wahabiah juga percaya perkara-perkara seperti berikut:

  1. Arasy itu di atas langit yang tujuh, tuhan Allah itu duduk di atas arasy dan di langit yang tujuh. Kepercayaan tersebut sama dengan kepercayaan Yahudi kerana orang Yahudi dalam kitab Safar Mazamir: Al-Iskhakh 48 Bil 8 orang yahudi berkata “Tuhan duduk di atas kursi sucinya”. Ibnu Taimiyah pula berkata dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid ke 5 mukasurat 527, berkata: “Allah telah duduk di atas kursi….” Bahkan mereka percaya Allah boleh menunggang seekor nyamuk dan nyamuk itu boleh menanggung Allah dengan IzinNya dan dengan QudratNya. Allah pernah mengajak Rasulullahduduk bersamaNya di atas arasy. Allah duduk di atas arasy dan kedua kakinya di letakkan di atas tempat yang khas. Allah juga mempunyai kerusi pada tiaptiap langit. Allah juga duduk di Jannatul Adnin.
  2. Tuhan ada berada di jihat atas, boleh ditunjuk dengan telunjuk ke atas.
  3. Tuhan Allah mempunyai muka.
  4. Tuhan Allah mempunyai mata dua atau bermata banyak.
  5. Tuhan Allah bertangan dua.
  6. Tuhan Allah mempunyai anak jari banyak.
  7. Tuhan Allah mempunyai kaki dan tumit.
  8. Tuhan allah berada di langit dan turun tiap-tiap malam ke langit dunia (langit yang dekat ke dunia).
  1. Tuhan datang dan pergi.
  2. 10.Tuhan marah dan ketawa.
  3. 11.Tuhan Allah berjalan dalam naungan awan.
  4. 12.Tuhan Allah bersama manusia di mana sahaja manusia berada.
  5. 13.Muka tuhan serupa dengan nabi Adam.
  6. 14.Hajarul Aswad tangan kanan Allah di bumi.
  7. 15.Tuhan mempunyai nyawa.
  8. 16.Dan lain-lain.

AKIDAH WAHHABIYYAH SALAH DAN MEMBINGUNGKAN

Jika ayat-ayat mutashabihat dimaknakan dengan makna yang zahir secara hakiki, maka umat Islam akan kebingungan bila menemui ayat-ayat al-Quran seperti di bawah ini.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Rahman: 26-27

FirmanNya lagi dalam surah Taha: 5

FirmanNya lagi dalam surah Hud: 37

MASALAH HADITH JARIYAH

فقال: أين هللا؟ قالت: ىف السماء، قال: فمن أان؟ قالت: َسول هللا، قال: أعتقها

فإهنا مؤمنِ.

Maksudnya: Nabi s.a.w bertanya kepada jariah tersebut: di mana Allah? Jawab wanita itu: di langit. Nabi bertanya lagi: siapa aku? Jawabnya: Rasulullah. Lantas sabda Nabi: merdekakannya kerana dia telah beriman.

Imam Nawawi berkata di dalam sharahnya terhadap hadith ini:

قول أين هللا سؤال عن املكانِ َّل عن املكان

Maksudnya: perkataan “di mana Allah?” adalah pertanyaan tentang darjat kedudukan Allah S.W.T, bukan mengenai tempatnya”.

Ia (aina Allah) bererti apakah I’tikad kamu tentang keagungan Allah S.W.T. manakala jawapannya: “السماء في) “Allah di langit) mempunyai makna bahawa darjat dan kedudukan Allah S.W.T sangat tinggi. Tidak boleh diyakini bahawa Rasulullah s.a.w bertanya kepada budak perempuan tersebut tentang tempat (di mana) Allah S.W.T? juga tidak boleh diyakini bahawa budak perempuan itu bermaksud Allah S.W.T mendiami langit. Imam Ali ibn Abi Talib r.a berkata:

َّل يقال أين ملن أين اْلين

Bermaksud: tidak boleh ditanya “di mana” kepada tuhan yang menjadikan “aina” (tempat).

Al-Qurtubi di dalam Sharh Muslim menyebutkan:

Pertanyaan ini diarahkan oleh Rasulullah s.a.w kepada jariah atas dasar kemampuan pemahamannya, kerana baginda s.a.w ingin memastikan diri jariah itu yang dia bukanlah seorang penyembah berhala dan batu yang ada di bumi. Beliau menegaskan lagi:

Tidak boleh diucapkan seperti itu kepada Allah S.W.T secara hakikat kerana Allah S.W.T Maha Suci dari tempat, sebagaimana juga Allah S.W.T suci dari masa, malah Allah S.W.T lah yang menjadikan masa dan tempat. Allah S.W.T sentiasa ada, tidak dilingkungi oleh masa dan tempat. Dan Dia lah (Allah S.W.T) sekarang (masa kini) seperti asalnya demikian (tidak bertempat dan dilingkungi masa). Hendaklah kamu ketahui bahawa sesungguhnya tidak ada perbezaan pendapat di antara umat Islam, baik dari golongan ahli hadith, ahli feqah, ahli tauhid, orang yang bertaqlid (mengikut pendapat ulamak) dan yang seumpama mereka, (semua) berpendapat bahawa sebutan yang terdapat di dalam al-Quran dan hadith, yang menyebutkan Allah S.W.T di langit seperti ayat:

Bukanlah dimaksudkan secara zahir (hakikat). Sesungguhnya ayat ini dita’wilkan oleh mereka. Sesiapa yang memahami ayat tersebut dengan secara zahirnya (hakikatnya), maka dia adalah (termasuk di kalangan) orang yang sesat dari kumpulan orang yang sesat.

Oleh DR. HJ JAHID HJ SIDEK

( Dibentangkan Dalam  Program Gema Selawat “Marhaban Ya Ramadhan” Anjuran : Masjid Jamek Pulau Serai, Pekan, Pahang Bertarikh  14hb Jun 2015 / 27 Syaaban 1436h Bersamaan Hari Ahad

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply