Pertempuran Mematikan Antara Rasulullah dengan Ubay bin Khalaf

Rasulullah memimpin secara langsung 27 peperangan yang terjadi pada masanya. Namun, hanya sembilan peperangan sahaja yang berakhir dengan pertempuran. Bakinya musuh menyerah secara damai. Perang Waddan (al-Abwa’) merupakan perang pertama yang diikuti Rasulullah. Perang ini terjadi pada bulan Safar tahun ke-2 Hijriyah. Sementara perang Tabuk (al-Usrah) yang berkecamuk pada bulan Rajab tahun ke-12 Hijriyah menjadi perang terakhir yang diikuti oleh Rasulullah.

 

Dipetik daripada buku Perang Muhammad: Kisah Perjuangan dan Pertempuran Rasulullah, ada tiga alasan yang menyebabkan Rasulullah berperang. Pertama, melayan serangan musuh untuk mempertahankan diri. Seperti dalam perang Badar, Uhud, dan Khandaq.

 

Kedua, menghukum mereka yang mengkhianati kerja sama atau perjanjian damai. Seperti perang Khaibar, Quraizhah, dan lainnya. Ketiga, menyerang sebelum diserang. Rasulullah juga melancarkan peperangan dengan musuh yang mengancam kaum Muslim seperti perang Tabuk. Walau bagaimanpun, Rasulullah tidak pernah menjadi pencetus peperangan dengan siapapun.

 

Diriwayatkan bahawa Rasulullah turut bertempur langsung dalam tujuh medan peperangan iaitu perang Badar, Uhud, Muraisi’, Khandaq, Quraizhah, Khaibar, Penaklukan Makkah (Fathu Makkah), Hunain, dan Thaif. Semua peperangan berjaya dimenangkan kaum Muslim, kecuali perang Uhud.

 

Pada perang Uhud, kaum Muslim yang awalnya hendak menang menjadi tewas sebab pasukan pemanah Muslim tidak mematuhi pesanan Rasulullah. Mereka meninggalkan kedudukan masing-masing sebelum perang benar-benar berakhir untuk mengambil ghanimah (harta rampasan perang).

 

Perang Uhud juga meninggalkan cerita yang menarik. Salah satunya adalah pertarungan mematikan antara Rasulullah dengan Ubay bin Khalaf. Merujuk buku Para Penentang Muhammad saw., pertarungan mematikan antara Rasulullah dengan Ubay bin Khalaf menjadi tidak terelakkan dalam perang Uhud. Dengan menunggang kuda, Ubay menghampiri Rasulullah untuk membunuhnya. Melihat kejadian itu, para sahabat yang ada di samping Rasulullah berupaya untuk menghalau Ubay bin Khalaf namun kemudian ditegah oleh Rasulullah.

 

Rasulullah yang sejak awal bersiap sedia langsung membaling tombaknya ke arah Ubay bin Khalaf yang semakin menghampiri baginda. Ubay jatuh dari kudanya setelah tombak balingan Rasulullah tepat mengenai tulang rusuknya. Setelah perang usai, Ubay bin Khalaf diangkat kerana tidak mampu berdiri setelah terkena tombak Rasulullah. Ubay bin Khalaf menjemput ajal di tengah perjalanan ketika pasukan Quraisy hendak membawanya kembali ke Makkah.

 

Ubay bin Khalaf merupakan salah satu ahli dari kumpulan Syu’bah al-Syak, sebuah komuniti elit Quraisy yang sangat membenci Rasulullah. Semua ahli kelompok Syu’bah al-Syak -Abu Jahal bin Hisyam, Utbah dan Syaibah bin Rabi’ah, Umayyah bin Khalaf- terbunuh dalam perang Uhud kecuali Ubay bin Khalaf.

Iya, Ubay dikenali sebagai seorang petarung yang hebat. Dia sentiasa selamat dari maut pada masa perang Badar, namun tidak pada masa perang Uhud. (nu.or.id)

 

No Comments

    Leave a reply