Qatar Permalukan Saudi Lagi

Qatar telah memperoleh kemenangan lagi dalam perjuangannya menentang sekatan oleh empat negara pimpinan Arab Saudi, atas sebuah pernyataan palsu yang dikaitkan dengan Emir negara tersebut, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, setelah peristiwa penggodaman terhadap Qatar News Agency (QNA) pada 24 Mei tahun lepas.

 

Perkara ini berlaku ekoran keputusan saluran berita Saudi, Al Arabiya, bagi memberi izin kepada pihak berkuasa penyiaran Britain Ofcom dengan segera setelah terbabit dalam kejahatan hacking QNA terdedah. Dalam dokumen itu disebutkan bahawa terdapat percubaan jahat dari negara-negara yang membuat sekatan untuk menodai imej Qatar.

 

 

Penyebaran berita palsu melalui beberapa media yang dimiliki oleh negara-negara berkenaan adalah sebagai sebuah persekongkolan menentang Qatar bagi menjustifkasi sekatan mereka.

 

Pada masa ini QNA telah melantik peguam Carter-Ruck yang berpangkalan di London untuk menyaman secara rasmi kepada Ofcom terhadap Al Arabiya dan Sky News Arabia yang berada di UEA kerana melanggar kod etik dan bias dalam sumber berita.

 

 

Menurut pengaduan tersebut, kedua saluran itu tidak sesuai dengan Kod Penyiaran Ofcom, termasuk dalam pemberitaan yang tepat dan bebas. Berdasarkan aduan, pihak berkuasa penyiaran telah mengumumkan bahawa mereka mengambil tindakan untuk menangani masalah ini.

 

 

Untuk menghindari siasatan oleh Ofcom, yang mengakibatkan hukuman denda , Al Arabiya terpaksa meniadakan siarannya di British atau tempat lain di Uni Eropah.

 

Ini adalah kedua kalinya saluran milik Saudi dikecam oleh pihak berkuasa penyiaran media Britain. Pada bulan Januari Al Arabiya didenda 120.000 Pounds ( 171.000 dolar) oleh Ofcom kerana menyiarkan ‘pengakuan’ oleh pemimpinpembangkang Bahrain yang ditawan, Hassan Mushaima, tanpa menjelaskan kenyataan bahawa ia telah disiksa.

 

Sejak awal sekatan, saluran rasmi negara-negara pimpinan Saudi telah banyak menayangkan berita palsu dalam kempen menentang Qatar. Mereka bahkan menggunakan platform sosial media seperti Twitter untuk menyalurkan propaganda mereka. Namun trens media sosial sejauh ini gagal kerana pengguna dari Qatar segera mengungkapkan kebenaran tentang apa yang terjadi di medan lapangan.

(arrahmahnews.com).

No Comments

    Leave a reply