RAMPASAN KUASA DI TURKI GAGAL

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah terbang pulang ke Istanbul selepas sekumpulan tentera dikatakan telah merampas kuasa di negara tersebut.

Semasa membuat ucapan secara langsung ketika tiba di Istanbul, beliau dilihat dikerumuni oleh rakyat yang menyokongnya dengan mengatakan cubaan rampasan kuasa itu adalah tindakan pengkhianatan dan pihak tentera  perlu “dibersihkan”.

Pihak berkuasa melaporkan kira-kira 90 orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku semalaman, kebanyakannya rakyat biasa manakala hampir 800 anggota tentera ditangkap.

Perdana Menteri, Binali Yildrim berkata situasi secara keseluruhannya masih terkawal dan beliau telah memerintahkan pihak tentera untuk menembak jatuh jet-jet pejuang yang digunakan untuk tujuan rampasan kuasa tersebut.

Terdahulu, sebuah helikopter yang digunakan untuk rampasan kuasa tersebut telah ditembak jatuh berhampiran dengan ibu negara Ankara.

Sumber: BBC News.

#TANWIR- Anti Kudeta

 

No Comments

    Leave a reply