SANGKAL DAN TOLAK PEMIMPIN YANG TIDAK BERMORAL

SANGKAL DAN TOLAK PEMIMPIN YANG TIDAK BERMORAL

Islam secara jelas menegaskan seorang pemimpin mesti berakhlak mulia dan dapat menjadikan orang yang dipimpinnya juga berakhlak mulia dengan menunjukkan tingkah laku yang berhemah.

Umat Islam yang diakui sebaik-baik umat sepatutnya dapat menjadi contoh ikutan dan teladan yang baik terutama daripada kalangan mereka yang dilantik sebagai pemimpin untuk dicontohi oleh masyarakat.

Sejarah merakam kejatuhan pemimpin yang ketidakmampuan menghadapi godaan

Hakikatnya yang tidak mampu ditolak bahawa sesetengah pemimpin, apabila nafsunya sudah tidak terkawal, agama menjadi mainan mulut sahaja. Maka penglibatan sesetengah pemimpin dengan judi, arak, rasuah, penyalah gunaan kuasa mendekatkan dirinya dengan neraka dan bakal menghancurkan negara.

Berikutan isu ECRL yang melibatkan Tun Daim Zainuddin pihak kerajaan perlu segera menyiasat dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja kes ini kerana dibimbangi wujudnya unsur rasuah.

Sekiranya benar-benar terdapat unsur-unsur rasuah, korupsi, kronisme. Maka Parti Putra (PUTRA) menyarankan satu tindakan tegas perlu dibuat dengan pendakwaan di mahkamah supaya berlaku proses keadilan.

Sesungguhnya, pemimpin yang rakus bukanlah pemimpin yang mampu memimpin kita ke arah kesejahteraan dan perlu ditolak serta diadili.

Para pemimpin pada masa kini perlu sematkan dalam diri bahawa tidak ramai pemimpin yang benar-benar berjiwa besar tapi lebih kepada besar nafsunya.

Tidak sedikit pemimpin hari ini melaksanakan dorongan fitrahnya melalui jalan yang salah kerana awal-awal lagi niatnya telah salah dan bertujuan meraih kepentingan diri daripada membantu orang yang di bawah pimpinannya.

“Bertunjangkan Hak..Berpaksikan Kebenaran”

-Datuk Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir
Ketua Penerangan Parti Putra Malaysia (PUTRA)

No Comments

    Leave a reply