Salahkah Jika Kita Merasa Paling Benar?

Kalau anda bisa menerawang isi hati saya sekarang, anda akan tahu bahawa saya adalah seorang Muslim yang tidak mempercayai keberadaan agama yang benar kecuali agama Islam. Agama yang paling diredhai oleh Allah itu dalam keyakinan saya hanyalah Islam.

Apa itu Islam? Islam adalah agama yang dibawa oleh seluruh utusan Tuhan. Dia adalah agama yang dibawa oleh Musa, Isa, Muhammad, dan nabi-nabi lainnya. Semua utusan Tuhan pada dasarnya hanya membawa agama yang satu, iaitu agama Islam.
Tidak ada agama yang benar kecuali agama Islam itu kerana itulah satu-satunya agama yang berasal dari Tuhan. Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu, Konghucu, Sikh dan agama-agama lain di luar Islam, betapa besarnya, saya pandang sebagai agama yang sesat, menyimpang, dan tidak diredhai oleh Tuhan.

Kitab suci mereka adalah kitab suci yang batil, meskipun tidak semuanya batil. Soal kelak mereka masuk neraka atau tidak, itu bukan urusan saya. Yang jelas, dari kitab suci al-Quran yang say abaca, agama yang benar itu hanyalah Islam. Di luar Islam semuanya salah, dan tidak ada tawar-menawar soal itu. Inilah keyakinan yang ada di dalam hati saya.

Saya sudah menduga bahawa anda akan menilai saya sebagai kaum beragama yang berfikiran dangkal dan ego. Anda mungkin akan mengira saya sebagai seorang Muslim intoleran yang tidak mampu menghargai perbezaan, Muslim yang beku, yang tak mampu berfikir secara maju.

Anda juga mungkin akan memandang bahawa cara berfikir seperti ini dapat menyuburkan intoleransu, kekerasan, dan konflik berpanjangan dalam kehidupan beragama. Saya sendiri tidak keberatan jika anda berpandangan seperti itu.

Tags:

No Comments

    Leave a reply