PUM UCAP TAHNIAH KEPADA PERLANTIKAN AHLI KABINET BARU KERAJAAN MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
2 JULAI 2018

PUM UCAP TAHNIAH KEPADA PERLANTIKAN AHLI KABINET BARU KERAJAAN MALAYSIA

1. PUM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan penuh ahli kabinet Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-7, Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. PUM menyeru supaya agenda berkaitan agama Islam di dalam negara dapat diperkasa di samping reform yang ingin dilaksanakan.

3. PUM mengharapkan supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai rujukan perundangan tertinggi negara, khususnya berhubung kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

4. Dalam masa yang sama PUM bersetuju supaya pihak kerajaan memperkasakan institusi Islam, para ulama’, para ilmuwan dan cerdik pandai yang boleh berperanan memberikan nasihat yang berguna kepada pemerintah khususnya dan masyarakat awam umumnya yang boleh bertindak sebagai entiti semak imbang kepada kepimpinan negara.

5. Semoga kepimpinan negara dapat menjalankan amanah dengan baik dalam tempoh mandat yang diberikan oleh rakyat untuk kebaikan rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Dato’ al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir
Yang Dipertua,
Persatuan Ulama Malaysia.

No Comments

    Leave a reply