Rahsian Senyum Nabi SAW

Ketika Anda membuka lembaran sirah kehidupan Nabi Muhammad saw., Anda tidak akan pernah berhenti berdecak kagum melihat kemuliaan dan kebesaran pribadi baginda Nabi Saw.

Nabi Muhammad Saw adalah manusia yang paling banyak tersenyum…

Beliau Saw telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman.

Beliau Saw mampu “menyihir” hati dengan senyuman.

Beliau Saw menumbuhkan harapan dengan senyuman.

Beliau Saw mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman.

Beliau Saw mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.

Beliau Saw menjadikan senyuman sebagai ladang berlumba-lumba dalam kebaikan.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata,

“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”

Suatu ketika Nabi Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badui, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik jubah Nabi Muhammad saw., sehingga leher Nabi Saw memerah. Orang Badui itu bersuara lantang,

“Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal!

Nabi Muhammad saw. menoleh kepadanya seraya tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”

Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih tersenyum mendengarkan alasan mereka.

Ka’ab ra. berkata setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka:

“Saya mendatangi Muhammad saw., ketika saya mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum, senyuman orang yang marah. Kemudian Nabi Saw berkata,

“Kemari. Maka saya menghampiri dan duduk di depan baginda.” }.

Suatu ketika Nabi Muhammad saw. melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, baginda  berjalan dan tersenyum kepada mereka. Baginda Saw tersenyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai akhir detik-detik hayat baginda.
Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim,

“Ketika kaum muslimin berada dalam shalat fajar, di hari Senin, sedangkan Abu Bakar menjadi imam mereka, ketika itu mereka dikejutkan oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bilik Aisyah. Nabi Saw melihat kaum muslimin sedang dalam shaf shalat, kemudian baginda tersenyum kepada mereka!”

Sehingga tidak menghairankan baginda Saw mampu meluluhkan kalbu sahabat-sahabatnya, istri-istrinya dan setiap orang yang berjumpa dengannya.

“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” }.At Tirmidzi dalam sahihnya.

Meskipun sudah sangat jelas petunjuk Nabi Saw dan amalan baginda Saw ini, namun masih banyak kita melihat sebahagian manusia masih berlaku keras terhadap anggota keluarganya, tehadap rumah tangganya dengan tidak menebar senyuman dari bibirnya dan dari ketulusan hatinya.

www.Sarkub.com

No Comments

    Leave a reply