Selalu Istighfar Untuk Anggota Badan yang Bermaksiat

SYEIKH ALI AL KHAWWAS selalu memeriksa seluruh anggota tubuh badannya, daripada kepala hingga telapak kaki. Hal itu dilakukannya setiap hari, pagi dan petang. Kemudian ia bertaubat kepada Allah dari dosa yang dilakukan anggota-anggota tersebut pada hari dan malam itu, lebih-lebih maksiat yang dilakukan oleh telinga, mata, lisan dan hati.

 

Syeikh Ali Al Khawwas menyatakan bahawa istighfar memperlambat murka Allah Ta’ala. Syeikh Ali Al Khawwas juga berkata bahawa dengan istighfar maka tidak ada sisa dosa dalam diri seseorang, terlebih-lebih bagi orang yang dekat dengan kematian sedangkan tidak memiliki amalan yang banyak, maka yang paling bermanfaat adalah istighfar. (Lawaqih Al ANwar Al Qudsiyah, hal. 273).

www.hidayatullah.com

No Comments

    Leave a reply