Raja Saudi Pecat Ketua Tentera

RAJA Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan memecat komander tertinggi tenteranya, termasuk ketua kakitangan semalam.

Pemimpin pertahanan darat dan udara turut digantikan.

Satu siri perlantikan politik juga diumumkan termasuk pelantikan seorang menteri wanita bagi memegang jawatan timbalan menteri buruh dan pembangunan sosial.

Berita yang disiarkan oleh Saudi Press Agency (SPA) itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga menteri pertahanan dipercayai bertanggungjawab terhadap perubahan tersebut.

Tahun lalu, puluhan tokoh terkemuka Arab Saudi, termasuk putera, menteri dan jutawan, dikurung di hotel lima bintang Ritz-Carlton di Riyadh dalam usaha putera mahkota itu menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. – BBC

No Comments

    Leave a reply