Rakyat Turki Raikan Maulid Nabi Di Seluruh Negeri

Media Turki, Anadolu Agency melaporkan bahawa masyarakat Turki meraikan Maulud Nabi Muhammad SAW, hari yang dikenali dengan suasana penuh kekhusukan, pada Rabu malam (29/11).

Muslim di seluruh pelosok negara berpusu-pusu pergi ke masjid untuk menegaskan kembali kecintaan mereka kepada Islam dan Nabi Muhammad dengan membaca syair yang dipersembahkan kepada Nabi dalam perayaan Maulud Nabi tersebut.

Laporan Anadolu juga menyatakan bahawa program keagamaan akan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri di Turki. Pada malam suci ini umat Islam melakukan solat dan membaca Al Quran di masjid-masjid selain berdoa dan mendengarkan puji-pujian serta riwayat tentang kelahiran Nabi.

Maulid Nabi menjadi hari cuti pelepasan am di negara-negara berpenduduk majoriti Muslim, termasuklah Pakistan, Indonesia, Malaysia, Bangladesh dan beberapa negeri di India.

arrahmahnews.com

No Comments

    Leave a reply