Rakusnya Umat Nabi Isa

Suatu hari Nabi Isa berjalan dengan seorang sahabatnya yang baru beliau berkenalan. Keduanya menelusuri tepi sungai dan membawa tiga helai roti. Untuk Nabi Isa sehelai roti, sehelai lagi untuk sahabat barunya sedangkan tersisa sehelai yang lain.

Setelah makan, Nabi Isa pergi ke sungai untuk minum. Balik daripada sungai, Nabi Isa mendapati roti yang sehelai lagi sudah tidak ada. Ketika beliau bertanya kepada sahabatnya, sang sahabat mengaku tidak tahu. Keduanya pun kembali melanjutkan perjalanan.

Ketika tiba di sebuah hutan, keduanya duduk untuk beristirehat. Nabi Isa mengambil tanah dan kerikil, kemudian beliau berkata: “Jadilah emas dengan izin Allah.” Tiba-tiba kerikil itu pun berubah menjadi emas. Kemudian Nabi Isa membahagi emas tersebut menjadi tiga bahagian. “Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti.”

Serta merta sahabat itu menjawab, “Akulah yang mengambil roti itu.” Nabi Isa kemudian berkata, “Ambillah dua bahagian ini untukmu.” Dan keduanya pun berpisah.

Dalam perjalanan, sahabat nabi Isa dihadang oleh dua orang perompak yang ingin membunuhnya. Sahabat Nabi Isa menawarkan, untuk berkongsi emas yang dibawanya menjadi tiga asalkan ia tidak dibunuh. Kedua perompak itupun bersetuju.

Salah seorang perompak menyuruh rakannya pergi ke pasar untuk berbelanja makanan. Ketika sampai di pasar, orang yang berbelanja itu berfikir untuk tidak berkongsi emas itu menjadi tiga bahagian. Ia pun menaburkan racun ke dalam makanan agar temannya dan nabi Isa mati dan ia pun dapat memiliki seluruh emas tersebut.

Tinggallah sahabat nabi Isa bersama seorang perompak di hutan itu. Namun perompak yang tinggal itu ternyata berfikiran sama seperti rakan yang sedang pergi ke pasar. Ia bersekongkol dengan sahabat Nabi Isa untuk membahagi emas itu berdua saja dan membunuh rakannya yang berbelanja makanan jika ia datang.
Ketika orang yang berbelanja itu datang, ia pun dibunuh, dan hartanya dibahagi menjadi dua. Kerana merasa lapar keduanya pun menyantap makanan yang telah diberi racun itu hingga mereka mati.

Ketika Nabi Isa berjalan melalui hutan tersebut, beliau menemukan emas di samping tiga mayat yang terbujur kaku. Beliau kemudian berkata “Inilah contoh dunia, maka berhati-hatilah kamu kepadanya.”

(nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply