SIAPAKAH PEMIMPIN BODOH?

Salah satu tanda-tanda kiamat adalah diangkatnya orang bodoh dan keras kepala menjadi pemimpin. Iaitu mereka  yang tidak mahu menerima nasihat dan tidak mahu mengambil petunjuk dari al-Qur’an dan Sunnah.

Jabir ibn Abdillah r.a meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ka’ab ibn ‘Ajrah: 

“ Semoga Allah melindunginya dari kepemimpinan orang bodoh, wahai Ka’ab.”

Ka’ab lantas bertanya, “Apakah yang dimaksud kepemimpinan orang-orang bodoh, wahai Rasulullah? “Nabi menjawab: 

“Sepeninggalku nanti, akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku dan tidak pula mengambil sunnah-sunnahku. Barangsiapa membenarkan kedustaan mereka serta mendukung kezaliman mereka, maka mereka itu bukan termasuk golonganku dan aku pun bukan bahagian dari mereka. Mereka tidak akan dapat mendekati telagaku. Barangsiapa tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak mendukung kezaliman mereka, maka mereka termasuk golonganku dan aku pun merupakan bahagian dari mereka, dan mereka akan mendapatkan bahagian dari telagaku.

Wahai Ka’ab ibn ‘Ajrah, puasa adalah perisai, sedekah dapat menghapus kesalahan, dan shalat merupakan kedekatan atau petunjuk. Wahai Ka’ab ibn ‘Ajrah, daging yang tumbuh dari barang haram tidak akan masuk surga, dan neraka lebih utama untuknya. Wahai Ka’ab ibn ‘Ajrah, manusia ada dua, ada yang menyerahkan jiwanya (kepada Allah) dan ada yang membiarkannya atau membinasakannya.”

(HR. Ahmad dan Bazzar)

Dipetik daripada: Eramuslim.com

No Comments

    Leave a reply