Rabithah Al-‘Alam Al-Islami Menganjurkan Persidangan di New York

Sebuah persidangan untuk membincangkan keganasan keagamaan dan intelektual dianjurkan oleh Rabithah  Al-‘Alam Al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di New York Amerika Syarikat bermula pada Sabtu (16/09/2017).

Perwakilan pertubuhan-pertubuhan Islam, serta peserta daripada kalangan ilmuwan, intelektual dan tokoh politik dari seluruh dunia telah dijemput untuk menghadiri persidangan antarabangsa selama dua hari itu.

Demikian pernyataan yang dikeluarkan Rabithah  Al-‘Alam Al-Islami pada hari Jumat yang dikeluarkan oleh agensi rasmi Saudi Press Agency (SPA) seperti dipetik dalam Arab News.

Isu-isu penting lain yang turut diperbahaskan dalam persidangan itu di antaranya adalah sumbangan budaya dunia Islam, peranan Islam bagi mempromosi dan memelopori perdamaian dunia, persatuan dan kesatuan umat Muslim di AS, serta hubungan antara AS dan dunia Islam.

 

Dipetik dalam hidayatullah.com

No Comments

    Leave a reply