SI YAHUDI YANG MEMPERAKUI KEADILAN ISLAM

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan khianat, lagi sentiasa dosa. Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredai Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan. Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujjah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang berhujjah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau  siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (daripada azab seksa yang disediakan oleh Allah)?” (al-Nisaa : 105-109)

MADINAH al-Munawwarah tahun keempat Hijrah. Perang Uhud baru beberapa bulan berlalu. Setelah Uhud, kaum muslim menghadapi beberapa peristiwa penting lainnya, termasuk Hamra al-Asad dan pengepungan serta penyerangan Bani al-Nadhir. Kaum muslim di Madinah beristirahat dan bersiap-siap menghadapi perang baru, baik menghadapi Quraisy mahupun kaum Yahudi. Mereka mempersiapkan diri dan segala kelengkapan perang yang diperlukan. Rifaah ibn Zaid termasuk di antara kaum Muslim yang ikut dalam Perang Uhud dan perang-perang lain. Kini, ia bersiap-siap menghadapi perang lain. Kerana itu, Rifaah membeli gandum dan kurma kering dari kafilah yang datang dari Syam (Syria). Ia menyimpan bahan makanan dalam satu wadah dengan pedang dan baju perangnya. Dengan begitu, jika saat untuk berperang datang, ia tinggal membawa semua pembekalan perang itu. Kini, ia merasa lebih tenang dan lebih siap menghadapi peperangan.

Pada suatu malam… Kegelapan menyeliputi Madinah. Cahaya bulan sama sekali tidak kelihatan. Semua tidak terlihat, kecuali cahaya yang menerangi masjid Rasulullah saw. Keesokan harinya, Rifaah mempersiapkan segala pembekalan yang diperlukan, termasuk makanan. Namun, ia terkejut kerana gandum dan kurma keringnya telah dicuri, begitu juga pedang dan zirahnya. Siapakah yang melakukannya? Siapakah yang mencuri makanan, pedang, dan zirahnya? Pertanyaan itu memenuhi fikiran Rifaah. Ia benar-benar merasa sedih kerana kehilangan barang yang sangat diperlukannya dalam peperangan. Seperti biasa dilakukan orang yang kehilangan barang, ia berusaha bertanya khabar mengenai pembekalannya ke para tetangganya, termasuk kepada Labid ibn Sahl dan keluarga Ubairaq. Salah seorang yang dicurigai oleh Rifaah adalah anggota keluarga Ubairaq. Bani Ubairaq menempis tuduhan itu dan berkata kepada Rifaah, “Demi Allah, kami tidak melihat siapa pun pada malam itu kecuali sahabatmu, Labid ibn Sahl. Dialah yang mencuri.” Ketika Labid mendengar dirinya dituduh, ia lansung menghunuskan pedangnya dan berkata kepada Rifaah, “Aku! Aku mencuri? Demi Allah, kau akan merasakan libasan pedangku. Kita harus mencari tahu siapa yang benar-benar mencuri!” Rifaah berkata kepada Labid, “Pergilah, kau bukan sahabat kami.” Meski demikian, Rifaah tetap mencurigai keluarga Ubairaq yang tinggal di pinggiran Madinah. Mereka adalah orang-orang miskin yang tidak pernah mendapatkan makanan yang cukup. Namun, mereka juga terkenal kerana suka mempergunakan milik orang lain tanpa hak. Kecurigannya semakin kental ketika mengingat bahawa pada malam kejadian itu, di tengah kegelapan malam, mereka sedang menyalakan api. Tidak syak lagi, mereka sedang memasak makanan, sesuatu yang tidak biasa mereka lakukan. Itu pasti makanan yang dicuri darinya. Dan tentu mereka jugalah yang mencuri pedang dan zirahnya.

Rifaah mengkhabarkan kejadian nasnya itu kepada salah seorang anak saudaranya, Qatadah ibn al-Nu’man, seraya mengadukan kecurigaannya kepada keluarga Ubairaq, terutama kepada tiga orang laki-lakinya yaitu Basyar, Mubasyar, dan Basyir. Menurutnya, merekalah yang telah mencuri makanan dan peralatan perangnya. Yang menjadi perhatian Rifaah bukanlah makanan, kerana mereka mungkin benar-benar memerlukannya. Ia dapat membelinya lagi. Yang menjadi perhatiannya adalah pedang dan zirahnya, yang sangat diperlukannya dan selalu menemaninya dalam peperangan. Akhirnya, kedua-dua bersaudara itu, Rifaah dan Qatadah sekali lagi menelusuri peristiwa pencurian itu sehingga mereka sampai pada keyakinan bahawa pelakunya adalah keluarga Ubairaq. Lalu apa yang harus mereka lakukan untuk membuktikan dan menghukum pelakunya itu?

Rifaah dan Qatadah sepakat mengadap kepada Rasulullah saw. dan mengadukan kepadanya apa yang dilakukan keluarga Ubairaq. Mereka memohon petunjuk dan ketetapan daripada Rasulullah s.a.w sehingga senjata dan zirah Rifaah dapat dikembalikan. Qatadah berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang keluarga kami (maksudnya orang Ansar) telah melakukan kejahatan. Mereka memasuki gudang milik pak cikku Rifaah pada suatu malam dan mencuri makanan, senjata, dan zirah pak cikku. Pak cikku tidak mempersoalkan makanan. Senjata dan zirahlah yang menjadi perhatiannya.” Rasulullah saw. bersabda, “Aku akan menyelesaikan masalah ini.” Keluarga Ubairaq mengetahui bahawa Qatadah mengadukan kelakuan mereka kepada Rasulullah s.a.w. Kini, urusan mereka ada di tangan Rasulullah s.a.w. Mereka tidak mahu jika kesalahan mereka diketahui oleh Rasulullah. Jika Rasulullah telah menetapkan mereka sebagai pihak yang bersalah, tentu semua kaum muslim akan mengetahui aib mereka. Apa yang harus mereka lakukan? Mereka merancang rencana untuk membebaskan diri dari tuduhan. Mereka akan menimpakan tuduhan itu kepada orang lain. Mereka mencari orang yang paling layak dituduh. Basyir melakukan tugasnya. Ia menyembunyikan pedang dan zirah curian itu di tempat tersembunyi, di rumah seorang Yahudi, Zaid ibn al-Samin, salah seorang jiran Rifaah. Kini, mereka siap menghadapi Rifaah dan saudaranya. Kedua-duanya tidak mempunyai bukti sedikit pun yang dapat menyokong tuduhan mereka.

Rasulullah s.a.w mempertemukan kedua-dua belah pihak. Masing-masing pihak mempertahankan pendiriannya. Rifaah menuduh sedangkan Ubairaq bersungguh-sungguh menolak tuduhan dan meminta bukti daripada Rifaah. Rasulullah s.a.w adalah manusia biasa yang tidak mengetahui perkara yang ghaib. Beliau tidak dapat memutuskan langsung siapa yang benar dan siapa yang salah. Keluarga Ubairaq berusaha menolak tuduhan itu dan mengalihkannya dari diri mereka, dan berdalih bahawa mereka adalah untuk muslim. Mereka berusaha mempengaruhi Rasulullah s.a.w untuk membela dan membebaskan mereka daripada tuduhan itu. Mereka menuntut bukti daripada Rifaah dan Qatadah. Bahkan, mereka mencela Rifaah dan Qatadah kerana menuduh saudara dan tetangganya tanpa bukti yang jelas. Sungguh itu merupakan tuduhan palsu tanpa dasar dan bukti. Itu tuduhan kepada seseorang yang telah dikenal sebagai seorang muslim, dan seorang sahabat yang baik. Basyir memandang kepada Rifaah dengan pandangan tajam, kemudian berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang yang mencuri makanan dan persenjataan Rifaah adalah seorang musuh Islam, yang tidak suka melihat kedamaian dan kebahagiaan kaum Muslim. Mereka berusaha mengusik kesejahteraan dan ketenteraman umat Islam. Mererka tidak suka dikalahkan oleh kaum muslim. Pencuri itu berasal dari Bani Nadhir. Ia adalah Zaid ibn al-Samin. Dialah Yahudi yang bersikap sombong terhadap Islam, yang melawan kaum Muslim kerana mengalahkan agama mereka. Mungkin dia menghendaki pedang dan zirah itu untuk dirinya sendiri sehingga kaum Muslim kalah ketika berperang melawan pasukan Yahudi. Sungguh buruk niatnya itu, sungguh buruk kelakuannya itu.”

Ucapan yang disampaikan oleh Basyir itu terdengar meyakinkan dan bersesuaian dengan fakta-fakta yang terjadi di Madinah saat itu sehingga hampir saja Rasulullah mempercayai kata-katanya dan meyakini bahawa pencurinya adalah si Yahudi itu. Namun, setiap tuduhan harus disertai bukti nyata. Mereka harus mencari senjata dan zirah. Kedua-dua barang curian itu harus ada pada si Yahudi itu. Hingga saat itu, keadaannya masih misteri. Rasulullah sendiri ingin agar keluarga Ubairaq terbebas daripada tuduhan kerana mereka adalah Muslim. Mereka harus membuktikan bahawa pencurinya adalah Yahudi itu. Rasulullah s.a.w mengutus beberapa orang ke rumah Zaid ibn al-Samin, si Yahudi itu dan Basyir daripada Bani Ubairaq mengajukan diri untuk menyertai mereka sehingga ia dapat mengumumkan kepada orang-orang bahawa keluarganya terbebas dari tuduhan, dan bahawa pencurinya adalah si Yahudi, musuh kaum Muslim.

Yahudi itu terkejut bukan kepalang melihat kedatangan utusan Rasulullah s.a.w yang hendak menggeledah rumahnya mencari senjata dan zirah milik Rifaah. Namun ia merasa tenang kerana mereka tidak pernah melakukan perbuatan keji itu. Ia sama sekali tidak mengetahui barang-barang yang dicuri itu. Ia tetap percaya kepada dirinya sendiri. Memang benar ia Yahudi, layak untuk dituduh, namun ia yakin sepenuhnya terhadap kebenaran dirinya dan keadilan Rasulullah s.a.w. Ia yakin, mereka tidak akan menemukan senjata dan zirah itu di rumahnya, kerana memang ia tidak pernah mencurinya. Namun, kali ini ia seperti disambar petir. Ia bingung bukan kepalang. Jantungnya hampir tercabut ketika utusan Rasulullah s.a.w itu, yang disertai oleh Basyir berteriak senang, “Ini dia zirah yang dicuri, dan ini senjatanya. Ini zirah dan pedang milik Rifaah.” Bukti-bukti itu menegaskan bahawa yang mencuri senjata dan zirah milik Rifaah adalah Zaid ibn al-Samin, Yahudi yang malang. Ia seorang kafir dan pembangkang, ditambah lagi kini, ia pencuri. Sempurnalah keburukan dan kejahatannya. Yahudi itu berusaha menepis tuduhan itu mengungkapkan bahawa dia berada di tempat lain sewaktu peristiwa berlaku. Namun, ia berada di pihak yang lemah dan terdesak. Ia tidak memiliki kuasa apa-apa. Bukti menegaskan bahawa dialah yang melakukan kejahatan itu. Pasti ia akan mendapatkan hukuman atas perbuatannya. Rasulullah s.a.w senang kerana keluarga Ubairaq yang Muslim terlepas daripada tuduhan itu. Beliau membela mereka dan memuji keislaman serta kesolehan mereka. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mencela Rifaah dan Qatadah. Rasulullah berkata kepada kedua-duanya. “Aku telah melempari keluarga Ubairaq dengan tuduhan pencurian tanpa bukti.”

Sebetulnya urusan itu telah dianggap selesai, kerana pencurinya telah terbukti. Tidak boleh diragukan lagi. Kini, yang harus dilakukan Rasulullah s.a.w adalah menghukum si pelaku dan membebaskan tertuduh yang tidak berdosa. Tidak lama selepas kejadian itu, dan belum lagi pihak-pihak yang bertikai itu membubarkan diri, Allah menurunkan ayat yang menjelaskan masalah ini:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu, membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang yang khianat, dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nisaa: 105)

Kemudian Allah menurunkan ayat berikut:

Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi. Dan janganlah berdebat dengan orang yang telah mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat dan berdosa.” (al-Nisaa: 106-107)

Ayat-ayat itu menjelaskan kepada Nabi s.a.w bahawa keluarga Ubairaq telah menipu dan menimpakan tuduhan kepada orang lain. Mereka tidak jujur dalam upaya membebaskan diri dari tuduhan itu. Sesungguhnya orang Yahudi itu tidak berdosa sehingga Rasulullah s.a.w harus memohon ampunan kepada Allah kerana membela keluarga Ubairaq, padahal mereka adalah penjahat yang sebenar. Ayat-ayat itu masih dilanjutkan dengan ayat-ayat berikutnya:

Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang tidak Allah ridai. Dan Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. Begitulah (keadaan) kalian. Kalian berdebat untuk (membela) mereka pada hari kiamat? Atau siapakah yang menjadi pelindung mereka (terhadap seksa Allah)?” (al-Nisaa: 108-109)

Rasulullah s.a.w mengetahui bahawa dalam perkara itu si Yahudi menjadi korban penipuan dan rancangan yang dilakukan keluarga Ubairaq – pelaku yang sebenarnya. Lalu turun ayat selanjutnya:

Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Barang siapa mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakan untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (al-Nisaa : 110-111)

Kini, kebenaran terpampang jelas di hadapan Rsulullah s.a.w. Berdasarkan keterangan dan penjelasan daripada ayat-ayat itu, Rasulullah menetapkan keputusannya kepada pihak-pihak yang bertikai: keluarga Ubairaq, Rifaah, Qatadah, dan Zaid si Yahudi. Rasulullah s.a.w memutuskan bahawa Yahudi itu terbebas daripada tuduhan. Allah telah mengeluarkan keputusan-Nya langsung dengan ayat-ayat yang jelas. Ini merupakan bentuk penghormatan kepada Yahudi itu sehingga ia menyedari keadilan Islam. Saat itu juga ia menyatakan keislamannya. Keluarga Ubairaq mengakui kesalahannya. Salah seorang dari mereka, iaitu Basyir telah disesatkan syaitan sehingga ia menceroboh gudang milik Rifaah dan mencuri pedang, baju zirah, dan makanan Rifaah. Ketika kejahatan mereka terbongkar, ia menyembunyikan barang-barang itu di rumah Zaid ibn al-Samin. Namun Allah menyingkapkan tipu daya mereka. Peristiwa ini memperingatkan keluarga Ubairaq yang telah melakukan kejahatan sehingga mereka harus memohon keampunan Allah. Setelah menyaksikan rangkaian peristiwa itu, Rifaah berniat menghibahkan pedang dan zirahnya. Ia berkata, “Aku memberikan keduanya ke jalan Allah.” Si pencuri yang sebenarnya iaitu Basyir Ubairaq, setelah rahsianya terbongkar, segera meninggalkan Madinah kerana takut dihukum oleh Rasulullah s.a.w. Ia pergi ke Makkah, lalu menuju rumah Salafah bint Sa’d yang saat itu masih kafir dan memusuhi Islam, kerana suami dan anak-anaknya terbunuh dalam Perang Uhud. Di hadapan wanita itu Basyir mengungkapkan syair yang mencela dan menghina Rasulullah s.a.w. Mengenai hal ini Allah menurunkan ayat:

Dan barang siapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke Jahanam, dan Jahanam adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (al-Nisa : 115)

Begitulah Allah menunjukkan kebenaran dan mewujudkannya. Begitulah Allah mengalahkan kejahatan.

Catatan Ibnu Majid

No Comments

    Leave a reply