Rasulullah ﷺ tegur dengan tegas ketika sahabat pakai lambang salib

ADIY bin Hatim salah seorang sahabat yang hidup dalam kalangan para sahabat yang mulia di bawah bimbingan langsung Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ nampak lambang salib yang ada pada Adiy, lalu baginda tegur dengan ucapan yang tegas dan keras.

Ini kerana perubahan paling penting dan paling utama setelah seseorang masuk Islam ialah melepaskan diri daripada segala sumber agama lain dan hanya memusatkan tumpuan pada sumber Islam semata-mata.

Tujuannya ialah supaya kefahaman Islam yang diterima itu jernih daripada sumber asli.

Sesungguhnya kesyirikan, keberhalaan, kesesatan yang menjadi ciri agama selain Islam itu jelas nyata terpampang depan mata. Tidak perlu diperkenalkan lagi.

Manakala perjalanan untuk memahami al-Quran dan Sunnah, yang tersurat dan tersirat, hukum dan hikmah, perlukan masa dan kesungguhan, lebih-lebih lagi di zaman kecelaruan pemikiran liberal, sekular dan plural agama. Inilah kesesatan yang perlu diperkenalkan dan dijadikan silibus, agar pemeluk agama Islam tidak dikelirukan.

Peliknya pada hari ini, usaha bersungguh-sungguh bawa muslim ke gereja dan rumah syirik agama lain, tetapi kecelaruan pemikiran liberal, sekular dan plural agama tidak dihebahkan dalam media arus perdana, sedangkan kuasa sudah di tangan.

Apabila diusik sedikit sudah melenting. Jelas sekali perangai begini semuanya berpunca daripada pergantungan kuasa pada undi bukan Islam. Dengan orang Islam begitu sensitif, dengan bukan Islam dihina agama Islam ini pun tidak mengapa.

Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
Ahli Majlis Syura Isma

No Comments

    Leave a reply