PERPADUAN LAWAN RAPATKAN SAF

‘Perpaduan’ dan ‘rapatkan saf’ ini, pada titik akhirnya ialah bersama-sama atau pun bersatu.  Meski pun begitu, melihat kepada situasi dan scenario semasa ummah, kedua-duanya mempunyai titik-titik berbeza, yang boleh membawa tafsiran atau terjemahan yang berlainan.

Siapa yang tak pernah bercakap fasal perpaduan di kalangan ummah. Seingat penulis sudah lebih 5 dekad lalu, baik diperingkat global, khususnya dunia Islam, atau pun negara kita sendiri. Apakah hasilnya? Suara pengharapan umat Islam tetap masih bergema.. hanya takat gema sahaja!

Ini mengingatkan penulis kepada lawak sufi Idris Syah. Si A pun bertanya pada si B : Kamu buat apa? A : dok cari barang yang hilang… A pun turut membantu, dan setelah sekian lama si A bertanya : Agaknya barang yang hilang tu kat mana? A: Dalam rumah. B: Habis, kenapa cari kat luar rumah? A: Dalam rumah gelap, tentu tak dapat temu jugak, di luar ni kan cerah…

Maksud saya, dah berdekad tak juga dapat perpaduan yang dikehendaki, baiklah kita ubah persepsi kita, seperti berkonsepkan ‘Rapatkan Saf’.

Perpaduan yang dicari ini bukan saja dari kalangan umat Melayu-Islam, bahkan Negara Arab sendiri pun. Mereka adalah dari keturunan Nabi saw., pun tetap bertelagah, walau pun dah berada dalam satu organisasi seperti OIC… Terkini, apa yang diraih ialah keganasan, yang menyaksikan bagaimana umat Islam berbunuhan sesame sendiri. Jika di lihat pada Syria, satu dunia membunuh mereka… bukan saja tentera kerajaan, [email protected], bahkan AS dan Rusia pun turut serta. Naunzubillah… dan kini pengganas Daesh mula meresapi Negara Malaysia juga!

Menaakul ciri-ciri negatif dalam umat Melayu-Islam ialah antaranya :

1. Membawa aliran lain selain Sunnah wal Jamaah, yang distatuskan sebagai amalan di Malaysia;

2. Pelbagai aliran baru, seperti liberalisme, pluralism, anti hadis melawan tradisi para taabii,  dan lain-lainnya, yang semakin       meresapi di kalangan ummah

3. Tiadanya mufti-agung untuk Persekutuan sebagai tanda perpaduan dikalangan negeri-negeri

4. Perbezaan status mahkamah syarie dan sivil.

5. Penularan ajaran sesat dan songsang

6. Penghayatan para cendikiawan dan professional Melayu-Islam terhadap aliran pemikiran baru

7. Kegiatan para NGO Islam yang mengamalkan sikap yang tidak bersefahaman antara satu sama lain, yang juga disuara oleh  parti-parti politik

8. Lemahnya penguatkasaan undang-undang syarie di negeri-negeri

9. Tahap pemahaman [email protected] di kalangan pentadbir dan pengurus Agama Dan lain lain lagi…

Natijahnya umat Islam pun, pada titik akhirnya, perlu membuat pendirian sendiri-sendiri. Situasi sebeginilah yang dilihat perpaduan di kalangan umat Islam itu rapuh dan lemah.

Sebagai sebuah Negara yang ramai cerdik pandai Islam, usaha penubuhan Majlis Dakwah Islam, adalah suatu langkah yang baik. Satu perkara yang diperhatikan di sini ialah tiadanya tokoh ilmuan yang disenangi dan disanjungi, seperti Yusof Qardawi. Pun begitu, situasi dan scenario di Malaysia, memerlukan pada penggerudian yang lebih mendalam. Contohnya, mahkamah syarie membahagikan faraid ikut syarak, tetapi jika ada dalam faraid itu yang tidak di kira sebagai peranakan Kelantan, maka negeri akan menolaknya untuk dijadikan pemilik kepada tanah yang berkaitan. Apakah negeri membelakangi syarak? Atau hanya memenohi kemaslahatan sesebuah negeri?

Sungguh pun begitu, pemimpin Malaysia tidaklah membiarkan situasi ummah begitu saja tanpa ikhtiar yang real dan tangible. Barangkali selepas Merdeka 6 dekad yang lalu, pemimpin melihat Malaysia perlu dibangunkan dulu. Setelah pembangunan dicapai, dengan tidak meninggalkan nilai-nilai Islam, penekanan kepada ‘produk’ Islam pun ditingkatkan, ditambahbaik dan sebagainya.

Kini Malaysia sedang rancak menjalankan hab halal, bukan saja di Malaysia, bahkan ke seantero dunia. Begitu juga dalam bidang kewangan, perbankan, Sukuk, takaful… boleh dikatakan apa saja aktiviti ekonomi akan ditambahbaik dengan [email protected] Islam.

Inilah yang dimaksudkan oleh penulis sebagai  ‘rapatkan saf’. Ini berhasil dan sedang dipertingkatkan lagi kepada produk-produk kesihatan, pemakanan sunnah, KWSP patuh syariah. Bolehlah dikatakan apa saja yang ada, akan dijajarkan dengan Islam.

 Lagi pun Malaysia kini sedang giat memperkasakan Indeks Syariah Islam.

Apa yang berlaku kini ialah Islam dilandaskan pada konsep baru, yang disebut oleh PM, Datuk Seri Najib sebagai ‘Islam yang berfungsi’. Tidak ada faedahnya mempunyai pelbagai fahaman,  tetapi hanya membawa perselisihan dan polemik. Tiada faedahnya mempunyai banyak harakah NGO, tetapi  tidak boleh bersatu dalam menegakkan yang hak sebagaimana yang di tuntut dalam Islam.

Saya percaya, kita akan lihat umat Islam bersatu dari bawah, dari melaksanakan hal-hal remeh-remeh berbanding dengan usaha penubuhan pelbagai organisasi yang bunyinya hebat, tapi tidak menghasilkan sebarang yang real dan tangible.

Oleh  Mohd Khairi Wan Ali

No Comments

    Leave a reply