PH PLUS DARI ‘KAKISTOKRASI’ KE POLITIK COMOT

Kakistokrasi, tulis Syed Ahmad Israa’, Kakistokrasi: Korupsi Politik dan Pemikiran terbitan Kopi Press (2016) “sebuah pemerintahan di bawah pimpinan orang yang paling teruk dan tidak layak memimpin”. Anehnya, orang yang ‘tidak layak memimpin’ itulah yang menang PRU ke-14 dan akhirnya kerajaan yang dipimpin oleh mereka ‘tumbang sendiri’ setelah ‘akar dan daun pemerintahan rosak’.

Saya pernah menulis, ‘akar dan daun pemerintahan’ PH dirosakkan oleh sekumpulan anai-anai spesies coptotermes, yang beroperasi dari dalam tanah sedalam 10 meter. Spesies anai-anai itu sangat agresif dan kuat mempertahankan koloni; kuat bekerja membina laluan gelap sehingga daun yang segar kelihatan layu, kekuningan dan akhirnya pokok mati, mereput dan ‘tumbang ‘ sendiri bila ditiup angin. Bahagian tengah batang pokok bukan sahaja berlubang, bahkan turut hilang cengkaman atau kesatuannya.

PH tumbang bukan kerana diasak oleh musuh-musuh politik, terutama BN yang didakwa kleptokrasi. BN ditumbang kerana ia benar-benar diterjah oleh PH dengan ‘serangan fitnah’ dan apa sahaja imej yang boleh dilakarkan menurut fahaman masyarakat digital sebagai ‘post-truth’. Dan, ‘post-truth’ juga telah menyebabkan PH berantakan dan berpecah bakal menjadi puing-puing rumah yang reput, tinggal sisanya.

politik gila

Akibat fitnah dan propaganda berterusnya PH sejak ia diketuai oleh Dr Mahathir, kekuatan BN semakin sehari tergelincir daripada matlamat ‘membaiki kerosakan’ kerana rakyat tidak lagi rakyat percayakan ‘keajaiban sentuhan bekas Perdana Menteri ke-4’ untuk membaikinya. Berbangga dengan perolehan sokongan 49.54 peratus yang mengundi dalam PRU ke-14, PH melupakan bahawa pengundi BN (32 peratus) dan PAS sekitar 16 peratus boleh bangkit sebagai kekuatan yang mencabar. Jika undi PAS dan BN digabungkan, marginnya adalah sekitar 1.54 peratus (39,128 undi). Dari perspektif undi popular, PH tidaklah begitu kuat, ia dilihat ‘tersangat mudah goyah’.PH mempunyai ruang untuk membaikinya, kerana PH adalah gabungan politik yang memerintah, tetapi peluang itu dipersia-siakan.

Sejak hari pertama, PH tidak mengekalkan ‘harapan rakyat’ untuk ‘membaiki kerosakan’. PH membentuk imej politik yang tersendiri sehingga dari awal lagi telah dikatakan bakal menemui kegagalan. Kabinet lengkap (28 kementerian) diumumkan pada 2 Julai 2018, iaitu  terdiri daripada  7 PKR, 6 DAP, 6 PPBM, 5 PAN, 3 Warisan dan 1 Parti Kemajuan Malaysia. Kabinet itu kemudiannya bercakaran sesama sendiri dan menteri-menteri yang dilantik tidak berusaha memahami tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan.

ANWAR (2)

Antara menteri dan timbalan menteri sentiasa berlaku percanggahan. Antara menteri dengan menteri, tidak memperlihatkan kesatuan pendirian dan keharmonian tindakan. Akhirnya, enam bulan pertama berlalu dengan kontroversi dan percanggahan. 100 hari pertama diraikan dengan kecewa dan rasa meluat oleh rakyat, kerana PH memberikan natijah, janji bukan ‘kitab suci’ dan mengakui PH membuat silap ketika membukukannya menjadi Buku Harapan. Kesilapan kerana tidak mempunyai ‘gambaran yang lengkap’ dan ‘tidak menjangka kerosakan yang ditinggalkan begitu parah’ maka didoktrinkan dengan kenyataan ‘malaikat pun membuat silap’. Lebih mengecewakan, bila seorang menteri menyambung doktrin itu kepada “nabi pun berbohong’.

Selepas enam bulan kedua atau memasuki tahun 2019, PH semakin hilang arah dan falsafah kesatuan gabungan. Sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir mula menterjemahkan kuasanya yang perlu dihormati. Perdana Menteri tidak perlu mendapat persetujuan daripada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melantik sesiapa sahaja yang boleh membantu meneruskan agenda untuk ‘memenjarakan Najib dan membunuh UMNO’ secara tidak langsung.

Beliau melantik Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya SPRM daripada mereka yang sudah pun bersara; menggantikan Peguam Negara daripada peguam swasta dan merupakan peguam kepada DAP serta Lim Guan Eng; dan seterusnya menjadikan Jawatankuasa Pelantikan Penjawat Awam (PAC) tidak ada kuasa kerana ‘ia melambatkan’ dan ‘belum diberikan kuasa undang-undang’.

politik gila 1

Dr Mahathir juga dilihat sedikit terdesak. Kedudukan PPBM dalam gabungan PH adalah kedua terendah dan paling teruk pencapaiannya. Bertanding di 52 kawasan Parlimen, mampu menang hanya 13 kerusi. PAN bertanding di 27 kerusi, meraih kemenangan 11 kawasan. Dari perspektif itu, PPBM merupakan parti yang paling kecil pengaruhnya dalam PH. Itupun, kemenangan PPPBM adalah ‘menumpang pengaruh PH dan DAP’, bukannya atas kapasiti ‘kekuatan PPBM’ secara individu. Diramalkan, jika PPBM bertanding menggunakan logo sendiri, ia hanya mampu menang di empat atau enam kerusi Parlimen, yang diwakili oleh nama-nama besarnya sahaja (Mahathir (Langkawi), Muhyiddin (Pagoh), Mukhriz (Jerlun), Amirudin (Kubang Pasu)). Nama-nama lain- Mazlee Malik, Rina Harun, Syed Saddiq, Redzuan Yusof dan Marzuki Yahya tidak dikenali oleh pengundi.

umno

Khairudin Abu Hassan dijangka

akan tewas kerana imejnya yang penuh kontroversi: membuat laporan kepada DoJ terhadap skandal 1MDB untuk menjatuhkan Najib,  menjadi penerbit buku 50 Dalil Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri,  saman RM 500 juta terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dakwaan Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai (1994 dan 1997), dan  menguruskan saksi-saksi terhadap dakwaan kes semburit Anwar tahun 1998. Bagaimanapun, Khairudin tewas di Jasin dan sekali lagi tewas apabila mahkamah memutuskan keputusan PRU ke-14 bagi Parlimen Jasin kekal milik BN.

Pelantikan DAP menyertai kabinet Malaysia Baru menerima kritikan daripada masyarakat umum atas sebab, memberikan kedudukan dan kesan buruk kepada agenda Bumiputra dan orang Melayu. Ini kerana, DAP mendapat peranan besar dalam menentukan  ekonomi negara apabila Lim Guan Eng adalah Menteri Kewangan. Lain-lainnya ialah M Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia; Anthony Loke, Menteri Pengangkutan; Gobinh Sing Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang dikaitkan dengan keperluan pendigitalan dan perniagaan berasaskan internet of thing (IoT); Yeo Beng Yin, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar; dan Teresa Kok, Menteri Perusahaan Utama.

politik gila 2

Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Ia dianggap sebagai pelantikan paling kelakar dalam sejarah politik Malaysia kerana Mohamad Sabu dilihat bukanlah seorang yang serius dalam menekuni tanggungjawab. Beliau adalah ‘badut politik’ dan setiap ceramahnya dianggap sebagai ‘ucapan menghibur’ dan ‘tidak boleh pakai’. Masyarakat menerima pelantikan itu dengan pelbagai sindiran, termasuklah menggambarkan bagaimana beliau terpaksa belajar ‘menembak’, ‘berlatih dengan kereta kebal’, dan seterusnya perlu menukarkan imej selekehnya.

BN-pas-PH

Cukup menarik ialah apabila ada laporan Mohamad Sabu enggan berpindah daripada rumah teres dua tingkat ke rumah yang lebih besar dan melupakan kereta kesayangannya, Perodua Kancil. Namun, semuanya dilalui oleh Mohamad Sabu dengan ‘rasa aneh’ dan akhirnya, mencari seorang perunding imej untuk membentuk imejnya yang baharu. Ketika PH ‘terlucut kuasa’ tersiar gambar Mohamad Sabu berkain pelikat duduk di sofa di rumah merenung dan berfikir apakah yang akan berlaku selepas kehilangan jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Selepas semuanya selesai –Anwar mendapat pengampunan dan kabinet Malaysia Baru- situasi politik negara di bawah PH bergelut dengan ‘proses peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar’. Janji awal, dikatakan Dr Mahathir hanya akan memegang jawatan PM ke-7 untuk tempoh enam bulan, maka janji itu dituntut oleh pendokong-pendokong Anwar. Anwar kemudiannya cuba meredakan pergeseran itu dengan berkata, dirinya tidak terdesak dan boleh bersabar menunggu, terpulang kepada Dr Mahathir bila ‘masa yang sesuai’ dan tidak mahu proses peralihan kuasa berlaku dalam keadaan ‘tidak harmoni’.

politik gila 3

Tahun 2019 ia menjadi semakin kritikal walaupun Anwar dilihat bersandiwara ‘tidak menekan Dr Mahathir’. Sebelumnya, Datuk Abdullah Sani (Kapar), pada 15 Ogos 2018 menyatakan bahawa ada gerakan untuk menghalang proses peralihan kuasa: bukti menghalang ‘peralihan kuasa’ itu ada, iaitu ‘chemistry’ antara Mahathir-Anwar dan pada tubuh dua orang yang mahukan bukti itu (Daim dan Azmin). (https://sarawakvoice.com/2018/08/15/bukti-halang-anwar-jadi-pm-ada-pada-tubuh-mahathir-sendiri-abdullah-sani/)

Berikut ialah desakan pemimpin DAP agar Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar: (1) Ng Wei Aik, “It’s time for Dr Mahathir to go!!!(It’s time for Mahathir to resign)!!!; (2) Charles Santiago, “Time for some leaders to take a break.”; (3) Hew Kuan Yaw, “The old horse needs to hand the stick to Anwar as soon as possible”; (4) David Marshall, “Who’s want to take responsibility for PH’s worst defeat? Should have resigned! Principles matter! 8 th  PM indispensable in saving PH fight all the time!!!; (5)  Ronnie Liu Thian Kew, “ A smooth handover is needed to regain the trust and confidence of people. The people has spoken loud and clear. Just do it!”; (6) Ganabitarau Veraman, “It’s time to revamp the whole PH government to avoid further damages. It’s time to welcome our new PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim.”; dan (7) Dr P Ramasamy, “ Independent what Mahathir thinks or acts, the succession issue must be settled and date be specified for Anwar take over.” .

image (1)

Dalam kalangan pemimpin PKR, suara-suara marahkan Dr Mahathir boleh kedengaran menerusi komen dan pandangan: (1) Dr Syed Hussin Ali, “ Tun Dr Mahathir should know what he should do immediately. Don’t push  is anymore!!; (2) Kim Quek, “There is only one way to save Hope from current plunge to the abyss now. Get Anwar to take over from Mahathir immediately”; (3) Wong Chen, “As in all organizations, the CEO is mostly responsible. So the big chunk of the blame has to still land on Mahathir lap’; (4) Hasan Abul Karim, “Dr Mahathir should emulate David Cameron, who was resigned as UK Prime Minister in 2016, for failing to prevent the United Kingdom leaving the European Union (EU)’; dan (5) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, “Dr Mahathir should take the blame. Have to push for Dr Mahathir removal..”.

Pemimpin PAN turut memperkatakan perkara yang sama: (1) Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, “The leaderships of the country needs to be overhauled immediately and the transition of power be exercised immediately’; dan (2) Che Ibrahim Mohamad, “PM’s transition from Tun Mahathir to Dato Seri Anwar Ibrahim needs to hastened’. (https://www.amenoworld.org/2019/11/koleksi-kenyataan-pimpinan-ph-desak-tun.html)

Gambaran itu membuktikan bahawa PH tidak mempunyai inisiatif yang sama dan kedudukan Dr Mahathir tergugat. Ia menjadi bertambah rumit dan mendesak selepas PPBM tewas di PRK Tg Piai (16 November 2019). Dr Mahathir semakin didesak agar menyegerakan peralihan kuasa kerana ‘kemaraan kembali BN’ yang dapat mengalahkan calon PH dengan jumlah majoriti yang lebih tinggi (15,086) daripada jumlah undi yang diterima oleh Haji Karmaine Sardini (10,380).

Akibatnya, pada penghujung 2019, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Otai Reformasi membuat ketetapan bahawa Dr Mahathir wajib menyerahkan kuasa pada atau sebelum 10 Mei 2020, iaitu hanya boleh memegang jawatan Perdana Menteri ke-7 selama dua tahun. Mereka bersedia turun ke jalan raya jika peralihan kuasa tidak berlaku pada tarikh tersebut.(Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/511872). Anwar cuba mententeramkan keadaan, Otai Reformasi agar menghormati persetujuan yang sudah dicapai, di mana peralihan kuasa akan berlaku selepas tamatnya Persidangan APEX yang akan berlangsung pada bulan November 2020. Ini bermakna, proses peralihan kuasa mungkin terjadi pada akhir 2020 atau awal 2021.

muhyiddin-yassin-talk-bernama-1-os

Dr Mahathir bukan sahaja kecewa, bahkan bertambah resah apabila turut didesak untuk menyusun semula kabinetnya setelah beberapa petunjuk jelas membuktikan kegagalan. Hasil pungutan pendapat awam, kebanyakan menteri kabinet dari DAP memperoleh skor ‘cemerlang’ sedangkan menteri-menteri dari PPBM menduduki skor terendah sehingga 10 peratus daripada skor penuh (100 peratus). Pungutan pendapat awam itu dilakukan oleh Malaysiakini, yang kemudiannya dikaitkan dengan agenda besar DAP. (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/505434)

Sebelumnya, beberapa petisyen secara dalam talian telah dibuat oleh pihak tertentu bagi menyingkirkan Waythaya Moorthy, M Kulasegaran, Mazlee Malik, Lim Guan Eng, Mujahid Yusuf Rawa dan juga mendesak agar Dr Mahathir berundur. Kesemua desakan dan petiseyen itu sedikit sebanyak mendedahkan bahawa kepimpinan PH sudah gagal. Selepas keadaan itu tidak diendahkan oleh Dr Mahathir, muncul pula desakan agar Dr Mahathir ‘membubarkan Dewan Rakyat’ atas alasan, rakyat sudah menyesal kerana mengundi PH dan PH semakin bercelaru, tidak bertanggungjawab, menipu rakyat dan mengkhianati ‘mandat rakyat’.

Belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, desakan agar semua menteri-menteri dipecat atau meletakkan jawatan secara berjemaah. Keadaan itu tidak berlaku selepas PRU ke-12 (2008), ketika memontum pakatan rakyat dikatakan ‘ada kekuatan’ untuk memaksa ‘setiap bulan sekurang-kurang satu PRK’. Ia hanya menjadi sesuatu yang menakutkan pada peringkat permulaan sahaja, selepas Anwar gagal dengan Langkah ke Putrajaya pada 16 September 2008, agitasi politik tidak lagi menggerunkan. Rakyat mula mahukan persoalan politik ditamatkan segera, dan sudah bosan mendengar percaturan dan permainan politik Pakatan Rakyat, yang akhirnya, tumbang di Perak pada bulan Februari 2009.

politik gila 5

Bulan Februari 2020 turut menyaksikan peristiwa yang sama apabila PH runtuh dengan sendirinya. PH runtuh selepas Dr Mahathir menghantar peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 tanpa berbincang dengan sesiapa pun, termasuk ‘calon penggantinya”, Anwar Ibrahim. Dr Mahathir membuat keputusan secara bersendirian, maka secara asasnya, rakyat sudah memahami tindakan itu sebagai satu petunjuk yang jelas, Dr Mahathir tetap berprinsip, seseorang yang layak menggantikannya ialah mereka yang tidak ada ‘masalah moral’.

Sesuatu yang wajar difahami oleh setiap mereka yang mahukan Anwar diterima sebagai calon Perdana Menteri. Mungkin itulah prinsip yang diperjuangkan oleh Dr Mahathir sehingga beliau berjaya memperoleh sokongan daripada DAP, PAN dan Warisan sehingga ‘menipiskan’ peluang Anwar ketika ini.

Anwar dan penyokongnya menjadi sedikit tersinggung dengan keputusan tersebut. Penyokong-penyokong sudah mula bersuara, PKR boleh melakukan dan tidak terikat dengan keputusan PH. PKR ada kekuatannya sendiri dan bersedia berjuang secara bersendirian. Ia sudah memberikan satu gambaran jelas, PKR tidak akan menerima apa pun cadangan selagi tidak mengangkat Anwar sebagai pembawa obor ‘merampas semula kuasa’. PKR lebih bersedia untuk memperkemaskan perancangan menghadapi PRU ke-15 daripada tuntutan ‘merampas kuasa’.

Ia sesuatu yang mudah dibaca, PKR sebenarnya lebih berhajat untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Asasnya itu turut membuka semula ‘sejarah kemarahan’ dan tujuan PKR ditubuhkan ialah untuk ‘menentang Dr Mahathir’. PKR dilihat belum mencapai tujuan asalnya, kerana Mahathir masih diberikan ruang mencaturkan lanskap politik negara. Mereka mahukan Mahathir ‘berdiam’ dan ‘tidak lagi disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri ke-9’. Tindakan dan keputusan Dr Mahathir sudah cukup menghuru-hara dan mencelarukan pemikiran rakyat. Mereka yakin, Anwar mampu laksanakan misi dan hasrat PKR. Mereka akan melupakan Dr Mahathir, dan mengandaikan Dr Mahathir sebenarnya lebih memerlukan Anwar. Anwar tidak perlukan Dr Mahathir.

WaythaSenator 170718

Bibit-bibit ‘konflik’ itu akan menyebabkan PH Plus bakal ‘kehilangan PKR’ untuk berhadapan dengan PRU ke-15. Jika PRU ke-15 berlaku dalam tempoh sekarang, peluang PH Plus menang adalah tersangat tipis, walaupun ada penganalisis meramalkan ia boleh berlaku keadaan ‘tergantung’. Ia berasaskan perkiraan, PN boleh menguasai politik, tetapi kemenangannya tidak mampu membentuk kerajaan. Antara faktor yang mungkin dapat dikaitkan ialah pembahagian kerusi antara BN, PAS, PPBM dan kelompok Azmin di Semenanjung. Ia mungkin mudah dicaturkan di Sabah dan Sarawak, kerana PPBM (pro Muhyiddin), PAS dan UMNO tidak begitu berpengaruh.

Untuk beberapa minggu ini, rakyat akan terus menyaksikan ‘politik comot’ yang berlegar antara perebutan kuasa Anwar-Mahathir dan masing-masing puak akan mempertahankan pendirian kelebihan dan potensi yang mereka bayangkan. Anwar akan terus berusaha ‘memperlekehkan Dr Mahathir’ manakala pendokong Dr Mahathir akan menyatakan ‘kekuatan’ di pihaknya. Dan, dari situlah akan terbukalah pelbagai ‘rahsia’ dan ‘percaturan’ yang lebih besar, sehingga terlupa strategi menjadi semakin keruh. Dalam kekeruhan itulah akhirnya rakyat dapat kenal ‘riak ikan di air’ siapakah yang lebih terdesak dan gila kuasa.

Ada cerita; politik comot dan siapakah yang meranduk wajah politikus kakistokrasi?

MONOSIN SOBRI

Editor's choice

No Comments

    Leave a reply