SIKAP KITA TERHADAP FATWA YANG KONTROVERSIAL

Sesetengah orang cenderung reaktif apabila mendengar ada fatwa yang pelik dan kontroversial. Bahkan tanpa ilmu yang memadai mereka langsung mencaci maki dan menghina ulama yang mengeluarkan fatwa kontroversial. Mereka tidak boleh menerima perbezaan fatwa, apalagi fatwa yang terdengar aneh.

Sebenarnya selama fatwa tersebut berdasarkan kaidah keilmuan maka itu perkara yang lazim. Kontroversi itu hal biasa. Pendapat jumhur atau majoriti ulama belum tentu benar, dan pendapat yang berbeza belum tentu salah.Sepanjang sejarah pemikiran Islam, para ulama biasa berbeza pendapat. Pada satu contoh, ulama A berbeza dengan jumhur ulama. Pada contoh lain, justru ulama A yang membela pendapat jumhur. Inilah indahnya keragaman pendapat, sebagaimana ditegaskan oleh Syekh Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Mausu’ah al-fiqh al-Islami wa al-Qadlaya al-Mu’ashirah.

Perbezaan pendapat, jikalau difahami dengan sewajarnya, akan membawa rahmat. Umat hanya perlu memilih satu pendapat yang lebih secocok, lebih sesuai dan lebih maslahat serta lebih mudah dijalankan, di antara sekian banyak pendapat. Rasulullah SAW pun jikalau dihadapkan pada dua perkara, beliau SAW akan memilih perkara yang lebih mudah. Kerana semua pendapat mazhab itu memiliki dasar dan dalil dari al-Qur’an dan Sunnah, maka soalannya bukan lagi pendapat mana yang benar, tapi pendapat mana yang lebih sesuai kita terapkan untuk keadaan yang kita hadapi.

Mengenai isu kontroversi, ulama mana yang tidak dianggap kontroversial? Semua ulama mujtahid pada masanya pernah dianggap fatwanya aneh dan kontroversial. Misalnya, Imam Syafi’i berbeza pandangan dengan majoriti ulama ketika mengatakan anak hasil zina boleh dinikahi oleh ‘bapak’nya. Ini pendapat yang bikin heboh. Atau bagaimana Imam Malik berpandangan anjing itu suci, dan tidak najis. Ini berbeza dengan pandangan jumhur ulama. Atau ada pendapat lain yang seolah remeh tapi terdengar aneh iaitu apabila anda berbohong ketika berpuasa, apakah puasa anda terbatal? Menurut Imam Dawud al-Zhahiri, puasa anda batal. Menurut jumhur ulama, tidak batal.

Apakah saat anda tersenyum ketika sedang solat, solat anda batal? Iya, batal, menurut Imam Abu Hanifah, dan tidak batal menurut jumhur ulama. Apakah kalau anda makan daging unta, wudu’ anda batal?  Iya, batal, menurut Imam Ahmad bin Hanbal, tapi tidak batal menurut jumhur ulama. Apakah kalau anda minum nabidz (selain dari perisa anggur) dan tidak mabuk itu hukumnya halal? Iya, nabidz itu halal pada kadar tidak memabukkan menurut Imam Abu Hanifah, tapi dinyatakan haram oleh jumhur ulama baik mabuk atau tidak. Apakah yang haram itu hanya daging babi saja atau semuanya termasuk lemak dan tulangnya? Jumhur bilang semua bahagian babi itu haram, tapi Imam Dawud al-Zhahiri berpendapat hanya daging (lahm) nya saja yang haram.

Banyak lagi contoh-contoh di atas kalau diteruskan, dan semua ulama mazhab pernah berbeza dengan jumhur ulama. Dengan kata lain, pendapat mereka dalam kes-kes  tertentu dianggap aneh dan kontroversial. Namun bukan bermakna mereka layak untuk kita maki dan hina. Sesuai hadis Nabi, jikalau mereka salah dalam berijtihad, mereka mendapat pahala satu.Dan jikalau ijtihad mereka benar, maka mereka mendapat pahala dua. Apapun hasil ijtihad mereka, mereka tetap mendapat pahala. Dan kita yang tidak pernah berijtihad, dan kesukannnya hanya mencerca ulama, bukan dapat pahala, tapi mendapat dosa.

Oleh Nadirsyah Hosen

No Comments

    Leave a reply