PROVOKASI PENCETUS PERPECAHAN

Georgetown – Kenakan hukuman yang berat terhadap Namawee, demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau melahirkan rasa kesalnya berhubung tindakan lelaki berkenaan yang dilihat menari di dalam masjid serta melakukan pelbagai adegan yang didakwa menghina umat Islam.

“Perbuatan ini merupakan satu tindakan provokasi yang merbahaya kerana boleh membawa kepada ketegangan dalam hubungan antara kaum dan penganut pelbagai agama.

“Hukuman yang keras terhadap Namewee perlu dilakukan jika didapati benar beliau melakukan perbuatan tersebut, ia adalah sebagai pengajaran kepada beliau di samping menjadi peringatan kepada sesiapa sahaja supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Petikan akhbar Sinar pada 10 Ogos 2016

No Comments

    Leave a reply