RUANG DIALOG DENGAN KESANTUNAN BERBAHASA

Dalam kontek kehidupan berpolitik, ekonomi, sosial kita lihat  para masyarakat Islam telah kehilangan arah dan panduan. Mereka, bercakaran sesama sendiri, intitusi keluarga kucar kacir, memutuskan silaturahim, hidup diselubungi dengan rasuah, mengutamakan kepentingan diri, keluarga serta dan gilakan kuasa. Ingin mencontohi perilaku kehidupan Rasulullah SAW atau melafazkan puji-pujian keatas junjungan Rasullullah SAW hanyalah sekadar “bertanam tebu di bibir mulut”, hakikatnya, “cakap tidak serupa bikin” menjadi etos politik harian.

Dalam hal berpolitik ini kita seharus mencontohi bagaimana Rasulullah SAW menjalin hubungan politik yang harmonis dengan masyarakat luar, lebih-lebih lagi dengan masyarakat senegara dan setanah air. Baginda tidak pernah melemparkan tuduhan jahil, kafir dan sebagainya kepada lawan-lawan politik baginda, kecuali jika orang itu memang jahil dan kafir.  Politik adalah politik, politik yang khalis(murni) adalah politik yang tidak membabitkan akidah dan kepercayaan. Mengikuti atau menentang sesuatu parti politik tidak akan menyebabkan seseorang menjadi murtad, jahil atau keluar dari Islam.

Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang laki-laki,ya Rasulullah,apakah agama itu?Rasulullah bersabda,”Akhlak yang baik”.Kemudian ia mendekati nabi dari sebelah kanannya dan bertanya.Ya Rasulullah,apakah agama itu?”Jawab nabi,”akhlak yang baik”Kemudian ia mendekati nabi dari sebelah kiri pula dan bertanya,”apakah agama itu?”Dia bersabda.”akhlak yang baik”Kemudian ia datang pula dari belakang dan bertanya,”apakah agama itu”?Rasulullah menoleh kepadanya dan bersabda’”belum juga kau mengerti?Agama itu akhlak yang baik.Sebagai misalan,jangan engkau marah”Sesungguhnya agama mengarahkan kita kepada nilai-nilai luhur iaitu bagaimana hubungan kita dengan sesama manusia.Bukankah tujuan utama diutusnya Nabi untuk menyempurnakan akhlak?

Kata-katanya tidak menyakiti orang lain, kerana Allah SWT turut berpesan “Lunakanlah atau lembutkan suaramu,sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldaiLukman 19 “…dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baikal-Israa, 53”, “..dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusiaal-Baqarah, 83”, “…dan katakanlah kepada mereka perkataan yang baik..an-Nisa, 8”, dan,  “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia mengingat atau takut. Taha, 43-44”.

Islam amat menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik. Bahasa merupakan satu-satunya ciptaan manusia yang telah mampu memberikan apa sahaja kesan kepada mereka yang menggunakannya. Sejak permulaan sejarah lagi kita diberikan pengetahuan melalui perantaraan bahasalah manusia mampu membina kehidupan yang bermuafakat dan bermasyarakat. Melalui perantaraan bahasa juga boleh mennyebabkan dua pihak bergaduh, berselisih pendapat dan seterusnya berperang. Itulah bahasa politik yang mewajarkan tindakan kekerasan demi memperoleh dan mengekalkan kuasa. Peristiwa menggunakan bahasa sebagai alat melepaskan geram dan meluncurkan kemarahan ke atas seseorang telah banyak berlaku dalam sejarah termasuk oleh pemimpin Islam sendiri.

Dalam budaya Melayu, ada nasihat yang baik dalam pemakaian bahasa bagi membolehkan dua pihak yang berselisih pendapat menerima hakikat dalam pembicaraan yang harmoni. Tenas Effendi, seorang tokoh budaya dan adab Melayu memberikan panduan mengenai tiga jenis pemakaian bahasa dalam berkomunikasi melalui kelompok yang berlawanan, yang dikenali sebagai “bahasa yang tiga.”

Pertama, bahasa mendaki iaitu bahasa yang digunakan oleh orang yang lebih muda atau rendah kedudukannya bila berhadapan dengan mereka yang lebih tua atau berkedudukan. Ia dapat dicontohkan bahasa yang digunakan antara anak dan ayah, murid dengan guru, pekerja dengan majikan dan manusia dengan Maha Pencipta.

Kedua, bahasa mendatar ialah kaedah yang digunakan oleh rakan sebaya. Ketiga, ialah bahasa menurun, yang digunakan oleh mereka yang tinggi kedudukannya kepada orang berada di bawahnya. Gaya bahasanya lebih bersifat nasihat dan ingatan, seperti seorang ayah memberikan nasihat kepada anaknya agar menjaga tatakelakuan.

Kesantuman baik dalam memilih kata atau perkataan membolehkan persekitaran sosial yang terhasil tidak menampakkan semakin meluaskan jurang pemisahan atau persengketaan. Ia mestilah merujuk kepada kepuasan secara jujur dan ikhlas bersandarkan naluri manusia, kesalahan diperbetulkan dan diterima pula langkah pembetulan yang kemudiannya timbul melalui persekitaran dialog yang berkesan. Tujuan dialog ialah mencari penyelesaian ke arah kebaikan kedua pihak, dan bukannya melebarkan jarak sengketa.

Al-Ghazali pernah mengingatkan kita bahawa ”Allah menganugerahkan dua telinga dan satu mulut, maka pergunakanlah sebaik-baiknya mulut yang satu itu untuk menyatakan perkara yang baik-baik sahaja.” Kesantuman berbahasa berlaku di mana-mana dan setiap masa, maka atas kesantuman berbahasa itulah Nabi Muhammad SAW merupakan teladan terbesar dalam sejarah manusia. Masih belum ada yang mampu menandingi kekesanan bahasa dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyatakan sesuatu pendapat, walaupun sebagai manusia baginda turut diselubungi perasaan marah dan kecewa.

Rasullullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya” (Ruwayat al-Termizi). Ini memberikan kita gambaran bahawa Islam amat menitikberatkan penggunaan bahasa atau kesantunan berbahasa. Oleh itu, jika dialog benar-benar ingin dilaksanakan, ia seharusnya berlangsung dalam adab kesantunan berbahasa dan bukannya dalam tautan rasa benci dan emosi bela diri yang keterlaluan sehingga melupakan hakikat bahawa sebagai manusia, sesempurna mana sekali pun akan ada kelemahannya.

Kelemahan wajib diakui, kerana kelemahan itulah yang akan memberikan kesedaran dan keinsafan bahawa kebenaran adalah milih Allah SWT, manusia hanya mampu menduga dan menyelusuri jalan-jalan untuk mendapatkannya berpandukan al-Qur’an dan teladan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Imam Syafii pernah berbeza pendapat dengan gurunya lebih dari seribu persoalan.Tapi keduanya tetap saling menghormati dan menghargai.Bahkan Imam Syafii dengan rasa rendah diri menulis,”Ambil pendapat lain jika pendapat itu baik dari pendapatku”.Inilah kenyataan yang keluar dari manusia yang tahap kesedaran beragama yang cukup matang.Tokoh ini adalah laboratorium bagi kita untuk mengamalkan Islam  secara yang lebih baik dan matang.Mereka melihat bahawa semua umat Islam itu bersaudara.

Demikian Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin  yang ditaati kerana cinta.Namun itu bukan bererti ia tidak berwibawa.Dia berwibawa bukan kerana menggunakan cara kekerasan ataukekuasaan Dia berwibawa kerana dicintai oleh umatnya.

Kita harus ingat bahawa Nabi s.a.w. tidak pernah menyatakan dirinya memiliki sifat-sifat manusiawi yang terhebat. Mendapat wahyu itulah yang membezakan manusia ini dengan manusia yang lain. Akan tetapi, perlu diingat bahawa Muhammad s.a.w. mendapat wahyu kerana baginda adalah manusia agung dan berbudi pekerti yang luhur.

Catatan : Ibnu Hibban

No Comments

    Leave a reply