Menurut beliau, SPR diharap dapat menentukan sistem pilihan raya negara ini bersih, adil dan mematuhi Perlembagaan.

“Ini satu kehormatan dan tanggungjawab yang sangat besar.

“Saya berharap SPR dapat menentukan sistem pilihan raya negara kita bersih, adil dan mematuhi Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar hari ini mengumumkan pelantikan Azmi yang juga Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

Ismail turut mengumumkan pelantikan empat lagi Ahli SPR iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Chin Phaik Yoong.

Selain itu, Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Faisal S. Hazis dan Zoe Randhawa daripada Bersih 2.0 Resorce Person turut diumum sebagai Ahli SPR. – UTUSAN ONLINE