Perkara Ini Membuat Khalifah Abu Bakar Murka

Abu Bakar adalah sahabat yang sangat percaya terhadap Nabi Muhammad. Beliau meyakini semua yang disampaikan Muhammad adalah sesuatu yang benar (haq), tidak ada kebatilan sedikit pun di dalamnya. Ketika Islam didakwahkan kepadanya, Abu Bakar langsung memeluk Islam tanpa ada keraguan sedikit pun di hatinya.

 

Ketika banyak umat Islam masa itu yang tidak percaya dengan Isra’ Mi’raj, Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya. Maka tidak salah, jika Nabi Muhammad memberikan gelaran as-Shiddiq (jujur) kepada Abu Bakar. Kejujuran, kejernihan fikiran, dan ketulusan hati Muhammad lah yang membuat Abu Bakar tidak memiliki rasa ragu sedikitpun terhadap Islam.

 

Abu Bakar merupakan sahabat nabi yang memiliki sifat lemah lembut, tenang, serta tidak mudah terpancing hawa nafsu dan emosi. Begitu lembut hatinya, Abu Bakar kerap kali menangis manakala membaca surah Al-Qur’an pada masa menjadi imam solat.

Dia merupakan ‘antitesa’ dari Umar bin Khattab yang terkenal ‘galak’, tegas, keras, dan tidak teragak-agak menumpahkan amarah. Hanya sedikit sekali riwayat yang menceritakan tentang kemarahan Abu Bakar.

 

Merujuk buku Abu Bakar As-Shiddiq: Sebuah Biografi karangan Muhammad Husain Haikal, ada dua kejadian yang membuat Khulafaur Rasyidin yang pertama ini naik pitam. Pertama, kaum Muslim dihina oleh kaum Musyrik ketika Kerajaan Persia berjaya mengalahkan Romawi. Ceritanya, kaum Musyrik ‘menyamakan’ kaum Muslim dengan kaum Kristian Romawi.

 

Kaum Musyrik menuduh bahawa kekalahan Romawi atas Persia adalah disebabkan mereka (kaum Kristian Romawi) juga Ahli Kitab sebagaimana kaum Islam. Khabar ini sampai di telinga Abu Bakar dan membuatnya marah.

 

Kedua, apabila Finhas mengolok-olok ajaran Islam. Suatu ketika Abu Bakar menghampiri sekumpulan orang Yahudi di Madinah. Ia menyeru kaum Yahudi tersebut untuk menerima Islam dan menyembah Allah.

 

Salah seorang Yahudi, Finhas, menjawab ajakan Abu Bakar itu dengan ejekan dan cemoohan yang cukup keterlaluan. Kepada Abu Bakar, Finhas mengatakan bahawa Tuhan lah yang memerlukan mereka, bukan sebaliknya. Finhas juga mengejek bahawa jika Tuhan itu kaya maka, maka Dia tidak akan meminta pinjaman kepada hambanya.

 

Cemoohan Finhas ini merupakan satire dari Surat al-Baqarah ayat 245; Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, yang akan Dia lipatgandakan dengan sebanyak-banyaknya.

 

Apa yang dilakukan Finhas itu membuat Abu Bakar menjadi geram. Dia langsung memukul Finhas dengan sekuat tenaga. Tapi, kerana pada masa kejadian ini ada perjanjian damai antara kaum Muslim dan Yahudi, maka Abu Bakar tidak meneruskan untuk memukul Finhas.

 

Abu Bakar adalah orang yang tidak suka mendahulukan kekerasan dan amarah.  Ia hanya akan berubah menjadi keras dan marah apabila ajaran Islam dipermainkan. (nu.or.id)

 

No Comments

    Leave a reply