Putra Mahkota Saudi Kuasai Gergasi Media Arab

Pangeran Mahkota Saudi Mohammed bin Salman sepenuhnya menguasai gergasi media MBC dan saluran berita al-Arabiya. Sebuah surat kabar harian Arab al-Quds mengungkapkan pada hari Rabu al-Arabi melaporkan bahawa MBC dan al-Arabiya sekarang dikelola oleh Turki al-Dakhil, seorang wartawan proksi Mohammed bin Salman, dan wakilnya Nasser bin Hizzam.

 

Harian tersebut menambahkan bahawa wujud kebimbangan wartawan asing yang bekerja untuk MBC akan dipecat dan diganti dengan warga negara Saudi.

 

Al-Quds al-Arabi melaporkan bahawa Walid al-Ibrahim, pemilik MBC, telah sepenuhnya memberikan MBC dan hartanah lainnya kepada pegawai elit Saudi dengan membebaskannya dalam jel susulan penahanan di hotel Ritz-Carlton di Riyadh bersama dengan pangeran Saudi lainnya.

 

Puluhan pegawai elit kerajaan, tokoh korporat dan bangsawan ditangkap oleh pemerintah Saudi pada bulan November dengan dakwaan rasuah.

 

Beberapa pemerhati melihat penangkapan tokoh-tokoh berprofail tinggi sebagai usaha Bin Salman, yang juga menteri pertahanan Saudi, untuk mengukuhkan kekuasaannya menuju tahta.

 

Sumber media mendedahkan pada bulan November bahawa pangeran Saudi dan jutawan Alwaleed bin Talal juga ditangkap, digantung secara terbalik dan disiksa oleh kontraktor keselamatam swasta Amerika, Balckwater.

www.arrahmahnews.com

No Comments

    Leave a reply